Oleh pada 24 May 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

     

TV3 di slot Akasia bakal menyajikan karya terbaru daripada A. Aida Production melalui drama rantaian 'Bukan Hanya Sekadar Cinta' adaptasi novel nukilan Emma Mariam. Drama ini akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula 24 Mei 2023 pada jam 7 petang, menggantikan drama popular sebelum ini, 'Kerasnya Takdir'.

     

bukan hanya sekadar cinta pelakon 765

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

    

Sinopsis

Ilan Rafzal (Muaz Zabir), yang akan berkahwin dalam sebulan lagi, membuat keputusan mengejut memutuskan pertunangannya dengan Kamelia (Sofia Dendroff) tanpa memberikan sebarang alasan.

Kerana kecewa dengan Ilan Rafzal, Kamelia pulang ke kampung halamannya di Terengganu. Di sana, dia bertemu dengan seorang lelaki misteri yang bernama Isa Rafael (Ismail Izzani) dan kelihatan bisu serta pekak.

Isa Rafael dengan setia 'mendengar' keluhan yang Kamelia ungkapkan, membiarkan hatinya terbuka. Mereka berkomunikasi melalui tulisan di dalam sebuah buku nota yang menjadi medium perantara. Setiap ungkapan dari Kamelia, Isa Rafael 'mendengar' dengan penuh kesetiaan.

Dalam masa yang singkat, hubungan antara Kamelia dan Isa Rafael semakin erat.

Namun, sesuatu berlaku dan kerana kecemasan, Kamelia terpaksa meninggalkan Isa Rafael dengan cepat, tanpa sebarang nota, untuk pulang dengan tergesa-gesa ke Kuala Lumpur.

Di ibu kota, Kamelia dikejutkan dengan sebuah perkahwinan rahsia, di mana dia diatur untuk berkahwin dengan seorang lelaki asing yang akan menggantikan Ilan Rafzal. Kejutan yang lebih besar menanti Kamelia apabila dia mengetahui bahawa lelaki tersebut adalah Isa Rafael, yang akhirnya didapati bukan pekak atau bisu!

Kamelia bingung melihat lelaki yang berdiri di hadapannya kini dan berfikir siapa yang sebenarnya bersama dengannya di Terengganu beberapa hari lalu. Kamelia berasa tertipu selama ini! Dia menangis dan meluahkan semua masalahnya semasa di Terengganu dan Isa Rafael mendengarnya. Walaupun Isa Rafael tidak berniat berbuat begitu, lelaki itu pura-pura tidak mendengar bebelannya selama beberapa hari di sana.

Kamelia berasa dikhianati dalam cintanya, bahkan dia tertipu oleh suaminya sendiri. Ilan Rafzal dan Isa Rafael? Kedua-duanya sama, keduanya melukakan hatinya.

Dua lelaki mencintai seorang wanita bukanlah perkara luar biasa, tetapi Kamelia dalam dilema apabila dicintai oleh dua bersaudara. Banyak hati yang perlu dijaga olehnya.

Isa Rafael, suami yang manis seperti cotton candy. Ilan Rafzal, bekas tunangan yang meninggalkan kenangan pahit seperti espresso.

Kisah kita sebenarnya lebih dari sekadar cinta, ia tentang kepercayaan dan kesetiaan.

   

Baca: Biodata Muaz Zabir, Pelakon Drama Berepisod Bukan Hanya Sekadar Cinta (TV3)

Baca: Biodata Sofia Dendroff, Pelakon Drama Berepisod Bukan Hanya Sekadar Cinta (TV3)

    

bukan hanya sekadar cinta episod

Kredit foto: Instagram Sofia Dendroff

      

Pelakon

'Bukan Hanya Sekadar Cinta' menampilkan peranan utama yang dikemudi oleh dua bintang lakonan muda, Ismail Izzani dan Sofia Dendroff. Drama ini juga mempersembahkan beberapa wajah yang sinonim di kaca TV, seperti Muaz Zabir, Daniella Sya, Liza Abdullah, Syamim Farid, Afifah Nasir, Izzendra Ariffin, Aleza Shadan, Laura Olivia, Azeva Natassha, Hafidzuddin Fazil dan Dian P. Ramlee.

    

Watak Pelakon

Ismail Izzani sebagai Isa Rafael

Sofia Dendroff sebagai Indah Kamelia

Muaz Zabir sebagai Ilan Rafzal

Daniella Sya sebagai Anne

Liza Abdullah sebagai Dahlia

Syamim Farid sebagai Lisa

Afifah Nasir sebagai Fatimah

Izzendra Ariffin sebagai Jannah

Aleza Shadan sebagai Datin Rafika

Laura Olivia sebagai Khadeeja

Hafizuddin Fazil sebagai Datuk Razman

Dian P. Ramlee sebagai Zulaikha / Lee Mei Xiang

     

sinopsis bukan hanya sekadar cinta

Kredit foto: Instagram iQIYI Malaysia

     

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Diproduksi oleh A. Aida Production Sdn Bhd, karya ini mempersembahkan sebuah naskhah yang ditulis oleh penulis skrip Rehal Nuharis dengan arahan daripada pengarah drama ternama, Riza Baharudin.

     

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Nadeera Zaini - Dia Penggantimu | OST Bukan Hanya Sekadar Cinta [Official Lyrics Video]

     

Tajuk: Dia Penggantimu

Penyanyi: Nadeera Zaini

Komposer: Sharon Paul

Penulis lirik: Dato A.Aida

      

bukan hanya sekadar cinta novel

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

      

Waktu Siaran

Penonton setia saluran TV3 bakal disajikan dengan penceritaan sepanjang 28 episod dalam slot tayangannya, Akasia. Akan memulakan penayangan pada 24 Mei 2023 dan disiarkan setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7 petang.

Secara dalam talian (online), pelanggan VIP laman penstriman iQiyi dapat menikmati tontonan tersebut sejam setelah disiarkan di kaca TV. Bagi pengguna pelayar percuma, mereka boleh mengakses ia selepas 48 jam dari tayangan perdana televisyen.

     

Tajuk cerita? Bukan Hanya Sekadar Cinta

Berapa episod? 28 episod

Setiap hari apa? Isnin hingga Jumaat

Bila tayang? Jam 7 petang

Tonton di mana? TV3 dan platform online, iQIYI

      

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

     

Kredit video: Eh, pulak! | Bukan Hanya Sekadar Cinta Ep 1 - 8 | iQIYI Malaysia

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)