Kredit foto: Instagram Sharifah Rose

Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard telah memperkenalkan nama aktres Sharifah Rose ke persada seni lakonan, walaupun dia sudah mula terbabit dalam bidang modelling sejak tahun 2016.

Mempunyai pengikut melebihi 730,000 di Instagram (IG), Rose juga meniti populariti sebagai personaliti media sosial pada usia yang cukup muda.

10 fakta menarik ini berkongsi perihal dirinya yang lebih lanjut khusus buat para peminat.

10 Fakta Sharifah Rose Yang Ramai Tak Tahu!

sharifah rose

Kredit foto: Instagram Sharifah Rose

1. Merupakan anak kepada pasangan Syed Mohd Mazfira Syed Mohd Bakar (bapa) dan Noraini Dahlan (ibu) yang berdarah kacukan Arab daripada sebelah bapa, manakala ibunya berdarah Melayu-Jawa.

sharifah rose ig

Kredit foto: Instagram Sharifah Rose

2. Mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Seksyen 13, Shah Alam dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam, seterusnya melanjutkan pengajian dalam jurusan Ijazah Perniagaan (Pemasaran) di UOW Malaysia Kolej Universiti Damansara Utama (KDU) KDU, Glenmarie, Shah Alam dan Asasi Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Dengkil, Selangor.

sharifah rose umur

Kredit foto: Instagram Syed Muhammad Muqriz

3. Muncul sebagai pelakon drama menerusi naskhah bersiri Kekasih Hati Mr Bodyguard, Kisah Cinta Rumi dan Cerita Hantu Asrama.

pelakon kekasih hati mr bodyguard 287

Kredit foto: Instagram Sharifah Rose

4. Pernah mengambil kelas lakonan bersama pelakon Ellie Suriaty dan Nabila Huda dalam usaha meningkatkan mutu persembahan lakonan.

kekasih hati mr bodyguard 11

Kredit foto: Instagram Sharifah Rose

5. Sebelum mendekati seni lakonan, namanya terlebih dahulu diperkenalkan sebagai model pada tahun 2016 untuk peragaan jenama-jenama fesyen muslimah.

drama kekasih hati mr bodyguard

Kredit foto: Instagram Sharifah Rose

6. Pernah digosipkan berhubungan cinta dengan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, iaitu Aazief Khalid, namun ikatan mereka dikatakan sudahpun berakhir.

kekasih hati mr bodyguard cast

Kredit foto: Instagram Sharifah Rose

7. Selain berbakat dalam dunia peragaan dan lakonan, Sharifah juga mempunyai minat dan kemahiran melukis.

sharifah rose wikipedia

Kredit foto: Instagram Sharifah Rose

8. Beliau menzahirkan minat dalam bidang nyanyian, namun kekurangan bakat membataskan impian itu.

sharifah rose instagram

Kredit foto: Instagram Sharifah Rose

   

9. Seorang yang bertubuh kecil dengan ketinggian yang rendah, walaupun kelihatan sebaliknya dalam perkongsian gambar di Instagram.

10. Ramai yang sangkakan dirinya berperwatakan lembut, sedang hakikatnya seorang yang garang dan tegas!

Profil Ringkas Sharifah Rose

- Nama penuhnya, Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira

- Berumur 23 tahun (2021).

- Tarikh lahir pada 26 November 1998.

- Berketinggian 160 sentimeter (cm) dan berat badan 46 kilogram (kg).

Untuk lebih info dan biodata asas beliau, baca artikel: Biodata Pelakon Dan Instafamous, Sharifah Rose

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kekasih Hati Mr Bodyguard (Slot Lestary TV3)

Jangan lupa tonton Rose dalam drama terbarunya, Kekasih Hati Mr Bodyguard, sebuah karya adaptasi novel gandingan bersama aktor Redza Rosli!

keluarga sharifah rose

Kredit foto: Instagram Sharifah Rose

Kredit video: Netizen tanya layak ke Sharifah Rose berlakon? | MeleTOP | Nadiya Shahab | Kak Lina, Nabil Ahmad

Sumber:

1. Sharifah Rose lali dikecam

2. Sharifah Rose tak kisah dikritik

3. Sharifah Rose mahu jenama sendiri

4. Luahan hati selebriti Insta

5. Bertuahnya jadi Sharifah Rose... dapat masuk kelas ‘free’ - “Abil memang akan pilih siapa yang akan join”

6. Sharifah Rose Trauma dengan Kontroversi, Segan Nak Keluar Rumah, Viral Kejap, Lepas Tu Org Tak Ingat

7. ‘Mental ‘Koyak’ Sehingga Saya Takut Nak Keluar Rumah, Tengok Handphone’- Sharifah Rose




Hakcipta iluminasi.com (2017)