Kredit foto: Instagram @zeera.azizi

       

Biodata

1. Nama penuhnya, Nurazeera binti Azizi. Dikenali sebagai Zeera Azizi.

2. Lahir pada 16 Januari 1996. Kini berusia 23 tahun.

3. Berasal dari Kuantan, Pahang.

4. Berketinggian 170 sentimeter dan berat badannya, 51 kilogram.

5. Merupakan anak sulung daripada dua orang adik-beradik.

6. Kakak kepada pelakon Neera Azizi.

7. Berkhidmat sebagai pramugari sejak berumur 18 tahun di sebuah syarikat penerbangan komersil di Malaysia.

8. Juga bergelar atlet sukan boling mewakili negeri Pahang dalam Sukan Malaysia (SUKMA).

9. Namanya meledak selepas penyertaan dalam pertandingan Dewi Remaja 2018/2019 yang antara lain disertai Haneesya Hanee, Anna Jobling dan Aween Ismail.

10. Ramai yang barangkali tidak tahu, beliau sebelum ini pernah bergelar penyanyi menerusi penghasilan single 'Kehilangan', namun rezeki tidak berpihak kepadanya apabila lagu itu kurang mendapat sambutan.

11. Bagi memantapkan seni lakonannya, beliau mengambil inisiatif berguru dengan pelakon Amar Asyraf dengan mengikuti kelas.

       

Info Drama Setelah Terlafaznya Akad

  • Arahan Michael Ang.
  • Merupakan karya adaptasi novel Setelah Terlafaznya Akad tulisan Anna Milia.
  • Terbitan syarikat produksi, Juita Viden Production Sdn Bhd.
  • Mengetengahkan genre drama, cinta dan kekeluargaan.
  • Dibintangi antaranya, pelakon Uqasha Senrose sebagai watak Nawal, Kamal Adli sebagai Hanan, Zeera Azizi sebagai Hani, Erwin Dawson dan Nadya Syahera sebagai Milah.
  • Bersiaran sebanyak 28 episod.
  • Tayangan Isnin hingga Khamis, jam 10 malam, mulai 17 Jun ini di slot Megadrama, Astro Ria.

       

Foto

biodata zeera azizi pelakon drama setelah terlafaznya akad 2 86

biodata zeera azizi pelakon drama setelah terlafaznya akad 3

biodata zeera azizi pelakon drama setelah terlafaznya akad 4

biodata zeera azizi pelakon drama setelah terlafaznya akad 5

biodata zeera azizi pelakon drama setelah terlafaznya akad 7

biodata zeera azizi pelakon drama setelah terlafaznya akad 6 154

Kredit foto: Instagram @zeera.azizi

     

Video

Kredit video: Youtube Azeera Azizi VEVO

     

Sumber:

1. Wikipedia [1, 2]

2. Remaja [1, 2]

3. Harian Metro [1, 2, 3]

4. MHE TV




Hakcipta iluminasi.com (2017)