Oleh pada 18 Apr 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Nik Adam Mika

'Ramadani' merupakan sebuah siri televisyen Malaysia 2021 yang bakal bersiaran sepanjang bulan Ramadan ini mulai 18 April di saluran TV3.

Menampilkan barisan pelakon seperti Syamsul Yusof, Nik Adam Mika, Hannah Delisha, Azlee Khairi, Bella Astillah dan ramai lagi.

ramadani tv3

Kredit foto: Instagram Eoon Shuhaini

Sinopsis

Mengisahkan Mohd Ramadani, seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang sering dimanjakan bapanya yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Gara-gara kenakalannya, pengasuhnya sering bertukar-tukar kerana tiada seorangpun yang dapat bertahan.

Namun kehadiran Faizal dan Mira, dua adik-beradik gelandangan yang dibawa pulang oleh bapanya telah mengubah hidup Ramadani secara total!

drama ramadani

Kredit foto: Instagram Nik Adam Mika

Pelakon

Watak utama diterajui pelakon Syamsul Yusof dan Nik Adam Mika.

Pelakon lain yang terlibat adalah Hannah Delisha, Azlee Khairi, Bella Astillah, Dhia Irdina, Ummar Dzariff, Adrianna Qasmia, Ieda Moin, Shaharuddin Thamby dan Zazly Baginda.

Baca: Biodata Syamsul Yusof

Baca: Biodata Nik Adam Mika

Baca: Biodata Hannah Delisha

Baca: Biodata Azlee Khairi

Baca: Biodata Bella Astillah

pelakon ramadani

Kredit foto: Instagram Dhia Irdina

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Karya terbaharu pengarah Eoon Shuhaini yang diterbitkan oleh produksi Saphire Screen Sdn Bhd.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Kowachee - Pap Tapom (Lyric Video)

Tajuk: Pap Tapom

Penyanyi: Kowachee

Komposer: Bryan B, Sophia Liana

Penulis lirik: Bryan B, Sophia Liana, Kowachee

sinopsis ramadani

Kredit foto: Instagram Eoon Shuhaini

Waktu Siaran

Siri 4 episod bersempena bulan Ramadan ini ditayangkan bermula 18 April 2021, setiap hari Ahad, jam 9 malam di saluran TV3.

ramadani episod

ramadani episode

ramadani drama

nik adam mika 185

Kredit foto: Instagram Bella Astillah , Instagram Dhia Irdina & Instagram Nik Adam Mika

Kredit video: Istimewa Ramadan : Ramadani l Mulai 18 April, Setiap Ahad, 9 malam hanya di TV3

Sumber:

1. Drama Sangat

2. TV3 Malaysia




Hakcipta iluminasi.com (2017)