Oleh pada 30 Nov 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

       

Arahan Eyra Rahman, Syurga Itu Bukan Mudah bakal menghiasi skrin drama Melayu melalui slot Megadrama di Astro Ria.

        

syurga itu bukan mudah novel

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

       

Gandingan mantap barisan pelakon hebat Malaysia yang menjadi kegemaran penonton sekarang, seperti Amir Ahnaf, Anna Jobling, Fadhli Masoot, Alya Iman dan Dynas Mokhtar.

Ia akan menjadi pengganti siri My Famous Ex-Boyfriend dalam slot yang sama.

        

Sinopsis Syurga Itu Bukan Mudah

Mentaati suami adalah salah satu jalan yang paling mudah bagi wanita untuk menjejak syurga.

Kerana itulah, Aileen, gadis yang mencari makna syurga melalui ketaatan dan kebahagiaan seorang suami, bercita-cita mahu memiliki suami yang akan membimbingnya ke syurga.

Farid Tan Sri Muhammad Amin, jelas memenuhi syarat sebagai suami yang diimpikannya, yang lengkap dari sudut agama dan tanggungjawab dalam kehidupan dunia.

Meskipun dianggap sebagai syurga dunia yang abadi, namun Farid juga yang telah membuat hati Aileen terluka sebagai seorang isteri.

Identiti lelaki itu yang tersembunyi di balik sikap luaran yang kelihatan baik mula terkuak, dan kini terlihat jiwanya yang cintakan dunia dan dikuasai oleh nafsu.

Aileen mula berasa dikhianati oleh Farid yang hanya cenderung kepada kehidupan mewah dunia. Mampukah Farid berubah?

     

Baca: Biodata Malia Baby (Tengku Malia), Pelakon Drama Berepisod Syurga Itu Bukan Mudah, I Love You Stupid (ILYS)

Baca: 10 Fakta Pelakon Amir Ahnaf Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: 10 Drama Melayu Terbaru (2023) Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!

         

syurga itu bukan mudah episod

Kredit foto: Instagram Dynas Mokhtar

         

Pelakon / Cast

Menaruh bintang popular sebagai teraju utama watak lakonan, iaitu Amir Ahnaf dan Anna Jobling.

        

syurga itu bukan mudah drama

Kredit foto: Instagram Dynas Mokhtar

       

Menghidupkan peranan sampingan ialah Fadhli Masoot, Alya Iman, Dynas Mokhtar, Dian P Ramlee, Steve Yap, Malia Baby, Amir Nafis, Ahmad Syafiq dan Bulan Terry.

         

Baca: Biodata Pelakon Amir Ahnaf

Baca: Biodata Pelakon Anna Jobling

       

Watak Pelakon

Amir Ahnaf sebagai Farid

Anna Jobling sebagai Aileen

Alya Iman sebagai Fara

Fadhli Masoot sebagai Arman

Dynas Mokhtar sebagai Umirah

Dian P Ramlee sebagai Aminah

Steve Yap sebagai Musthapa

Malia Baby sebagai Lily

Amir Nafis sebagai Zayn

Ahmad Syafiq sebagai Engku

Bulan Terry sebagai Natalie

       

Penampilan Khas

Husna Mustaffa sebagai Peguam Aileen

Noorkhiriah sebagai Ustazah

Neera Azizi sebagai Nory

Danial Dashuki sebagai Dr Zawawi

RJ Helmy sebagai Doktor

       

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Pengarahannya adalah hasil dari Eyra Rahman, dipersembahkan oleh Global Station Sdn Bhd dan nukilan skrip oleh Liza Nur.

Ia merupakan karya daripada idea asal dan bukanlah adaptasi atau 'remake' dari mana-mana drama atau novel.

        

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Nadeera - Boneka Tanpa Hati (Official Lyric Video) OST Syurga Itu Bukan Mudah (Astro Ria)

       

Tajuk: Boneka Tanpa Hati

Penyanyi: Nadeera Zaini

Komposer: Mas Dewangga, Jova Devito, A.Shah, Aden King

Penulis lirik: Mas Dewangga

        

sinopsis syurga itu bukan mudah

Kredit foto: Instagram Dynas Mokhtar

        

Waktu Siaran

Drama ini yang akan memeriahkan skrin televisyen kita bermula 4 Disember 2023, pada pukul 10 malam setiap hari Isnin hingga Khamis di slot Megadrama, Astro Ria (saluran 104).

Program pilihan ramai ini juga akan disajikan di platform penstriman video terkenal, Astro Go dan Sooka, atau boleh ditonton di On Demand menerusi Astro Box untuk pilihan yang lebih fleksibel.

        

Tajuk cerita? Syurga Itu Bukan Mudah

Berapa episod? 20 episod

Setiap hari apa? Isnin hingga Khamis

Bila tayang? Jam 10 malam

Tonton di mana? Astro Ria dan platform online, Astro Go dan Sooka

        

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

         

Kredit video: Tonton "Syurga Itu Bukan Mudah" Episod 1 Pada 4 Disember - Full Trailer

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)