Oleh pada 12 Apr 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

Bila Syaitan Berbisik merupakan sebuah siri televisyen Malaysia 2021 yang digarap oleh pengarah berpengalaman, Rashid Sibir.

Bersiaran mulai 12 April 2021 di saluran Astro Ria, drama ini menggandingkan barisan para pelakon yang tidak asing lagi seperti Lah Ahmad, Azar Azmi, Kamal Adli, Uyaina Arshad dan Mustaqim Bahadon.

drama bila syaitan berbisik

Kredit foto: Instagram Mustaqim Bahadon

Sinopsis

Naen dan Dhia merupakan pasangan suami isteri yang menubuhkan sebuah NGO bagi membantu individu yang berdepan masalah tanpa mengenakan sebarang caj.

Mereka sudah mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun, namun tidak beroleh rezeki cahaya mata sehinggalah suatu hari Dhia disahkan mengandung.

Bagaimanapun, Dhia yang berdegil hendak terus bekerja meskipun sarat hamil, akhirnya mendapat perkhabaran sedih apabila dimaklumkan dirinya keguguran, sekaligus menyebabkan hubungannya dengan Naen retak.

Demi kasih sayang, mereka tetap meneruskan perkahwinan yang dibina dan berkat kesabaran, mereka sudahnya dikurniakan cahaya mata. 

Kes jenayah yang cuba dibantu menerusi pertubuhan NGO mereka merupakan kisah benar yang pernah viral, diambil dari berita TV, akhbar, media sosial dan sebagainya.

    

sinopsis bila syaitan berbisik

Kredit foto: Instagram Mustaqim Bahadon

Pelakon

Diterajui Lah Ahmad dan Azar Azmi.

Turut dibarisi Kamal Adli, Uyaina Arshad, Mustaqim Bahadon, Natasha Hudson, Syafnida Shuhaimi, Adlin Aman Ramlie, Zarina Zainuddin, Liza Abdullah, Norlia Ghani dan Hamidah Wahab.

Baca: Biodata Azar Azmi

Baca: Biodata Kamal Adli

Baca: Biodata Uyaina Arshad

Baca: Biodata Mustaqim Bahadon

Baca: Biodata Natasha Hudson

Baca: Biodata Syafnida Shuhaimi

Baca: Biodata Zarina Zainuddin

bila syaitan berbisik episod

Kredit foto: Instagram Mustaqim Bahadon

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Karya daripada produksi Opera Klasik dengan menggunakan khidmat arahan sutradara Rashid Sibir.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: SYAHMI IRFAN, SYAFIQ NASER, KILLA DRIZ & ALIFF ISKANDAR - SEDAR KU OFFICIAL MUSIC VIDEO

    

Tajuk: Sedar Ku

Penyanyi: Syafiq Naser, Aliff Iskandar, Syahmi Irfan & Killa Driz

Komposer : Natasyah, Mazlan Setapa, Hafiz Dot, Puteri

Penulis lirik : Iman Imran, Killa Driz 

    

pelakon bila syaitan berbisik

Kredit foto: Instagram Lah Ahmad

Waktu Siaran

Siaran 18 episod mulai 12 April 2021 pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 11 malam di saluran Astro Ria.

Juga boleh tonton di platform penstriman Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

   

Sumber:

1. Astro Gempak

2. Bambam Studios




Hakcipta iluminasi.com (2017)