Kredit foto: Instagram Dayana Roza

     

Dayana Roza atau nama lengkapnya, Nur Dayana binti Kamsun Baharin merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia.

Namanya mula terkenal selepas menyertai rancangan pencarian bakat lakonan, Anak Wayang yang meletakkannya di kedudukan ketiga.

Popularitinya terus melonjak selepas membintangi drama Asam Pedas Untuk Dia yang ditayangkan di slot Dahlia TV3.

    

Biodata

1. Pemilik nama penuh Nur Dayana binti Kamsun Baharin. Nama komersialnya, Dayana Roza.

2. Kelahiran Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 1 Mei 1991. Kini berusia 28 tahun.

3. Anak tunggal dalam keluarga.

4. Merupakan pelakon dan model yang mula bergiat dalam bidang seni sejak tahun 2009.

5. Bakatnya dikesan daripada program realiti Anak Wayang pada 2009 yang antara lain melahirkan pelakon Amar Baharin, Afzan A. Rahman, Lan Siro dan Feeya Iskandar. Beliau dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga dalam pertandingan yang mencungkil bakat lakonan melalui cabaran drama TV itu.

6. Namanya melonjak naik selepas memegang peranan sebagai Ainin Sofiya dalam drama Asam Pedas Untuk Dia yang bersiaran di Slot Dahlia TV3 pada 2015.

7. Lain-lain drama dibintanginya seperti Runtun Qalbu, Syurga Nur, Memori Cinta Suraya, Lara Aishah, Abang Bomba I Love You, Isteri Untuk Diiktiraf dan Suamiku Mr Blind.

8. Termasuk telefilem Selipar Jepun Suria, Kabus Hati Laila, Biah Sport, Trauma, Rendang Punya Pasal dan Aku Nazmi.

9. Penglibatannya di layar lebar menerusi filem Hello, Apokalips X, Zombie Kilang Biskut, Girlfriend Kontrak, Mat Moto Otai, Minah Moto, Pencuri Hati Mr. Cinderella dan Kron.

10. Pernah tercalon dalam kategori Aktres Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-3 pada 2016.

11. Terkini, beliau bakal muncul menerusi drama adaptasi novel, Seadanya Aku yang akan bersiaran di slot Akasia TV3, bersama barisan pelakon seperti Azlee Khairi, Zara Zya, Elvina Mohamad dan Redza Rosli.

    

Foto

dayana roza ig

dayana roza cina

dayana roza wikipedia

sinopsis drama seadanya aku

dayana roza family

Kredit foto: Instagram Dayana Roza

    

Video

Kredit video: Youtube Mstar Online Malaysia

   

Sumber:

1. Wikipedia Dayana Roza

2. Wikipedia Anak Wayang

3. Dayana Ubah Nama Selepas 6 Bulan Tiada Tawaran Berlakon

4. Dayana Roza Semakin Matang

5. Azlee Khairi Kembali Berlakon Drama

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)