Kredit foto: Instagram @ungkuhariz

    

Pelakon Ungku Hariz yang juga suami kepada pelawak dan pengacara Jihan Muse ini pernah membintangi filem popular Polis Evo dan Kimchi Untuk Awak, selain menjayakan beberapa drama fenomena seperti Isteri Separuh Masa, 7 Hari Mencintaimu dan Urusan Hati Cik Drama Queen.

Terkini, beliau muncul dalam drama rantaian Lelakimu Yang Dulu, yang akan menghiasi slot Akasia TV3 pada September 2019.

Jom kenali dengan lebih dekat bakat kelahiran program realiti, Pilih Kasih musim kedua ini.

    

Biodata

1. Nama sebenarnya, Ungku Hariz Faizal bin Ungku Mohamed Fadli.

2. Popular sebagai Ungku Hariz. Nama panggilannya yang lain, Ku Hariz.

3. Kelahiran Petaling Jaya, Selangor pada 6 Februari 1985.

4. Kini berusia 34 tahun.

5. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

6. Merupakan pelakon yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2011.

7. Bakatnya dicungkil daripada rancangan realiti Pilih Kasih iaitu sebuah program pencarian bakat lakonan anjuran pelakon Rosyam Nor. Beliau menduduki tangga ketiga untuk musim kedua pada tahun 2010.

8. Antara drama dibintanginya seperti Puteri Malam, Cinta 100KG, 7 Hari Mencintaiku, Urusan Hati Cik Drama Queen, Biniku Ninja, Girlfriend Aku Dari Neraka the Series dan Lelakimu Yang Dulu.

9. Termasuk telefilem Nama Aku Beng, Seteguh Kasih Ibunda, Jihan Nak Cari Calon Suami, Jihan Bodek Mak Mertua, Sayang Achu Ketat-Ketat, Raya Diva dan Berani Jadi Papa.

10. Pembabitannya di layar lebar menerusi filem Polis EVO, Kimchi Untuk Awak dan Baling The Movie - Seruan Saka.

11. Penglibatannya dalam teater pula  menerusi pementasan Semanis Honey Muzikal pada tahun 2017.

12. Mendirikan rumah tangga dengan pelawak Jihan Muse pada 20 Mac 2016 selepas sembilan tahun berhubungan cinta. Sehingga kini mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Ungku Arsalan Haq pada 25 Januari 2018.

    

Foto

biodata ungku hariz pelakon drama lelakimu yang dulu 2

biodata ungku hariz pelakon drama lelakimu yang dulu 3

biodata ungku hariz pelakon drama lelakimu yang dulu 4

biodata ungku hariz pelakon drama lelakimu yang dulu 5

biodata ungku hariz pelakon drama lelakimu yang dulu 6

Kredit foto: Instagram @ungkuhariz

    

Video

Kredit video: Astro Awani

    

Sumber:

1. Wikipedia [1, 2]

2. BH Online

3. Astro Gempak

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)