Oleh pada 29 Aug 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Khas buat peminat drama, siri slot TV Astro Ria, Kids Nowadays menemui anda dan mulai bersiaran 15 Ogos 2022.

Drama yang menampilkan pelakon Dato Awie, Alvin Chong dan Wanna Ali ini menggantikan siri Ratu Ten Pin 2 yang tamat tayangannya pada 11 Ogos lalu.

   

kids nowadays episod 298

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

Sinopsis

Apa yang anda akan lakukan jika anda mendapat peluang kedua dalam kehidupan?

Jaafar (Datuk Awie), seorang bapa yang sudah berumur dan duda, memutuskan untuk meneruskan impiannya menyambung pengajian ke universiti untuk mendapatkan ijazah, namun mendapat tentangan hebat daripada anak sulungnya, Najiha (Wan Sharmila).

Tetapi Jaafar tetap mendaftar sebagai pelajar kerana dia ingin menunaikan janji yang telah dibuatnya kepada bekas isterinya.

Pelbagai cabaran dihadapi sepanjang menjadi mahasiswa universiti yang lebih tua.

   

Baca: Info Dan Sinopsis Kau vs Aku, Drama Berepisod Sooka, Adaptasi Novel Wattpad

sinopsis kids nowadays 39

Kredit foto: Instagram @nds.yayaa

Pelakon / Cast

Kemunculan pelakon utama Dato Awie, Wanna Ali dan Alvin Chong yang membintangi dan bekerjasama dengan pelakon berpengalaman Wan Sharmila, Nafiez Zaidi, Ezzrin Loy, Zarina Zainuddin, Marisa Yasmin, Hasnul Rahmat, Azhar Amir, Farez Ridzwan, Meor Mohd, Abby Nadzri dan Harith Daniel.

Watak Pelakon

Datuk Awie sebagai Jaafar

Alvin Chong sebagai Eddy

Wanna Ali sebagai Hanna

Wan Sharmila sebagai Najiha

Nafiez Zaidi sebagai Nadzwan

Marissa Yasmin sebagai Rafidah

Ezzrin Loy sebagai Farhan

Farez Ridzwan sebagai Khalis

Harith Daniel sebagai Shafiq

drama kids nowadays 976

Kredit foto: Instagram Wan Sharmila

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Siri idea asal Faizul A Yatnor adalah karya terbitan syarikat produksi Suhan Movies & Trading Sdn Bhd yang menampilkan Ejump Mohd sebagai pengarah dengan sokongan penulis skrip Nieza Nahar dan Najwa Shazly.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: NOKI & MK | PAYUNG PELANGI (OFFICIAL LYRIC VIDEO)

Tajuk: Payung Pelangi

Penyanyi: Noki feat MK K Clique

   

pelakon kids nowadays 867

Kredit foto: Instagram Nafiez Zaidi

Waktu Siaran

Saksikan saluran Astro Ria (CH 104) mulai 15 Ogos 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 11 malam.

Juga jangan lepaskan peluang untuk menonton kesemua 20 episod penuh melalui platform online Astro Go dan aplikasi On Demand untuk pilihan alternatif.

Kredit video: [Episod Penuh] Kids Nowadays - Episod 1 (Drama Bukan Adaptasi Novel)




Hakcipta iluminasi.com (2017)