Oleh pada 19 Nov 2022 kategori

Kredit foto: Instagram TV9 Malaysia

   

Aku Seorang Perempuan ialah sebuah drama bersiri yang menggambarkan kehidupan penyanyi popular, Siti Nordiana, dan kebangkitan kemasyhurannya dalam dunia seni.

Ia diinspirasikan daripada buku biografi novel, Life Goes On dan Bukan Perempuan Biasa (BPB) nukilan penulis Dato Tengku Khalidah Tengku Bidin, yang menceritakan jatuh bangun Siti Nordiana sebagai penyanyi dan perjalanan hidupnya.

Difahamkan, siri ini hanya mengambil 50 peratus kisah hidup beliau bermula dari pertunangan, perkahwinan, penceraian dan sehingga kini.

Manakala watak lain pula dicipta untuk mewarnai jalan cerita.

   

sinopsis aku seorang perempuan

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Sinopsis

Mengangkat kisah inspirasi penyanyi ini melalui liku-liku kehidupan yang bakal menjadi motivasi kepada wanita yang berkongsi nasib sama dengannya.

Dari segi jalan cerita hanya separuh daripada plot drama berantai itu membabitkan kisah benar hidupnya bermula dari pertunangan, perkahwinan, penceraian dan sehingga kini, manakala selebihnya diolah untuk memberi lebih warna terhadap jalan cerita sedia ada.

Ia bermula apabila dia dan arwah suaminya, Faizal Yusof berkenalan, kemudian mereka bertunang, berkahwin dan bercerai termasuk apa yang dilaluinya sebagai penyanyi yang dilihat indah dan mengasyikkan namun sebaliknya berlaku pelbagai liku-liku.

Menceritakan Siti Nor Aisya (Atikah Suhaime), penyanyi muda yang sangat dikenali dalam industri seni hiburan tanah air dan mempunyai ramai peminat, memutuskan untuk berkahwin dengan pelakon popular, Fareez (Fezrul Khan) atas dasar cinta.

Siti Nor Aisya mengambil keputusan meninggalkan dunia glamor dan mengorbankan kerjayanya yang berada di puncak semata-mata untuk menumpukan perhatian kepada keluarga.

Namun, perkahwinan yang dibina mula goyah dan diduga apabila Siti Nor Aisya tidak berpuas hati melihat hubungan Fareez dengan aktres bernama Adriana (Adriana Adnan).

Adriana sering bertemu Fareez untuk meluahkan masalah berkaitan hubungan dengan kekasihnya yang bermasalah.

Siti Nor Aisya akhirnya diceraikan ketika anak mereka masih kecil, namun dia terpaksa bangkit daripada kegagalan rumah tangga dan mencari kekuatan untuk memikul tanggungjawab membesarkan anaknya.

Boleh diibaratkan pepatah yang mengatakan, sudah jatuh ditimpa tangga, Siti Nor Aisya sekali lagi diuji dengan kehilangan Hakim (Hafidz Roshdi), rakan karibnya sejak kecil yang turut menceburi industri seni sebagai penyanyi.

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Siti Nordiana

Baca: Biodata Pelakon Faizal Yusof, Bekas Suami Siti Nordiana

Baca: Selain Rayyan Nakhaie, Inilah Wajah Seorang Lagi Anak Siti Nordiana Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Achik Spin

drama aku seorang perempuan

Kredit foto: Instagram Hashim Rejab

Pelakon / Cast

Atikah Suhaime, pelakon wanita Singapura yang aktif berlakon dalam drama-drama Malaysia, diberi mandat dan kepercayaan untuk membawakan watak sebagai Siti Nordiana iaitu Siti Noraisya, manakala aktor Fezrul Khan pula melakonkan watak Fareez Hidayat dan Adriana Adnan sebagai Adriana.

Pelakon-pelakon yang mantap juga dipilih membarisi senarai pemain watak dalam siri ini iaitu Hafidz Roshdi, Puteri Sarah Liyana, Hasnul Rahmat, Mustaqim Bahadon, Jiha Sham, Fadh Majid, Aleza Shadan, Elmy Moin, Nor Albaniah, Sarah Dawud, Amai Kamarudin, Aman Nassim, Saidah Kamarudin dan Aisha Sudin.

Watak Pelakon

Atikah Suhaime sebagai Siti Noraisya

Fezrul Khan sebagai Fareez Hidayat

Adriana Adnan sebagai Adriana

Hafidz Roshdi sebagai Hakim Ali

Aleza Shadan sebagai Noriah

Saidah Kamarudin sebagai Noor

Mustaqim Bahadon sebagai Ehsan

Fadh Majid sebagai Joe

Puteri Sarah Liyana sebagai Jasmin

Amai Kamarudin sebagai Fateh

Jihaa Sham sebagai Maya

Nor Albaniah sebagai Datin Ariza

aku seorang perempuan episod

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Aku Seorang Perempuan ditulis Farhana Fauri dan diterbitkan Brotherhood Studio untuk saluran TV9.

Arahan Hashim Rejab ini merupakan sebahagian daripada program Inisiatif Seni Kreatif (ISK) TV dengan kerjasama Finas.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Cintaku Masih Berdiri

Tajuk: Cintaku Masih Berdiri

Penyanyi: Siti Nordiana

Komposer: Ajai

Penulis lirik: Liza Ilias

pelakon aku seorang perempuan

Episod 1 Aku Seorang Perempuan menemui penonton pada 19 November 2022. Kredit foto: Instagram TV9 Malaysia

Waktu Siaran

Drama siri mengandungi 13 episod itu dijadualkan tayangan mulai 19 November 2022 pada setiap hari Sabtu dan Ahad, pukul 7.30 malam di saluran TV9.

Ia juga bakal berada dalam talian (online) menerusi sebuah laman penstriman video, platform OTT (Over-The-Top) Malaysia yang akan diumumkan kelak.

Kredit video: DI SEBALIK TABIR DRAMA BERSIRI "AKU SEORANG PEREMPUAN"

Sumber:

1. Brotherhood Studio

2. Kisah hidup Nana




Hakcipta iluminasi.com (2017)