Oleh pada 24 Oct 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

       

Slot Megadrama disambung dengan siri drama, My Famous Ex-Boyfriend yang akan datang mengambil tempat "One Million Dollar Voice" yang terdahulu bersiaran.

Adaptasi "Petrichor", novel terlaris yang dihasilkan oleh penulis Nurul Syahida Kamarudin ini, diangkat sebagai siri televisyen eksklusif dengan penyertaan dan lakonan oleh Hael Husaini, Nadhir Nasar, Ryzal Jaafar, Nur Aisyah (Cupcake Aisyah), Nina KSC, Malle Christian Anderson, Natasha Elyzza, Jiggy Masin dan ramai lagi.

         

my famous ex boyfriend cast 403

Kredit foto: Instagram iFabulous Art Media & Event

       

Sinopsis

Kisah mengenai gejala buli siber yang kerap berlaku dalam masyarakat kita, terutamanya di kalangan golongan muda, diceritakan dalam drama bersiri terkini ini di saluran Astro Ria.

Ia mengisahkan tentang cinta pertama Sameera (Qasrina Karim) semasa remajanya dan perjalanan perasaannya yang penuh liku-liku bersama Ishaak (Hael Husaini). Sameera dan Ishaak bertemu ketika mereka masih remaja dan jatuh cinta sebelum Ishaak menjadi artis popular dengan nama Haque Zuhal.

Bergelar kekasih Haque Zuhal, remaja idaman ramai wanita, telah menyebabkan hubungan mereka retak, lantas menghantui kehidupan Sameera dengan cabaran dan kritikan dari netizen di laman sosial.

Selepas lapan tahun berlalu, percintaan mereka berakhir di tengah jalan apabila Haque memutuskan untuk menamatkan hubungan. Sameera cuba bangkit dari kekecewaan dan kritikan netizen yang menghentamnya.

Dia sukar untuk melupakan cintanya yang pertama sehingga dia berjumpa dengan Jamie (Nadhir Nasar), yang berkongsi pengalaman lalu yang serupa melalui satu janji temu 'blind date'. Takdir membawa mereka lebih dekat dan Sameera bertemu dengan anak Jamie, Affan.

Ketika Sameera mengetahui bahawa Haque dan Dahlia akan bertunang, hatinya hancur. Tanpa pengetahuannya, Jamie, seorang chef ini, adalah duda yang digelar "Suami Dari Neraka" kerana meninggalkan isterinya yang lumpuh.

        

Baca: 8 Fakta Biodata Pelakon Qasrina Karim Yang Ramai Tak Tahu!

         

my famous ex boyfriend novel 755

Kredit foto: Instagram Alaf 21

        

Pelakon / Cast

Tiga bintang utama, Qasrina Karim, Hael Husaini dan Nadhir Nasar, bergabung dalam drama 'My Famous Ex-Boyfriend', memerankan watak utama; Sameera, Haque Zuhal dan Jamie.

         

my famous ex boyfriend sinopsis

Baca: Instagram Hafiz Taharim

         

Bagi melengkapkan jalan cerita, siri ini turut menampilkan lakonan Nur Aisyah (Cupcake Aisyah), Ryzal Jaafar, Malle Christian Anderson Barlus, Natasha Elyzza, Jasmin Hamid, Aleza Shadan, Jiggy Masin, Nina KSC, Nik Rifaie, Ahmad Nur Zaki, Syuhaida Abraz, Syabil Haniky dan Qaiszerr Eshan.

       

Watak Pelakon

Qasrina Karim sebagai Sameera

Hael Husaini sebagai Ishaak / Haque Zuhal

Nadhir Nasar sebagai Jamie

Nur Aisyah (Cupcake Aisyah) sebagai Dahlia

Malle Christian Anderson Barlus sebagai Zamirah

Ryzal Jaafar sebagai Ned

Natasha Elyzza sebagai Yaya

Aleza Shadan sebagai Saidah

Jasmin Hamid sebagai Sofia

Jiggy Masin sebagai Afi

Nik Rifaie sebagai Suhaimi

Zaki Yahaya sebagai Shahir

Syabil Haniky sebagai Hadi

Adik Qaiszerr Eshan sebagai Affan

         

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Pengarah Hadith Omar mengarahkan My Famous Ex Boyfriend dengan sokongan penulis skrip Adib Zaini, Bainun Waheeda, Arshad Adam, Syakirin Supardi dan Hadith Omar, dan ia diterbitkan oleh iFabulous Art Media & Event.

       

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Diam

Penyanyi: Hael Husaini

        

my famous ex boyfriend episod 108

Kredit foto: Instagram Hafiz Taharim

        

Waktu Siaran

Siri TV terdiri daripada 24 episod, dengan setiap episod mengambil masa satu jam itu memulakan tayangan perdana pada 23 Oktober 2023, bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam di saluran Astro Ria (104).

Ia juga akan dapat dinikmati di platform penstriman video terkemuka, Astro GO dan Sooka, serta boleh ditonton dengan fleksibel melalui Astro Box menerusi On Demand.

         

Tajuk cerita? My Famous Ex-Boyfriend

Berapa episod? 24 episod

Setiap hari apa? Isnin hingga Khamis

Bila tayang? Jam 10 malam

Tonton di mana? Astro Ria dan platform online, Astro Go dan Sooka

         

Kredit video: OFFICIAL TRAILER MY FAMOUS EX BOYFRIEND. EPISOD 1 PADA 23 OKTOBER 2023

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)