Oleh pada 23 Jul 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

'Mata Ketiga' merupakan sebuah drama bersiri Malaysia 2018 bergenre seram, arahan oleh sutradara C.Kumaresan.

Siri yang asalnya ditayangkan di platform penstriman Tonton ini, menjengah kaca televisyen mulai 22 Julai 2021.

Ia merupakan adaptasi novel yang ditulis oleh Zulkifli Ahmad Idrus.

mata ketiga drama

Kredit foto: Instagram Mustaqim Bahadon

Sinopsis

Faizul (Hafeez Mikail), seorang pelajar universiti tempatan yang sentiasa mendapat gangguan makhluk halus mula menyedari akan kurniaan mata ketiga yang dianugerahkan kepadanya.

Apakah keupayaan berkomunikasi dengan alam mistik ini satu keistimewaan ataupun hanya beban yang perlu dihadap sepanjang hayat?

   

Kisah bermula apabila Faizul dan empat sahabat rapatnya menjalankan ekspedisi menjelajah hutan yang mana ia diketuai oleh Profesor Mazlan (Radhi Khalid).

Sebelum pengembaraan bermula, Faizul yang arif tentang ilmu hutan meminta agar rakan-rakannya menurut pantang larang ketika berada di dalam hutan.

Namun mereka semua mengambil ringan kata-kata Faizul sehinggalah berlakunya insiden di mana Farah (Isyariana Azmi) telah dirasuk.

Faizul mula mencari kebenaran berkaitan anugerah mata ketiga yang dipunyainya.

Watak Pelakon

Hafeez Mikail sebagai Faizul

Mustaqim Bahadon sebagai Khalid

Fimie Don sebagai Budin

Isyariana Azmi sebagai Farah

Dayana Roza sebagai Rafidah

   

mata ketiga tv3

Kredit foto: Instagram Mustaqim Bahadon

Pelakon / Cast

Ditunjangi Hafeez Mikail, Mustaqim Bahadon, Isyariana Che Azmi, Dayana Roza dan Fimie Don.

Lakonan bersama Sabrina Ali, Datuk Rahim Razali, Radhi Khalid, Shahronizam, A.Galak, Saiful Zelwany dan Fathil Dani.

Baca: Biodata Hafeez Mikail

Baca: Biodata Mustaqim Bahadon

Baca: Biodata Isyariana Che Azmi

Baca: Biodata Dayana Roza

Baca: Biodata Fimie Don

    

sinopsis mata ketiga

Kredit foto: Instagram Mustaqim Bahadon

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Digarap oleh pengarah C. Kumaresan dengan nukilan skrip oleh Zulkifli Ahmad Idrus.

Sebuah naskhah daripada produksi Skop Productions.

mata ketiga episod

Kredit foto: Instagram Fimie Don

Waktu Siaran

Siri 10 episod yang berdurasi 30 minit ini ditayangkan di layar kaca menerusi saluran TV3, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.30 malam, bermula 22 Julai 2021.

Kredit video: Mata Ketiga Episod 1

Sumber:

1. Jangan terlepas menonton dua drama menarik ini di TV3!

2. Novel Mata Ketiga

2. Drama Sangat




Hakcipta iluminasi.com (2017)