Oleh pada 08 Sep 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Diinspirasikan daripada situasi pandemik COVID-19 di Malaysia, 'Juang' merupakan sebuah filem Malaysia 2022 yang diarahkan oleh pengarah Aziz M Osman, Yusry Abdul Halim, Matt Lai, Kabir Bhatia dan Osman Ali.

Filem ini dibintangi oleh Zizan Razak, Janna Nick, Zul Ariffin, Sangeeta Krishnasamy dan Adibah Noor, dan ditayangkan di pawagam bermula pada 8 September 2022.

Menelan bajet RM6 juta, ia telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBR) sebagai Most Movie Casts In A Feature (Filem Dengan Karyawan Seni Paling Ramai) kerana mengumpulkan penglibatan lebih 500 pemain industri hiburan tempatan iaitu 335 pelakon dengan 100 pelakon utama, manakala 235 bertindak sebagai pelakon tambahan.

Lima pengarah ini telah disertai oleh 165 pekerja di belakang tabir.

filem juang 788

Kredit foto: Instagram Juang The Movie

Sinopsis

Sebanyak enam cerita berbeza dipersembahkan dengan cara yang berkesinambungan yang diilhamkan daripada kisah sebenar situasi sukar yang dialami rakyat Malaysia ketika memerangi wabak COVID-19 yang melanda negara kira-kira dua tahun lalu.

Filem ini juga adalah satu bentuk penghormatan kepada barisan hadapan yang telah berjuang untuk negara. Doktor, jururawat, polis, tentera dan penghantar makanan, antara frontliner yang telah mengorbankan diri mereka melawan musuh yang tidak kelihatan demi keselamatan bersama.

Baca: Info Dan Sinopsis Filem Abang Long Fadil 3

Baca: Info Dan Sinopsis Filem Anak Rimau The Movie (2022)

Baca: Inilah Jumlah Kutipan Filem Sejarah, Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan, Bakal Memasuki Platform Netflix!

Baca: 10 Filem Melayu Malaysia Terbaru & Terbaik 2022 - Mesti Tonton!

juang the movie

Kredit foto: Instagram Juang The Movie

Pelakon / Cast

Penceritaan setiap kisah dalam filem 'Juang' menggunakan khidmat pelakon pelbagai bangsa, antara nama besar yang membintanginya ialah Zizan Razak, Janna Nick, Zul Ariffin, Sangeeta Krishnasamy, Izzue Islam, Chew Kin Wah, Jack Lim, Vanidah Imran serta penampilan Allahyarham Adibah Noor.

Juga dibarisi nama-nama hebat Datuk Rosyam Nor, Dato’ Jalaludin Hassan, Lisdawati, Fahrin Ahmad, Pekin Ibrahim, Angeline Tan, Steve Yap, Dian P. Ramlee, Luqman Hafidz, Silfeny Osman, Wanna Ali, Choo Hao Ren, Azri Sabri, Haoren, Cedric Loo, Puteri Rayyana, Abi Manyu, Duwerra Mitilda, Baki Zainal, Priscilla Abby, Bohari Ibrahim, Gadrick Chin, Alvin Wong dan Ruby Faye.

pelakon juang the movie

Kredit foto: Instagram Juang The Movie

Pengarah Dan Syarikat Produksi

'Juang' mempertaruhkan penceritaan yang diarahkan oleh lima pengarah prolifik negara iaitu Aziz M. Osman, Datuk Yusry Abdul Halim, Matt Lai, Osman Ali dan Kabir Bhatia dibawa ke layar lebar dalam versi satu naskhah terbitan oleh Asia Tropical Films, The Film Engine dan Astro Shaw.

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Wira Hatiku

Penyanyi: Datuk Sheila Majid

Tajuk: Sama-Sama

Penyanyi: Datuk Seri Siti Nurhaliza

Komposer: J-Team

Penulis lirik: Faisal

sinopsis juang the movie

Kredit foto: Instagram Juang The Movie

Tarikh Tayangan

Filem berbahasa Melayu ini ditayangkan di pawagam untuk dinikmati seluruh rakyat Malaysia bermula pada 8 September 2022 berdurasi 119 minit.

NFT Juang

Syarikat media digital WebTVAsia sebagai penerbit eksekutif bersama telah mengumumkan keluaran khas NFT (Non-Fungible Token) 'Juang' sebagai filem amal (charity film NFT) yang pertama dalam industri filem Malaysia.

Semua hasil jualan akan didermakan kepada organisasi amal "Thrive Well" dan "The Hope Branch".

Kredit video: Official Full Trailer Filem Juang The Movie - Release Date 8 September 2022




Hakcipta iluminasi.com (2017)