Oleh pada 28 Aug 2022 kategori

Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, sebuah filem biografi epik sejarah Malaysia 2022 arahan Syamsul Yusof diterbitkan oleh Studio Kembara, mendapat sambutan hangat di Malaysia dengan kutipan keseluruhan tertinggi dalam sejarah pawagam negara.

   

Filem itu mula ditayangkan di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei pada 23 Jun lalu.

Filem yang menelan bajet kira-kira RM8 juta itu dibarisi ramai pelakon hebat, dalam kalangannya ialah Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As'ari, Yayan Ruhian, Wan Hanafi Su dan Datuk Jalaluddin Hassan.

Secara ringkasnya, ia mengisahkan tentang seorang pahlawan Melayu bernama Mat Kilau, bersama bapanya Tok Gajah dan rakan-rakannya, bangkit dan merancang penentangan terhadap penjajahan British di Pahang yang menyebabkan pihak British mengalami tekanan dan kerugian sehingga berlaku pertempuran yang sengit.

Karya ini bukanlah adaptasi dari kisah benar Mat Kilau ketika menentang penjajah, sebaliknya sekadar inspirasi perjuangannya.

   

Ia telah disuntik dengan unsur fiksyen dan konflik tambahan.

Akan Tayang Di Platform Online, Netflix

Dalam perkembangan lain, filem ini dijangka akan ditayangkan di 200 pawagam di Indonesia mulai 31 Ogos 2022.

Malah, perkhabaran baik untuk mereka yang masih belum berpeluang menontonnya, ia akan tersedia di platform penstriman, Netflix mulai 16 September ini. Hal ini telah didedahkan oleh pihak Netflix sendiri dalam salah satu video terbaru mereka di YouTube.

Apapun, untuk maklumat lanjut tentang filem itu, anda boleh membaca artikel berikut: Info Dan Sinopsis Mat Kilau, Filem Epik Sejarah 2022

Di bawah dikongsikan jumlah kutipan pawagam yang dicapai semasa tayangannya dari 23 Jun hingga 1 Ogos.

mat kilau kutipan

Kredit foto: Instagram Syamsul Yusof

   

Jadual Jumlah Kutipan Pawagam Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan

1 hari - RM1 juta

4 hari - RM12.2 juta

7 hari - RM23 juta

11 hari - RM47 juta

13 hari - RM53 juta

17 hari - RM61 juta

21 hari - RM71.27 juta

25 hari - RM80 juta

27 hari - RM84 juta

33 hari - RM90 juta

40 hari - RM96 juta

50 hari - RM97 juta

       

Baca: Info, Sinopsis, Kutipan Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah, Sekuel Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2024)

Baca: 10 Filem Melayu Malaysia Terbaru & Terbaik 2022 - Mesti Tonton!

Baca: Info Dan Sinopsis Filem Air Force The Movie : Selagi Bernyawa

Biodata Mat Kilau

Nama penuh: Muhammad bin Imam Rasu

Nama panggilan: Mat Kilau

Asal: Pulau Tawar, Jerantut, Pahang

Kelahiran: Tahun 1847

Meninggal dunia: Tahun 1970

Keluarga: Imam Rasu atau dipanggil Tok Gajah (bapa), Teh Mehda (ibu)

   

Gambar Mat Kilau

mat kilau movie

     

Kredit video: Di Sebalik Tabir & Full Trailer Movie Mat Kilau: Episod Kedua - Tayangan / Release Date 23 Jun 2022

Sumber:

1. Instagram Filem Mat Kilau

2. 'Mat Kilau' akhirnya buat kemunculan di Jakarta

3. Adi Putra ada aura Mat Kilau




Hakcipta iluminasi.com (2017)