Oleh pada 22 Feb 2023 kategori

Kredit foto: Instagram iQIYI Malaysia

Drama bersiri Serpihan Sayang arahan Amor Rizan bakal menampilkan gandingan pelakon Aeril Zafrel, Fasha Sandha, Elisya Sandha dan Shahz Jaszle dalam slot Samarinda. Tayangan ini boleh disaksikan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran TV3.

sinopsis serpihan sayang

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Sinopsis

Akibat mengalami kemalangan yang menyebabkan keguguran, Nadia menghidapi penyakit Psikosis Postpartum (Pospartum Psychosis). Dia kini menetap bersama adik dan suaminya Syakir yang menjaganya. Kehidupan Nadia semakin pulih sehinggalah bertemu dengan Imran, abang iparnya. Pertemuan itu membawa pelbagai kejadian aneh yang mengundang kembali trauma lama Nadia. Imran sebenarnya adalah seorang psikopat yang cuba menghancurkan kehidupan Nadia dan keluarganya, hingga perlahan-lahan terbongkar.

   

serpihan sayang episod

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

   

Pelakon

Drama ini menampilkan pelakon-pelakon 'senior' yang sering memegang peranan penting dalam drama-drama tempatan, seperti Aeril Zafrel, Fasha Sandha, Elisya Sandha dan Shahz Jaszle yang memegang watak utama, di samping barisan pelakon terkenal dan berbakat di Malaysia, di antaranya Ameerul Asyraf, Zarina Zainoordin, Zizan Nin, Amirul Asyhwad, Tallisya, Syed Irfan, Auni Zahra, Nick Syaf, Nazzaty Rusli dan Syel Ramlan.

   

Watak Pelakon

Aeril Zafrel sebagai Imran

Fasha Sandha sebagai Nadia

Elisya Sandha sebagai Alisa

Shahz Jaszle sebagai Syakir

Ameerul Asyraf sebagai Malik

Zarina Zainoordin sebagai Marina

Alisya Tahir sebagai Nina

Zizan Nin sebagai Razak

Amirul Asyhwad sebagai Asyraf

Auni Zahra sebagai Yaya

Nick Syaf sebagai Mario

Nazzaty Rusli sebagai Farah

Syel Ramlan sebagai Mak Imran

   

drama serpihan sayang

Kredit foto: Instagram Fasha Sandha

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Siri drama tersebut dihasilkan oleh Padi Pictures Sdn Bhd, syarikat penerbitan yang bekerjasama dengan pengarah Amor Rizan yang juga penulis skrip bersama Saiqa Askari untuk merealisasikan projek ini.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: SHAZZ - PENIPU LYRICS VIDEO

Tajuk: Penipu

Penyanyi: Shazz

Komposer: Shazriq Azeman, Aepul Roza, Daus SRK, Amos JK, Syed Shahmir, Faizzwan Shaari

Penulis lirik: Shazriq Azeman

    

pelakon serpihan sayang

Episod 1 drama Serpihan Sayang (bukan adaptasi novel) akan ditayangkan pada 22 Februari 2023, menggantikan siri drama Bukan Lelaki Terhebat di slot tayangan sama. Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Waktu Siaran

Siri ini akan disiarkan di saluran TV3 dan platform Tonton bermula pada 22 Februari 2023 setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam, selama 15 episod dalam slot Samarinda. Bagi pelanggan VIP iQiyi, episod terbaru boleh ditonton menerusi laman penstriman dalam talian (online) itu sejam selepas disiarkan di TV3. Sementara itu, pelayar percuma boleh menontonnya 48 jam kemudian.

   

Kredit video: Serpihan Sayang Episode 1 | iQIYI Malaysia




Hakcipta iluminasi.com (2017)