Kredit foto: Instagram Uyaina Arshad

Biodata

1. Nama penuhnya, Shaidatul Naseha Uyaina binti Arshad.

2. Lahir pada 16 November 1992 di Kuala Kangsar, Perak, Malaysia. Kini berusia 27 tahun.

3. Anak bongsu daripada empat adik-beradik.

4. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang daripada Universiti Malaya.

5. Selain berlakon, beliau juga aktif sebagai pengacara, wartawan penyiaran, model dan usahawan.

6. Menceburi dunia seni sejak tahun 2015.

7. Bekas Juara Pencarian Nona Manis 2015.

8. Pemenang pertandingan Puteri Muslimah Asia 2018 sekaligus menewaskan peserta-peserta dari Singapura, Brunei, Turki, Timor Leste dan Indonesia.

9. Mengambil alih peranan Fauziah Gous sebagai hos rancangan Nona dari tahun 2016 hingga 2017.

10. Antara lain, beliau turut mengemudikan program Kashoorga Talk siaran Astro Oasis pada 2017, D'Academy Asia musim keempat pada 2018, Wanita Hari Ini tayangan TV3 sejak 2018 dan Pesona Pengantin di Astro Ria pada 2019.

11. Pembabitannya di layar kaca menerusi drama Lelaki Kiriman Tuhan dan Curi-Curi Cinta.

12. Karier seninya turut berkembang hingga ke negara jiran, Indonesia.

13. Melibatkan diri sebagai pelakon teater semasa masih menuntut di pusat pengajian tinggi.

14. Menggemari aktiviti sukan lasak.

15. Pada 2019, beliau mendedahkan telah menghidap penyakit jantung selepas memasuki wad dan disahkan oleh pakar kardiologi.

      

Info Drama Curi-Curi Cinta

  • Di bawah arahan sutradara YM Raja Ahmad Alauddin.
  • Bergenre drama, keluarga, cinta dan konflik.
  • Adaptasi novel karya Siti Rosmizah yang sebelum ini dikenali menerusi novel bestseller, 7 Hari Mencintaiku dan Lafazkan Kalimah Cintamu yang turut diangkat ke versi drama.
  • Lakonan mantap Zahirah MacWilson, Aiman Hakim Ridza, Fauziah Nawi, Talha Harith, Uyaina Arshad, Adam Lee, Izzue Islam, Haneesya Hanee, Pablo Amirul dan ramai lagi.
  • 'Terlalu Memuja' nyanyian Wany Hasrita dan 'Sukar Untukmu' (Fara Hezel) dipilih sebagai lagu tema.
  • Ke udara selama 28 episod menerusi slot MegaDrama, bermula 29 April, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria.

Foto

biodata uyaina arshad pelakon drama curi curi cinta 2

biodata uyaina arshad pelakon drama curi curi cinta 3

biodata uyaina arshad pelakon drama curi curi cinta 4

biodata uyaina arshad pelakon drama curi curi cinta 5

biodata uyaina arshad pelakon drama curi curi cinta 6

Kredit foto: Instagram Uyaina Arshad

Video

Kredit video: Youtube Zayan My

Sumber:

1. Wikipedia

2. Mstar

3. Utusan




Hakcipta iluminasi.com (2017)