Biodata

Nama penuh: Nurshiha binti Mohd Zikir

Nama popular: Shiha Zikir

Tarikh lahir: 2 November 1987

Umur: 32 tahun (2019)

Kelahiran: Bukit Mertajam,Pulau Pinang, Malaysia

Pekerjaan: Penyanyi, pelakon dan pengacara

Media sosial: Instagram @shihazikir

Fakta Menarik

1. Dibesarkan di Pulau Pinang, Malaysia.

2. Anak bongsu daripada tiga adik-beradik.

3. Dikenali menerusi lagu-lagu bergenre Pop, Irama Malaysia dan Dangdut. 

4. Hobinya suka bermain boling dan berkaraoke.

5. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2005 iaitu ketika berhijrah ke ibu kota. 

6. Bergelar peserta Top 20 Akademi Fantasia musim ketiga, namun tidak berjaya disenaraikan sebagai pelajar.

7. Pada tahun 2011, Shiha menjadi protege kepada penyanyi Datuk Sharifah Aini dalam rancangan realiti Mentor musim kelima.

8. Mewakili negara dalam pertandingan nyanyian Dangdut Academy Asia 2015 yang antara lain disertai peserta dari negara Indonesia, Singapura dan Brunei. Impak daripada program itu, beliau mencipta nama di Indonesia dan sering menerima undangan nyanyian di sana.

9. Sebagai pelakon, Shiha pernah membintangi drama Terukir Di Bintang, Bujang Sepah Lalalitamplom, Gerak Khas, Sutun, Kilauan dan Tak Beli Tak Cinta.

10. Dalam bidang pengacaraan, beliau pernah menghoskan Jalan-Jalan Cari Makan, Kaki Bola TV9 dan Mentor Legend.

11. Tercalon dalam kategori Penyanyi Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017. 

12. Namanya barangkali tidak begitu menonjol di Malaysia, namun Shiha tidak dinafikan mempunyai pengaruh yang kuat dalam dunia hiburan di negara seberang.

Foto  

biodata dan latar belakang penyanyi shiha zikir 2

biodata dan latar belakang penyanyi shiha zikir 3

biodata dan latar belakang penyanyi shiha zikir 4

biodata dan latar belakang penyanyi shiha zikir 5

biodata dan latar belakang penyanyi shiha zikir 6

Kredit:

1. Wikipedia

2. Kosmo [1, 2]

3. Instagram Shiha Zikir




Hakcipta iluminasi.com (2017)