Oleh pada 27 Aug 2022 kategori

Tahun 2022 menyaksikan pelbagai jenis dan genre filem tempatan yang boleh anda tonton di pawagam.

Ia merupakan tahun yang hebat buat pencinta filem, apatah lagi menyaksikan banyak naskhah tertunda tayangannya akibat penularan wabak Covid-19, sedia untuk ditayangkan semula di pawagam.

    

Penulis percaya berikut adalah 10 filem menarik yang berbaloi untuk ditonton dan tidak akan mengecewakan anda.

    

Senarai 10 Filem Melayu 'Best' 2022 Mesti Tonton, Ada Yang Tersedia Secara Online!  

Air Force The Movie : Selagi Bernyawa

air force

Filem epik dan penuh aksi berkonsepkan ketenteraan yang menonjolkan kehebatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengerahkan bantuan bagi menjalankan misi menyelamatkan mangsa pesawat terhempas — yang ditembak pengganas ketika pulang dari Namburi, sebuah negara yang dilanda peperangan.

Tarikh tayangan: 25 Ogos 2022

Info lanjut, baca : Info Dan Sinopsis Filem Air Force The Movie : Selagi Bernyawa

Juang

filem juang

Enam cerita digabungkan dalam satu filem yang menceritakan kisah pandemik dan cuba membangkitkan situasi sebenar yang dilalui oleh semua rakyat Malaysia.

Inspirasi kisah benar ini mengangkat kisah suka duka pegawai barisan hadapan atau frontliners termasuk doktor, jururawat, polis, tentera dan penghantar makanan dalam memastikan keselamatan rakyat Malaysia terjamin.

Tarikh tayangan: 8 September 2022

Info lanjut, baca: Info Dan Sinopsis Filem Juang The Movie

Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan

mat kilau 159

Sebuah filem epik sejarah biografi Malaysia yang mengisahkan seorang pahlawan Melayu, Mat Kilau, bersama bapanya Tok Gajah dan rakan-rakannya, bangkit merancang penentangan terhadap penjajahan British di Pahang yang menyebabkan pihak British mengalami tekanan dan kerugian sehingga pertempuran sengit berlaku.

Tarikh tayangan: 23 Jun 2022

Platform online: Netflix (Mulai 16 September 2022)

Info lanjut, baca: Info Dan Sinopsis Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan

Baca: Inilah Jumlah Kutipan Filem Sejarah, Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan, Bakal Memasuki Platform Netflix!

   

Abang Long Fadil 3

filem malaysia

Sebuah filem aksi komedi mengisahkan Fadil, seorang pengintip profesional dari NSS (National Secret Service) yang bekerjasama dengan Ejen Alice dalam misi berprofil tinggi untuk menumpaskan konspirasi jahat kumpulan kongsi gelap terbesar, SSO (Secret Society Organization) diketuai oleh Chow Han.

Tetapi keadaan menjadi rumit apabila Yana, bekas kekasih Fadil mengganggu misi NSS. Chow Han menyedari bahawa NSS sedang mengintipnya, jadi dia menghantar seorang pembunuh, King Cobra, untuk menghapuskan Fadil dan Alice.

Tarikh tayangan: 8 September 2022

Info lanjut, baca: Info Dan Sinopsis Filem Abang Long Fadil 3

Jerangkung Dalam Almari

filem seram 53

Diilhamkan daripada kisah benar masyarakat, Jerangkung Dalam Almari mengisahkan tentang rahsia gelap yang disimpan oleh adik beradik Fikri dan Ali yang mengakibatkan ancaman Jerangkung dalam almari.

Kehidupan Fikri tidak tenteram kerana sering diganggu oleh jelmaan yang muncul dari dalam almari sehingga mengancam nyawa isterinya, Shikin dan anaknya.

Berbekalkan ilmu yang dipelajari daripada Pak Hassan, Fikri pulang semula ke rumah lamanya, tetapi terpaksa membuat perhitungan dengan abang Ali yang menyimpan rahsia ngeri di sebalik ancaman Jerangkung Dalam Almari.

Tarikh tayangan: 4 Ogos 2022

Anak Rimau The Movie

filem best

Filem sukan bola sepak Malaysia mengisahkan sekumpulan anak muda yang sangat berbakat dalam dunia bola sepak, terdiri daripada pelbagai latar belakang dan ingin memenuhi impian menjadi bintang bola sepak.

Ketika menyertai Akademi Bola Sepak Malaysia (Anak Rimau Academy), mereka berdepan pelbagai cabaran, konflik, suka dan duka sebagai individu dan berpasukan, demi menjuarai Piala Jemputan Bola Sepak Belia ASEAN.

Tarikh tayangan: 1 September 2022

Info lanjut, baca: Info Dan Sinopsis Filem Anak Rimau The Movie (2022)

Ada Hantu 2

filem baru

Demi mencari hantu Jepun dan hantu Kimono yang muncul dalam mimpi Bariah, lima sekawan Aliff, Bariah, Talha, Jimmy dan Sasha mengambil keputusan untuk pulang ke banglo lama milik arwah nenek Bariah.

Bagaimanapun, keadaan menjadi tidak terkawal terutama apabila mereka menemui pintu misteri di dalam bilik pembantu rumah.

Apa yang berlaku seterusnya akan membingungkan anda…

Tarikh tayangan: 15 September 2022

The Assistant

filem melayu 2022

Selepas dibebaskan dari penjara kerana jenayah yang tidak dilakukannya, Zafik sering bertemu dengan Feroz yang sering muncul pada masa yang tepat.

Zafik keliru dengan motif kehadiran Feroz. Perkenalan mereka membawa pelbagai konflik dan pergaduhan sehingga berlaku pertumpahan darah.

Tarikh tayangan: 19 Mei 2022

Platform online: Netflix

Info lanjut, baca : Info Dan Sinopsis Filem The Assistant

Tiga Janda Melawan Dunia

filem terbaru 2022

Demi mengumpul wang membeli tiket konsert terakhir penyanyi kegemaran mereka, Aiman ​​Zalini, tiga janda Midah, Rohayu dan Ani yang tinggal di kampung, mencipta perniagaan jus vape tanpa bahan tambahan.

Formula vape mereka adalah satu kejayaan besar yang tidak dijangka, tetapi jus vape yang viral itu tanpa disedari menyebabkan ramai penagih dadah pulih dan ini memberi kesan kepada ketua kartel dadah.

Dalam keterujaan mereka untuk ke konsert tanpa sedar mereka kini diburu!

   

Tarikh tayangan: 19 Mei 2022

Platform online: Astro First

   

Kongsi Raya

filem melayu terbaik

Jack, pengurus chef berbangsa Cina dan Sharifah, penerbit rancangan TV berbangsa Melayu ditakdirkan bercinta, namun hubungan mereka ditentang oleh kedua-dua bapa chef mereka yang merupakan musuh lama.

Mereka perlu mengatasi perbezaan budaya antara keluarga mereka. Perkara menjadi tidak terkawal apabila kedua-dua bapa mereka bersaing dalam pertandingan memasak di TV.

Tarikh tayangan: 3 Februari 2022

Platform online: Netflix

Untuk lebih filem-filem melayu 2022, baca artikel berikut: 10 Filem Melayu Malaysia Terbaru 2022 - Mesti Tonton!

         

Baca: 8 Filem Melayu Malaysia Terbaru 2023 Mesti Tonton!

Baca: 10 Filem, Drama Seram Melayu 'Berhantu' Terbaru, Boleh Tonton Secara Online!

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)