Kredit foto: Instagram Drama Sangat
KL Motion Pictures mempersembahkan drama bersiri Jaga Aku Selamanya yang akan bersiaran di slot Lestary TV3. Terdiri daripada 13 episod, drama ini akan mengambil alih tempat siri drama Kami Budak Band mulai 15 Mac 2023. Tonton Jaga Aku Selamanya setiap hari Rabu hingga Sabtu pada jam 9 malam dan nikmati tayangan dalam talian (online) versi HD melalui platform Tonton.
Kredit foto: Instagram Drama Sangat
Sinopsis
Adakah sungguh kehidupan berkeluarga itu sesuatu yang indah? Yang melindungi pada akhirnya pergi, memerlukan sebuah pengorbanan sejati.
Sebuah kisah kekeluargaan yang amat mengharukan namun sarat dengan teladan. Mengisahkan Maya, seorang isteri penagih dadah yang telah ditinggalkan oleh suaminya. Kini, semua tanggungjawab di bawahnya, termasuklah membesarkan lima orang anak dalam keadaan yang amat sukar. Maya terpaksa bekerja di bandar untuk mencari nafkah dan akibatnya, anak-anaknya terpaksa hidup tanpa jagaan.
Baca: 8 Drama Melayu TV3 Mesti Tonton Sepanjang Tahun 2023, Juga Tersedia Online!
Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia
Pelakon
Bakat hebat daripada barisan pelakon iaitu Nadiya Nisaa, Puteri Rafasya, Baqir Jamalullail, Dzul Hadziq Zamri dan Putri Iesya mengemudi watak-watak utama, di samping lakonan yang ditampilkan oleh pelakon pembantu Johan Asari, Marsya Zamani, Iman Corinne Adrienne, Haeriyanto Hassan, Rashidi Ishak, Didi Astillah, Danish Hazriq, Hafiz Halim, Haidar Hasanudin, Damia Qaissarah, Yusayri Akma dan Farhana Fahizam.
Watak Pelakon
Nadiya Nisaa sebagai Maya
Puteri Rafasya sebagai Mia
Baqir Jamalullail sebagai Azhar
Dzul Hadziq Zamri sebagai Adi
Putri Iesya sebagai Yeye
Johan Asari sebagai Shukri
Hafiz Halim sebagai Cikgu Daud
Rashidi Ishak sebagai Peguam Yusof
Iman Corinne Adrienne sebagai Suzy
Haeriyanto Hassan sebagai Pak Ehsan
Didi Astillah sebagai Mia
Danish Hazriq sebagai Adi
Kredit foto: Instagram Damia Qaissarah
Pengarah Dan Syarikat Produksi
Drama Jaga Aku Selamanya merupakan hasil idea asal daripada Wan Hasliza Wan Zainuddin yang juga terlibat dalam proses pengarahan bersama Rashidi Ishak dan Shahril Sarjen di bawah syarikat KL Motion Pictures. Skrip adalah hasil nukilan Wan Hasliza Wan Zainuddin, Nurulsyahida Mohd Fadzil Thani, CTNA Marzuki, Baizura Kahar, Wan Alauddin Wan Zainuddin dan Mohd Hezwan Hamzah (Wan-C).
Lagu Tema (OST)
Kredit video: Seringkali
Tajuk: Seringkali
Penyanyi: The Impatient Sisters
Komposer: Soraya Taib, Nazeera Taib, Irena Taib
Penulis lirik: Soraya Taib, Nazeera Taib, Irena Taib
Menggantikan siri Kami Budak Band, drama Jaga Aku Selamanya (bukan adaptasi novel) bakal memulakan tayangan perdana dengan episod 1 pada 15 Mac 2023 di saluran TV3. Kredit foto: Instagram Baqir Jamalullail
Waktu Siaran
Drama Jaga Aku Selamanya akan mengisi slot Lestary di saluran TV3 selama 13 episod, bermula pada 15 Mac 2023 dan disiarkan pada setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9 malam. Penonton juga boleh menonton secara langsung melalui aplikasi Tonton.