Biodata

1. Pemilik nama penuh Dayang Nazilah binti Awang Astillah. Popular menerusi nama Didi Astillah.

2. Merupakan penyanyi, pelakon, pengacara dan penari.

3. Lahir pada 28 Ogos 1996 di Sabah, Malaysia.

4. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 1999 iaitu sejak berumur tiga tahun.

5. Penyanyi lagu-lagu berkonsepkan pop.

6. Bekas peserta pertandingan nyanyian kanak-kanak, Idola Kecil musim pertama di mana beliau berjaya menjejakkan kaki ke pusingan separuh akhir. Juga program realiti Kamilah Bintang siaran Astro Ceria yang meletakkannya sebagai juara minggu ketiga, namun tewas di tangan penyanyi Wany Kayrie di peringkat akhir.

7. Di usia tiga tahun, beliau bersama kakaknya, Bella Astillah berkolaborasi dalam kumpulan yang dikenali sebagai 'Adik-Adik Mutiara' untuk album kanak-kanak yang memuatkan koleksi lagu kanak-kanak popular seperti Bangau Oh Bangau, Tom Tom Bak, Air Pasang Dalam dan sebagainya.

8. Ia menjadi titik permulaan sebelum kerjaya seni Didi berkembang hingga kini sudah menghasilkan 10 buah album kesemuanya.

9. Antara lain, Didi pernah terbit menerusi album nasyid bersama kumpulan nasyid remaja, Puteri dalam album berjudul Jom Beribadat terbitan FMC.

10. Juga menganggotai kumpulan Miracle 5 dan The BeeSings yang mana salah seorang ahlinya ialah penyanyi Haqiem Rusli.

11. Disunting sebagai artis rakaman Warner Music Malaysia pada tahun 2014 yang seterusnya membawa kepada kemunculannya sebagai penyanyi solo untuk lagu-lagu berkonsepkan Pop Dance.

12. Sebagai pelakon, beliau pernah membintangi filem Skrip 7707 dan Damping Malam.

13. Juga telemovie Misi Aleesya Natasha, Esok Hari Raya, Sketsa Raya, Hasanah, Cinderella Story, Idola Kecil The Muzikal dan Potret Aidilfitri.

14. Termasuk drama/sitkom Afi Dan Abah, Selamat Pagi Putera Puteri, Gempur Sindiket Interlet, Tok Teh, Dilema Wanita, Nak Pulang Tak Pulang, Idola Kecil Balik Kampung, Bunga Merah Punya, Kemelut Rindu dan Kelas Sebelah.

Foto

biodata penyanyi didi astillah adik kepada bella astillah 2

biodata penyanyi didi astillah adik kepada bella astillah 3

biodata penyanyi didi astillah adik kepada bella astillah 4

biodata penyanyi didi astillah adik kepada bella astillah 5

biodata penyanyi didi astillah adik kepada bella astillah 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. Harian Metro

3. Instagram Didi Astillah

4. Youtube Didi Astillah




Hakcipta iluminasi.com (2017)