Kredit foto: Instagram Ian Haziq

Siapa Ian Haziq? Anak kepada aktres popular, Jasmin Hamid ini merupakan antara pelakon yang membintangi siri televisyen adaptasi novel karya Ateen Khalid, berjudul 'Kekasih Hati Mr Bodyguard'.

Drama berepisod di slot Lestary saluran TV3 ini antara lain mengetengahkan pelakon Redza Rosli, Sharifah Rose, Ungku Hariz, Shasha Abedul, Ikhwan Khairudin, Fadlan Hazim, Sara Jasmin, Ezzanie Jasny dan ramai lagi.

Biodata / Profile / Latar Belakang

1. Pemilik nama penuh Ian Haziq MacQuistan.

2. Menggunakan nama komersial, Ian Haziq.

3. Berumur 20 tahun.

4. Anak kepada pasangan Jasmin Hamid (ibu) dan Ian Rashid MacQuistan (bapa). 

5. Berdarah campuran Melayu dan Scotland.

6. Mula mempamerkan minat dalam dunia lakonan sejak berumur 16 tahun, namun hanya dibenarkan menyertainya selepas tamatnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

7.  Mula berlakon menerusi drama Patah Sayap Bertongkat Paruh arahan Along Kamaluddin. Terbaru, beliau bakal muncul dalam drama novel berjudul Kekasih Hati Mr Bodyguard yang bersiaran di Slot Lestary TV3.

8. Laman Instagramnya yang menggunakan nama akaun @jon_macquistan kini mempunyai lebih 38,000 pengikut.

Fakta Menarik

1. Merupakan anak tunggal.

2. Turut meminati bidang peragaan.

3. Pada Mac 2018, namanya pernah tular di laman sosial selepas menjadi sebutan para gadis angkara memiliki wajah yang tampan.

4. Pernah disangka sebagai teman lelaki kepada ibunya gara-gara aksi mesra mereka ketika bergambar bersama.

5. Kedua ibu bapanya, Jasmin Hamid dan Ian Rashid berkahwin pada 15 Disember 2000, sebelum bercerai pada 4 Februari 2008. Selain Ian Haziq, Jasmin juga membesarkan dua anak angkat bernama Rohana (dipanggil Cicik) dan Lukhman Hakim.

Gambar

anak jasmin hamid

ian haziq instagram

ian haziq umur

kekasih hati mr bodyguard

ian haziq macquistan

kekasih hati mr bodyguard pelakon

ian haziq anak jasmin hamid

ian haziq

jasmin hamid

jasmin hamid anak perempuan  

Kredit foto: Instagram Ian Haziq

Video

Kredit video: Jasmin Hamid Denda Anak Masak! | Rasa Anak Emak Anak Bapak

Sumber:

1. “Dari dalam perut dia dah mula berlakon” - Anak bongsu Jasmin Hamid sedia jadi artis

2. Ian Haziq tak mahu ibu malu

3. Jasmin mahu anak jadi pelakon berilmu

4. “Saya akan sekat dan ambil tindakan!” - Jasmin Hamid beri amaran pada netizen kutuk wajah anaknya macam maknyah

5. “Anak Tak Dapat Ikut Mata Biru Datuk Dia”- Jasmin Hamid

6. Berita Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)