hh

Oleh pada 12 Aug 2024 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Malaysia

        

Siri baharu "Dari Mata Turun Ke Hati" yang berdasarkan drama Jepun "Love's In Sight" akan mengambil alih tempat siri sebelumnya, "Dedaun Hijau Di Angin Lalu".

Dengan slogan "Love is beyond what you see. There’s more than meets the eye," siri dalam slot Megadrama ini menjanjikan kisah romantik yang sarat dengan cinta, gelak tawa, cabaran dan pengorbanan.

       

dari mata turun ke hati drama

Kredit foto: Instagram Sooka

       

Dari Mata Turun Ke Hati mengisahkan tentang seorang gadis buta separa dan seorang gangster jalanan yang bertemu secara tidak sengaja, lalu memulakan hubungan yang penuh dugaan, momen manis dan perubahan hidup yang tidak dijangka.

        

Sinopsis Dari Mata Turun Ke Hati

Drama romantik komedi ini mengisahkan Iris Sofea, seorang gadis yang menderita penyakit mata Amblyopia atau mata malas, membuatkan penglihatannya tidak sempurna. Suatu hari, dia secara tidak sengaja bertemu dengan Jai Jerung, seorang budak lelaki nakal dan gangster jalanan. Pertemuan mereka yang penuh dengan insiden lucu dan emosi menjadi titik permulaan kepada hubungan yang tidak disangka-sangka.

Iris, yang bergantung kepada tongkat putih dan Braille Blocks untuk bergerak, tanpa sengaja menyerang Jai Jerung ketika dia menghalang laluan yang digunakan oleh Iris. Kejadian ini menjadi titik tolak hubungan mereka yang semakin akrab.

Selepas mengetahui Iris dapat melihat warna dengan lebih jelas, Jai Jerung mula berpakaian dengan warna-warna terang agar lebih mudah dikenali oleh Iris. Dia juga bekerja di sebuah kedai sewa filem dan membantu mengatur sistem yang mesra pengguna bagi golongan kurang penglihatan.

Dalam pada itu, kakak Iris, Ayra Sofea sentiasa berada di sisi adiknya dan memberikan sokongan tanpa henti, walaupun kadangkala terlalu melindungi Iris. Ayra sering bimbang akan keselamatan adiknya sehingga sering menghalang Iris daripada melakukan pelbagai perkara.

Adakah cinta mereka mampu menyingkirkan segala rintangan atau mereka harus menerima hakikat lain?

       

Sinopsis Love's In Sight (Adaptasi Komik Love’s In Sight!)

"Love's In Sight" mengisahkan tentang Akaza Yukiko, seorang pelajar di sekolah khas yang kurang penglihatan. Dengan amblyopia yang dialaminya, Yukiko hanya dapat melihat cahaya dan warna dalam bentuk kabur dan huruf-huruf besar hanya boleh dibaca dengan bantuan kanta pembesar. Dengan bantuan tongkat putih, Yukiko menjalani hidupnya dengan ceria dan matang, walaupun pemalu dalam soal cinta.

Suatu hari, dia bertemu dengan Kurokawa Morio, seorang remaja lelaki nakal yang cepat marah tetapi baik hati. Pada awalnya, Yukiko tidak menyenangi Morio, namun perlahan-lahan dia mula melihat sisi positif lelaki itu. Rasa saling tertarik muncul, mengubah hubungan mereka menjadi sesuatu yang lebih dalam dan bermakna, lalu membawa mereka melalui perjalanan hidup yang penuh dengan gelak tawa dan emosi.

        

Baca: 8 Fakta Biodata Arabella Ellen, Pelakon Drama Berepisod Dari Mata Turun Ke Hati (Astro Ria)

Baca: Biodata Darien Aeldra, Pelakon Drama Berepisod Dari Mata Turun Ke Hati & Yang Tahu Je Tahu (Astro Ria)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Perang Nasi Dagang: Kelate VS Ganu (Astro Warna & Sooka)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dulu Dollah Daebak (Slot Akasia TV3)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lelaki Melayu Terakhir (Slot Samarinda TV3)

        

dari mata turun ke hati sinopsis

Kredit foto: Instagram Sooka

       

Pelakon / Cast

Drama ini dibawa oleh Mierul Aiman dan Arabella Ellen sebagai tunjang utama.

       

dari mata turun ke hati episod 335

Kredit foto: Instagram Sooka

       

Turut terlibat dalam produksi ini adalah pelakon-pelakon ternama seperti Darien Aeldra, Qistina Khaled, Azri Safix, Afiq Hamidon, Azhar Sulaiman, Kimberly Chuah, Evertts Gomes, Ramona Zamzam, Natasha Elyzza, Nik Rifaie, Azmi Caliph Buskers, Sathisvaran dan Natasha Roslan.

       

Watak Pelakon

Mierul Aiman sebagai Jai Jerung

Arabella Ellen sebagai Iris Sofea

Darien Aeldra sebagai Jaha

Qistina Khaled sebagai Ayra

Azri Safix sebagai Haikal

Afiq Hamidon sebagai Dayat

Azhar Sulaiman sebagai Kamal

        

dari mata turun ke hati pelakon

Kredit foto: Instagram Sooka

       

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Karya ini digarap dengan penuh kreativiti oleh pengarah Michael Ang, diproduksi oleh Juita Viden Sdn Bhd dan skrip ditulis oleh penulis Nadia Khan.

       

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Aku Kau dan Bintang versi Dinda Dania (Official Music Video)

       

Tajuk: Aku Kau & Bintang

Penyanyi: Dinda Dania, YBJ, Faiz Ruzayn

Komposer: Faiz Ruzaini & Jeffrey Affandy

Penulis lirik: Faiz Ruzaini & Jeffrey Affandy

       

Tarikh Dan Waktu Tayangan

Slot Megadrama Astro Ria bakal menampilkan Dari Mata Turun Ke Hati, yang akan mula dimainkan di kaca TV pada 12 Ogos 2024, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam.

Secara alternatif, ia boleh diakses dengan mudah melalui Astro Box menerusi On Demand, selain Astro Go dan Sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.

       

Tajuk cerita? Dari Mata Turun Ke Hati

Berapa episod? 16 episod

Setiap hari apa? Isnin hingga Khamis

Bila tayang? Jam 10 malam

Tonton di mana? Saluran Astro Ria (104) dan platform online, Astro Go serta Sooka

       

Kredit video: [TAYANGAN PERDANA] DARI MATA TURUN KE HATI

         




Hakcipta iluminasi.com (2017)