Oleh pada 22 Jun 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Filem Mat Kilau

   

Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan ialah sebuah filem biografi epik sejarah Malaysia 2022 arahan pengarah prolifik, Syamsul Yusof.

Filem ini diinspirasikan daripada kisah sejarah perjuangan pahlawan Melayu, Mat Kilau Imam Rasu atau dikenali sebagai Mat Kilau, yang diubah berdasarkan kesesuaian dengan menggunakan unsur fiksyen dan konflik tambahan.

Dilakonkan oleh pelakon Datuk Adi Putra yang diberi tanggungjawab menghidupkan watak utama, ia mengambil latar sekitar tahun 1892 dan mengangkat kisah perjuangan Mat Kilau bersama bapanya, Tok Gajah menentang pentadbiran British di Pahang.

Ia turut dilakonkan oleh barisan bintang seperti Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As’ari, Wan Hanafi Su, Khir Rahman dan pelakon aksi Indonesia Yayan Ruhian.

Menggunakan bajet RM8 juta, Mat Kilau melalui proses penggambaran selama 100 hari yang sebahagiannya dilakukan di negeri Perak dan beberapa lokasi lain termasuk Pahang, Melaka dan Selangor.

   

Filem ini akan ditayangkan kepada penonton di 90 pawagam di seluruh negara bermula 23 Jun 2022.  

    

mat kilau movie

Kredit foto: Instagram Filem Mat Kilau

Sinopsis

Plot penceritaan menggunakan latar belakang tahun 1892 apabila pihak kolonial British menguasai bumi Pahang. British mengeksploitasi kekayaan hasil bumi Pahang kepunyaan orang Melayu dan mencampuri adat dan agama mereka.

Atas semangat mempertahankan tanah Melayu dan bebas daripada penjajahan berterusan, Mat Kilau, seorang pahlawan Melayu bersama bapanya, Tok Gajah dan rakan-rakannya telah berjuang menentang pentadbiran British.

Konflik dan tekanan yang dihadapi oleh British berikutan rancangan penentangan bijak Mat Kilau dan Tok Gajah bertukar menjadi pertempuran yang sengit.

         

Baca: Info, Sinopsis, Kutipan Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah, Sekuel Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2024)

Baca: Inilah Jumlah Kutipan Filem Sejarah, Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan, Bakal Memasuki Platform Netflix!

Baca: 10 Filem Melayu Malaysia Terbaru & Terbaik (2022) Mesti Tonton!

    

sinopsis mat kilau 97

Kredit foto: Instagram Filem Mat Kilau

Pelakon / Cast

Mat Kilau menyaksikan penglibatan pelakon A-list berbakat tanah air yang melakonkan watak penting seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhian dan Johan As’ari dengan sokongan pelakon terkenal lain seperti Wan Hanafi Su, Ellie Suriaty Omar, Khir Rahman, Namron, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Rahim Razali, Shaharuddin Thamby, Farah Ahmad, Geoff Andre Feyaerts, Ali Karimie, Zarina Zainoordin, Harith Haziq, A Galak dan Farid Amirul.

filem mat kilau

Kredit foto: Instagram Filem Mat Kilau

Watak Pelakon

Dato Ady Putra sebagai Mat Kilau

Beto Kusyairy sebagai Wahid

Fattah Amin sebagai Awang

Johan As’ari sebagai Yassin

Nam Ron sebagai Haji Sulong

Khir Rahman sebagai Usup

Ellie Suriaty Omar sebagai Ibu Yassin

Wan Hanafi Su sebagai Tok Gajah (Bapa Mat Kilau)

Datuk Jalaluddin Hassan sebagai Haji Muhammad

Datuk Rahim Razali sebagai Imam Bottoqh

Yayan Ruhian sebagai Toga

Ali Karimie sebagai Brahim

Shaharuddin Thamby sebagai Datuk Bahaman

A. Galak sebagai Pak Deris

Geoff Andre Feyaerts sebagai Kapten Syers

Farah Ahmad sebagai Yang Chik

Zarina Zainoordin sebagai Rokiah

Harith Haziq sebagai Omar

Pengarah Dan Syarikat Produksi  

Tenaga utama dalam penghasilan filem ini dibarisi oleh Syamsul Yusof sebagai pengarah dan lakon layar, Sharuddin Dali sebagai penulis skrip asal, Mukhsalmina Ismail sebagai pengarah seni, dan Rahimi Maidin Azami Alias ​​​​sebagai Pengarah Fotografi.

Sebuah produksi Studio Kembara yang dihasilkan dengan kerjasama Skop Productions.

sejarah mat kilau

Kredit foto: Instagram Filem Mat Kilau

Tarikh Tayangan

Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan akan menggegarkan pawagam di seluruh Malaysia mulai 23 Jun 2022.

   

Durasi: 1 jam 57 minit

Baca: Info Dan Sinopsis Rompak (Astro First), Filem NFT Pertama Asia Tenggara

Kredit video: Di Sebalik Tabir & Trailer Movie Mat Kilau: Episod Kedua - Tayangan / Release Date 23 Jun 2022




Hakcipta iluminasi.com (2017)