Oleh pada 23 Apr 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

     

Bagi penggemar drama adaptasi dari novel, nantikan siri terbaru Kerasnya Takdir yang akan ditayangkan melalui slot Akasia TV3.

      

sinopsis kerasnya takdir

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

     

Berdasarkan buku karya Haitun Kamarazaman, drama arahan Emi Suffian ini sedang menanti untuk waktu tayangan, menggantikan siri Melur Untuk Firdaus 2. Ia menampilkan lakonan hebat para pelakon seperti Amyra Rosli, Redza Rosli, Rita Rudaini, Ungku Hariz, Azlee Khairi dan ramai lagi, bermula 22 April 2023 di saluran TV3.

      

Sinopsis Kerasnya Takdir

Walaupun ditentang oleh keluarga mereka, Syed Munir dan Jiha tetap setia pada cinta mereka. Syarifah Aminah merendahkan pilihan Munir untuk hidup bersama Jiha yang berasal dari kelas sosial yang rendah. Aminah mengharapkan Munir mewarisi syarikatnya, dan ingin Munir berkahwin dengan calon menantu pilihannya, Syarifah Emilia. Namun Munir masih menginginkan Jiha.

Jiha bimbang untuk berhubungan rapat dengan Munir apabila mengetahui status sebenarnya. Lebih-lebih lagi, Jiha diserang dan dicaci-maki oleh Aminah yang memberikan ancaman agar Jiha tidak mendekati Munir.

Setelah mengetahui hal itu, Munir tidak berpuas hati dengan tindakan Bondanya. Peristiwa itu membuat hubungan antara Munir dan Jiha semakin rapat apabila Jiha mula memahaminya.

Selepas perkahwinan, kehidupan Munir dan Jiha diuji apabila Munir terlibat dalam kemalangan dan anak mereka diculik secara misteri. Dalam keadaan mental yang tidak stabil setelah kehilangan Munir dan anak mereka, Jiha dituduh melakukan zina.

Apabila Jiha menemui anaknya yang telah lama hilang selama enam tahun, Jiha bersua semula dengan Munir. Adakah cinta mereka masih dapat bersatu kembali atau Munir telah 'move on' dengan kehidupannya?

      

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Segenap Takdir (Slot Sakura TV3)

    

kerasnya takdir episod

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

      

Pelakon / Cast

Kerasnya Takdir membawa kepada penonton dua bintang popular tempatan sebagai sokongan utama dalam drama ini iaitu Amyra Rosli dan Redza Rosli. Siri ini juga membariskan pelakon-pelakon handal seperti Rita Rudaini, Ungku Hariz, Azlee Khairi, Kartina Aziz, Husna Mustaffa, Azrel Ismail, Halim Radzi, Mia Nasir, Zarynn Min, Natasya Mahyan dan Dayang Fajra Nadifa.

           

Watak Pelakon

Amyra Rosli sebagai Jiha

Redza Rosli sebagai Syed Munir

Rita Rudaini sebagai Sharifah Mastura

Mia Nasir sebagai Syarifah Emilia

Kartina Aziz sebagai Syarifah Aminah

Dayang Fajra Nadifa sebagai Syarifah Saleha

      

pelakon kerasnya takdir

Kredit foto: Instagram Dayang Fajra Nadifa

     

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah drama daripada Creative Skill Solution Sdn Bhd di bawah pengarah ternama, Emi Suffian. Skrip dikelola oleh penulis, Nieza Nahar.

     

Lagu Tema (OST)

Duka - Aizat Amdan

Masih Ada - Yulia Kamelia & Aliff Hassan

Posesif - Aliff Hassan & Yulia Kamelia

Cerita Kita - She Pandora

     

drama kerasnya takdir

Kredit foto: Instagram @skripsi.mgp

      

Waktu Siaran

Drama Kerasnya Takdir dengan 28 episod akan ditayangkan bermula 22 April 2023 di slot Akasia, saluran TV3 setiap hari Isnin hingga Ahad, pukul 7 petang. Anda juga boleh menontonnya secara dalam talian (online) melalui platform hiburan Tonton.

     

Tajuk cerita? Kerasnya Takdir

Berapa episod? 28 episod

Setiap hari apa? Isnin hingga Ahad

Bila tayang? Jam 7 petang

Tonton di mana? TV3 dan platform online, Tonton

     

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

     

Kredit video: Nantikan Drama Kerasnya Takdir. Episod 1 Pada 22 April Di Slot Akasia TV3

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)