Oleh pada 07 Jun 2024 kategori

        

Filem terdiri daripada pelbagai genre untuk memenuhi selera penonton. Tahun ini, dunia sinema tempatan, khasnya filem Melayu, meriah dengan pelbagai variasi yang menyinar di pawagam.

        

filem 52477

Filem Memoir Seorang Guru. Kredit foto: Instagram GSC Cinemas

        

Iluminasi berkongsi 10 filem menarik yang mendapat perhatian penggemar filem, yang mana ada antaranya masih menunggu masa tayangan. Jom kita semak!

        

Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu

filem 2024 65444

        

Pelakon: Emma Maembong, Iedil Dzuhrie, Khatijah Tan

Tarikh Tayangan: 2024

        

Sinopsis

Selepas 17 tahun sejak kemunculan pada 2007, filem seram fenomena, Jangan Pandang Belakang bakal menerima sekuelnya. Naskhah ini meneruskan kisah saka keluarga Opah yang mencari tuan baharu, namun halangan tertentu mencetuskan pelbagai insiden yang menakutkan.

        

Zim Zim Ala Kazim

movie melayu 23248

        

Pelakon: Datuk Kazim Elias, Bell Ngasri, Mawi, Ryan Bakery, Iqram Dinzly

Tarikh Tayangan: 13 Jun 2024

       

Sinopsis

Zim Zim Ala Kazim mengisahkan pengalaman sebenar Dato Ustaz Kazim Elias (DUKE), seorang pendakwah dan penceramah bebas, yang pernah menghidap penyakit misteri semasa menjalankan dakwahnya. Dalam perjalanan kehidupan beliau, terdapat individu yang iri hati dan cuba mencelakakannya dengan sihir. Sementara itu, sekumpulan pemburu hantu yang sering melakukan aktiviti paranormal, dalam salah satu misi mereka, mendapati Ustaz Kazim dalam bahaya, lantas berusaha untuk menyelamatkannya daripada ancaman tersebut.

         

Takluk

filem melayu 2024 41741

Kredit foto: Instagram Zulkarnain Azhar

       

Pelakon: Syafiq Kyle, Kamal Adli, Fikry Ibrahim

Tarikh Tayangan: 22 Ogos 2024

        

Sinopsis

Filem ini mengisahkan perjuangan anggota VAT 69 dan polis Malaysia dalam mempertahankan kedaulatan negara daripada serangan kumpulan militan di sebuah kampung. Ia diilhamkan daripada Insiden Lahad Datu dan Operasi Daulat pada tahun 2013, yang menyaksikan pengorbanan anggota keselamatan di Lahad Datu, Sabah. Dalam operasi itu, pasukan keselamatan berusaha sedaya-upaya menumpaskan kumpulan militan Kesultanan Sulu.

        

Telekinesis

filem malaysia 2024 39321

Kredit foto: Instagram Syafiq Yusof

        

Pelakon: Beto Kusyairy, Hasnul Rahmat, Jesse Lim

Tarikh Tayangan: 17 Oktober 2024

       

Selepas kejayaan besar 'Sheriff: Narko Integriti' yang baru-baru ini menggamatkan pawagam, Syafiq Yusof kembali dengan sebuah lagi naskhah yang akan ditayangkan tahun ini. Berdasarkan rekod cemerlang Syafiq dalam penghasilan filem-filem sebelumnya, filem baru ini dijangka akan terus menarik minat pemerhati filem.

        

Memoir Seorang Guru

filem melayu terbaik 21859

        

Pelakon: Rosyam Nor, Nabila Huda, Ellie Suriaty Omar, Johan Asari, Trisha Ooi

Tarikh Tayangan: 30 Mei 2024

       

Sinopsis

'Memoir Seorang Guru' mengisahkan Cikgu Sunan, seorang guru bandar berusia 40-an yang dipindahkan ke sekolah pedalaman bersama anak perempuannya, Kamariah. Di sekolah itu, dia diberi tanggungjawab mengajar kelas paling corot dalam memastikan keputusan UPSR pelajar kelas itu meningkat. Kisah ini menyaksikan perjalanan emosional antara Cikgu Sunan dan murid-muridnya.

       

Kahar Kapla High Council

tonton filem melayu 22697

Kredit foto: Instagram Amir Ahnaf

       

Pelakon: Amir Ahnaf

Tarikh Tayangan: 2024

       

'Kahar Kapla High Council' yang bakal ditayangkan akhir tahun ini, mengangkat watak utama daripada drama premium 'Projek: High Council' ke layar lebar. Filem ini mengekalkan Amir Ahnaf sebagai pelakon utama dan bertindak sebagai prekuel dan sekuel kepada drama tersebut. Penonton akan melihat bagaimana Kahar berubah daripada seorang pelajar biasa menjadi Kapla High Council.

        

Padu

filem melayu best 95447

        

Pelakon: Fify Azmi, Thanuja Ananthan, Jojo Goh, Lim Mei Fen

Tarikh Tayangan: 6 Jun 2024

       

Sinopsis

Diinspirasikan daripada kisah benar, Padu mengangkat perjalanan Pasukan Bola Keranjang Wanita Malaysia yang telah mengumpul 13 pingat emas daripada 20 Kejohanan Sukan SEA (Asia Tenggara) sejak 1977. Mengisahkan tentang perjuangan mereka, pada tahun 2013 di Sukan Asia Tenggara, Naypyidaw di mana pasukan ini mengalami kekalahan yang menghampakan. Menjelang Sukan Asia Tenggara 2015, tanggungjawab besar diletakkan di bahu Izzati Yaakob yang berusaha keras menghimpun pemain terbaik seperti Kalai dan Mulan untuk membentuk pasukan nasional yang hebat.

       

19 Puasa: Playboys of Plestik Hitam (Astro First)

cerita melayu 99885

         

Pelakon: Bell Ngasri, Joey Daud, Azman Mantra, Aziz M Osman

Tarikh Tayangan: 28 Mac 2024

         

Sinopsis

Filem komedi ini menceritakan pertembungan antara geng Kampong Pisang dan geng Kampong Beko untuk aktiviti Yak Yak Yeay mereka. Dak Ngas dan rakan-rakannya di Kampung Beko memulakan perkhidmatan penghantaran makanan bagi menutup aktiviti membeli makanan semasa bulan puasa, sambil menyembunyikan kegiatan itu daripada pengetahuan keluarga masing-masing. Sementara itu, operasi Geng Van Jenazah yang diketuai YB Cip semakin ketat, dengan kempen anti puasa yang diumumkan oleh Ketua Kampung Beko dan sekatan jalan raya untuk memantau aktiviti Yak Yak Yeay.

        

Baca: Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa: Playboys of Plastik Hitam (Astro First)

        

Rebel: Berontak Untuk Berotak

filem melayu terbaru 99827

        

Pelakon: Ben Amir, MK K Clique, Dato Awie

Tarikh Tayangan: 2 Mei 2024

        

Sinopsis

Filem arahan Datuk Awie ini mencuri perhatian ramai, bukan sahaja kerana arahan beliau malah juga kerana penampilannya sebagai pelakon. Ia mengisahkan Luka, seorang pemuda dari penempatan setinggan yang terperangkap dalam kehidupan serba kekurangan dan dikelilingi oleh elemen-elemen tidak sihat. Luka, walaupun berusaha menjalani kehidupan yang normal, sering tidak dapat menahan diri melihat ketidakadilan. Dalam pertubuhan yang sama, dia berhadapan dengan Bono, seorang budak nakal yang sering mengganggu ketenteraman. Konflik antara mereka bermula dengan cubaan Bono dan gengnya memeras ugut gerai ibu Luka, yang kemudian menyebabkan perkelahian besar.

        

Legasi: Bomba The Movie

filem malaysia 53345

Kredit foto: Instagram Multimedia Entertainment

         

Pelakon: Nas-T, Ben Amir, Henley Hii

Tarikh Tayangan: 7 November 2024

        

Sinopsis

Semasa kebakaran menara TEXVIN 118, Amir, seorang anggota muda daripada pasukan Special Tactical Rescue Operations Team (STORM) diberi tanggungjawab mengetuai misi menyelamat yang kritikal. Keadaan menjadi semakin genting apabila seorang anggota bomba terperangkap dalam bangunan itu. Amir perlu mendepani traumanya yang lalu dan menyelamatkan nyawa mereka, atau sejarah hitam akan berulang.

       

Baca: 10 Filem Korea Terbaru Mesti Tonton (2023 / 2024), Juga Tersedia Online!

Baca: 10 Filem Melayu Terbaru 'Best' Di Platform Netflix Malaysia (2024)

Baca: 10 Filem Indonesia Terbaru Mesti Tonton (2023 / 2024), Juga Tersedia Online!

Baca: 10 Filem Seram Netflix Malaysia Paling 'Berhantu' (2024) - Wajib Tonton!

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)