Biodata

1. Nama penuhnya, Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira. Popular menerusi nama Sharifah Rose. Nama panggilannya Rose.

2. Berusia 21 tahun.

3. Merupakan anak sulung daripada dua adik-beradik.

4. Kelahiran Shah Alam, Selangor.

5. Mula dikenali ramai menerusi laman sosial Instagram.

6. Selain bergelar Instafamous, beliau juga aktif sebagai peragawati sambilan, pelakon, pengacara termasuk memegang peranan sebagai duta jenama pakaian Umma dan kosmetik Anasism.

7. Merupakan pelajar Asasi Undang-Undang Universiti Teknologi Mara (UiTM).

8. Tidak menjangkakan dirinya bakal menjadi seorang model, namun seorang jurusolek meyakinkan akan kemampuannya itu. 

9. Gembira menjadi Instafamous kerana berpeluang mendapat makanan dan barangan secara percuma, tetapi tidak gemar apabila privasinya diganggu.

10. Menganggap bidang peragaan hanyalah sebagai minat kerana beliau lebih mengutamakan pelajaran.

11. Telefon pintar pilihannya, Iphone 7.

12. Teringin membela monyet sebagai haiwan peliharaan kerana menganggap ianya comel!

13. Ciri-ciri lelaki idaman ialah seorang yang kelakar, menghormati orang lain dan memiliki perwatakan yang 'cute'.

14. Teringin bergelar model dalam video muzik Ed Sheeran.

15. Dua kucing peliharaannya bernama Small dan Luna.

16. Pernah menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi Ismail Izzani.

17. Pernah membintangi drama ‘Miss Match’ bersama pelakon Kilafairy dan bergelar model dalam video muzik ‘Vroom Vroom’ yang merupakan single baharu Nabila Razali.

18. Laman Instagramnya, @sharifahrose_ sehingga kini mengumpulkan lebih 480,000 pengikut.

   

Baca: 10 Fakta Pelakon Sharifah Rose Yang Ramai Tak Tahu!

   

Foto

biodata sharifah rose instafamous popular 2

biodata sharifah rose instafamous popular 3

biodata sharifah rose instafamous popular 4

biodata sharifah rose instafamous popular 5

biodata sharifah rose instafamous popular 6

Video

Kredit:

1. Harian Metro

2. Youtube hurr. tv

3. MHETV

4. Mstar

5. Instagram Sharifah Rose




Hakcipta iluminasi.com (2017)