Oleh pada 21 Mar 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

   

Drama bersiri adaptasi novel ‘Bukan Puteri Lindungan Bulan’ karya Liana Afiera Malik bakal menyapa penonton TV3 mulai 21 Mac 2023 di slot Samarinda, sebagai pengganti tayangan Serpihan Sayang.

   

bukan puteri lindungan bulan novel

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

   

Hisyam Hamid, Janna Nick, Amar Baharin, Niena Baharun, Afifah Nasir dan Shah Iskandar adalah antara barisan pelakon hebat tanah air yang bakal memegang peranan penting dalam mengemudi watak-watak naskhah ini.

Sinopsis

Menceritakan tentang Larasati Aisya (Lara atau Puteri), seorang gadis yang terpaksa meneruskan perniagaan keluarga yang diwarisi daripada arwah bapanya. Lara terpaksa berhenti sekolah untuk mengambil alih tanggungjawab itu. Namun, perkahwinan abangnya, Lukman Alif dengan Sabrina telah membawa konflik di antara mereka. Lara tidak sebulu dengan Sabrina yang materialistik dan berkelakuan curang. Selain itu, Sabrina juga cuba menggunakan kekayaan keluarga Lara untuk kepentingannya sendiri.

Keadaan semakin tidak menentu apabila Sabrina, yang bekerja di syarikat Lara, merancang untuk mendapatkan pekerjaan buat saudara-maranya di sana.

Tragedi Lara diperkosa oleh Zakuan membawa pernikahan Lara dengan teman lelakinya, Zafir. Namun Zafir mempersoalkan status perkahwinannya apabila Lara mengandung. Kerana marah, Zafir berkahwin dengan Tengku Farah, kekasih lamanya yang muncul semula, dan mengambil anak-anak mereka daripada Lara akibat dikawal oleh Farah.

   

Baca: Biodata Danish Iskandar, Pelakon Drama Bukan Puteri Lindungan Bulan

bukan puteri lindungan bulan episod

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Pelakon

Drama ini menampilkan gandingan tiga figura ternama dalam dunia seni lakonan tanah air iaitu Hisyam Hamid, Janna Nick dan Amar Baharin sebagai pelakon utama.

Selain itu, turut hadir barisan pelakon dukungan yang tidak kurang hebatnya seperti Niena Baharun, Afifah Nasir, Shah Iskandar Mahfuz, Zarina Zainuddin, Ikhwan Lein, Zack Kool, Nasz Sally, Danish Iskandar, Shah Faris, RJ Helmi dan Azhar Amir.

Watak Pelakon

Janna Nick sebagai Lara

Hisyam Hamid sebagai Zafir

Amar Baharin sebagai Zakuan

Afifah Nasir sebagai Sabrina

Niena Baharun sebagai Farah

Shah Iskandar sebagai Lukman

Danish Iskandar sebagai Zakuan

Zarina Zainuddin sebagai Datin Fariza

   

drama bukan puteri lindungan bulan 446

Kredit foto: Instagram Niena Baharun

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya), pengarah terkenal, memegang peranan sebagai sutradara dalam hasil produksi syarikat Global Station Sdn Bhd dengan sentuhan skrip yang ditulis oleh Eenaz Mokhtar, Nina Ithnain dan Peet Mokhtar.

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Tulus

Penyanyi: Nabila Razali & Adi Priyo (Sixth Sense)

Komposer: Aiman Sidek

Penulis lirik: Aiman Sidek

      

sinopsis bukan puteri lindungan bulan

Kredit foto: Instagram Janna Nick

Waktu Siaran

Slot Samarinda TV3 akan menayangkan 40 episod siri ini menerusi siaran perdana pada 21 Mac 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat, dengan waktu tayangan pukul 10 malam.

Penonton yang terlepas mengikutinya boleh menyaksikan melalui perkhidmatan penstriman online iQiyi. Pelanggan VIP Ekspres boleh menstrim episod baharu hanya dalam masa satu jam selepas ia ditayangkan di televisyen manakala setiap episod boleh ditonton secara percuma selepas 48 jam bersiaran.

Klik pada pautan berikut untuk mendapatkan maklumat dan sinopsis mengenai drama-drama Melayu terbaru >> Iluminasi Kategori Drama

Kredit video: Trailer | Bukan Puteri Lindungan Bulan | iQIYI Malaysia | Episod 1 Pada 21 Mac 2023




Hakcipta iluminasi.com (2017)