Biodata

Nama penuh: Zulkifli bin Ariffin

Nama popular: Zul Ariffin

Tarikh lahir: 25 Oktober 1986

Umur: 32 tahun

Kelahiran: Taiping, Perak, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon, model dan jurucakap produk

Media sosial: Instagram @zul_ariffin

Fakta Menarik

1. Berketinggian 1.85 meter.

2. Anak bongsu daripada empat adik-beradik. Mempunyai dua kakak dan seorang abang.

3. Berdarah kacukan Melayu dan Belanda.

4. Awalnya ingin menjadi anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), namun hilang kelayakan selepas mendapat kecederaan patah di bahagian bahu.

5. Sewaktu berhijrah ke ibu kota pada usia 18 tahun, beliau menyara kehidupan sebagai barista di sebuah kafe bernama Dome Café.

6. Kemudiannya Zul mengasah bakat untuk menjadi peragawan dengan menyertai latihan model fesyen. Sejak itu, beliau mempraktikkan kebolehan dengan mengambil beberapa tawaran beraksi di pentas pertunjukan fesyen.

7. Bakat Zul seterusnya dikesan oleh seorang pencari bakat yang kemudiannya membawa kepada kemunculan beliau dalam beberapa iklan televisyen.

8. Drama pertama lakonannya ialah Awan Dania pada tahun 2008.

9. Antara drama popular yang dibintanginya seperti Renjis, Gerak Khas, Nora Elena, Rindu Awak 200%, Istikharah Cinta, M.A.I.D, Menanti Februari, Titian Cinta, Ti Amo, Sweetheart 100 Hari dan Seribu Rindu.

10. Beberapa telefilem dilakonkannya seperti Tujuh Lagu, Hatiku Di Kinabalu, Panik, Rindu Awak 200% Raya, M.A.I.D Pun Nak Raya dan Permata Hati.

11. Manakala filem-filem terkenal dibintanginya seperti Evolusi KL Drift 2, Bikers Kental, Penanggal, J Revolusi, Tombiruo: Penunggu Rimba dan Hantu Kak Limah.

12. Antara pencapaian terbaik beliau sepanjang bergelar anak seni ialah kemenangan menerusi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30, 31, Aktor Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-5 dan Pelakon TV MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era ke-2.

13. Pernah dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Abby Abadi, Zahirah MacWilson dan penerbit Gayatri Su-Lin Pillai.

14. Ibunya menghembuskan nafas terakhir pada 5 Disember 2017 kerana penyakit jantung.

Foto

biodata zul ariffin pelakon lelaki popular 2

biodata zul ariffin pelakon lelaki popular 3

biodata zul ariffin pelakon lelaki popular 5 213

biodata zul ariffin pelakon lelaki popular 4

biodata zul ariffin pelakon lelaki popular 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. Sinar Harian

3. Malay Mail

4. Mstar

5. Harian Metro

6. Instagram Zul Ariffin




Hakcipta iluminasi.com (2017)