Kredit foto: Instagram Isyariana Che Azmi

    

Isyariana Che Azmi merupakan antara pelakon drama rantaian terbaharu, Satukan Rasa, yang diterajui pasangan penyanyi duet, Siti Nordiana dan Khai Bahar.

Barangkali ramai yang tidak tahu, Isyariana bukanlah nama baharu dalam industri hiburan tempatan.

Beliau mencipta nama sebagai penyanyi kumpulan Hanarose dan The Fabulous Cats, selain pernah menyertai program realiti Akademi Fantasia.

Lagi info lanjut Isyariana dalam biodata berikut.

   

Biodata

1. Pemilik nama sebenar, Isyariana Che Azmi.

2. Lahir di Temerloh, Pahang pada 31 Oktober 1990.

3. Berusia 29 tahun.

4. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

5. Berkelulusan diploma dalam jurusan Seni Bina daripada Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang.

6. Merupakan pelakon dan penyanyi yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2014.

7. Bakatnya dikesan daripada pertandingan realiti, Akademi Fantasia 2016 (AF2016), namun hanya bertahan sehingga konsert minggu kelima sebelum disingkirkan, sekaligus meletakkannya di kedudukan ke-11.

8. Sebelum mengecapi populariti di AF2016, Isyariana merupakan anak didik komposer Cat Farish pada 2014 menerusi kumpulan duo Hanarose yang antara lain dianggotai Eka Sharif.

9. Kumpulan naungan syarikat Godzilla Boombox milik Cat itu pernah tampil dengan single sulung berjudul "Girlfriend" pada April 2014, diikuti beberapa single yang dimuatkan sebagai runut bunyi filem seperti "UFO" (Usin UFO), "Tiba Kini Waktu" (Coverina) dan "Deritaku" (Pengantin Malam). Hanarose akhirnya dibubarkan pada 2016.

10. Sebagai pelakon, antara drama dibintanginya seperti Married Tapi Benci, Urusan Hati Cik Drama Queen, Duda Pujaan Dara, Lelaki Kiriman Tuhan dan Satukan Rasa.

11. Termasuk telefilem Cinta Bae Kicap, Malam Ini Aku Menangis, Kipas Belum Mati, Pentas dan banyak lagi.

12. Pembabitannya di layar lebar menerusi filem Warkah, membawakan watak sebagai Cikgu Nur.

      

Fakta Menarik

  • Sebelum bergelar selebriti, Isyariana merupakan seorang pelukis pelan di negeri kelahirannya.
  • Pernah menyertai kumpulan The Fabulous Cats sebagai penyanyi ganti selama setahun.
  • Bekas peserta program realiti TV i-Klon yang diterbitkan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
  • Pencapaian lainnya termasuk pernah membuat persembahan solo di konsert penyanyi Indonesia, Rossa yang berlangsung di Pahang, serta konsert-konsert di Raja Pahang di Dewan Jubli Perak, Pekan.
  • Wajahnya dikatakan mirip penyanyi Indonesia, Agnes Monica.

   

Foto

isyariana che azmi

isyariana

drama satukan rasa 826

isyariana ig

sinopsis satukan rasa 93

biodata isyariana

isyariana satukan rasa

pelakon satukan rasa 858

Kredit foto: Instagram Isyariana Che Azmi

   

Video

Kredit video: Hanarose - Girlfriend - Official Music Video

   

Sumber:

1. Wikipedia Isyariana Che Azmi

2. Isyariana Tak Kisah Watak Pembantu

3. Tersingkir Dengan Cara Begini, Sangat Kejam - Riana AF2016

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)