Kredit foto: Instagram Iman Suhana

   

Siapa Iman Suhana? Norsuhana Mohamad Wahid atau nama popularnya, Iman Suhana merupakan salah seorang pelakon yang membintangi drama berepisod slot Samarinda TV3, Takdir Yang Tertulis hasil sentuhan pengarah Shahrulezad Mohameddin yang juga dikenali sebagai Budak Ijat.

Memegang watak sebagai Rozita, beliau selaku watak pembantu bergandingan dengan barisan pelakon ternama, antaranya Nazim Othman, Nad Zainal, Elvina Mohamad, Alvin Chong dan Muaz Fitri Maslan.

   

Biodata / Profile / Latar Belakang

  • Pemilik nama penuh, Norsuhana binti Mohamad Wahid.
  • Menggunakan nama komersial, Iman Suhana.
  • Berumur 31 tahun (2021).
  • Kelahiran Taiping, Perak pada 19 April 1990.
  • Berkecimpung dalam bidang seni sebagai seorang pelakon televisyen dan teater.
  • Antara drama lakonannya termasuk Monalisa, Takdir Yang Tertulis, Aku Yang Merinduimu, Lara Syakila dan Love Elsa.
  • Kemunculannya di pentas teater menerusi pementasan Panggilan dan Mud The Musical.
  • Laman sosial Instagramnya atas nama akaun @imansuhana sehingga kini mempunyai lebih 91,000 pengikut.

   

Fakta Menarik

  • Pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Teater (Pengarahan) daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM).
  • Berkahwin dengan pilihan hatinya, Muhammad Shazwan Ibrahim pada 16 Mac 2018. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Maya Inara pada 18 Disember 2018.

   

Baca: 12 Fakta Drama Takdir Yang Tertulis Yang Ramai Tak Tahu!

    

Foto

iman suhana umur

iman suhana ig

suami iman suhana

anak iman suhana

keluarga iman suhana

takdir yang tertulis 760

bapa iman suhana

iman suhana wikipedia

pelakon takdir yang tertulis

drama takdir yang tertulis 620

iman suhana

Kredit foto: Instagram Iman Suhana

   

Sumber:

1. Pelakon Monalisa, Iman Suhana Selamat Lahirkan Baby Girl!

2. Walaupun jahat, orang tak marah – Iman Suhana

3. Kahwin tak jejas kerjaya lakonan - Iman Suhana

4. Inspirasi dari MH370

5. Wikipedia Iman Suhana

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)