Oleh pada 07 Sep 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Shaw Sdn Bhd

 

Abang Long Fadil 3 ialah sebuah filem aksi komedi Malaysia 2022, siri ketiga dalam francais Abang Long Fadil dan sekuel kepada Abang Long Fadil 2 (2017). Ia dibintangi oleh Zizan Razak, Jozan Raja Lawak, Elizabeth Tan dan Maya Karin. Seperti dua filem pertama dalam siri ini, ia diarahkan oleh Syafiq Yusof.

Ia merupakan spin-off yang memfokuskan pada watak Fadil yang diperkenalkan dalam filem KL Gangster arahan Syamsul Yusof.

Filem ini menelan bajet sebanyak RM6 juta.

Ia pada asalnya ditetapkan untuk tayangan pawagam pada tahun 2020, tetapi ditangguhkan kerana pandemik COVID-19 dan akhirnya diputuskan untuk memasuki pawagam Malaysia, Singapura, Brunei bermula pada 8 September 2022.

sinopsis abang long fadil 3

Kredit foto: Instagram Zizan Razak

   

Sinopsis

Kisah Abang Long Fadil 3 bermula apabila Fadil (Zizan Razak) menerima tawaran menjadi perisik profesional di NSS (National Secret Service).

Bagi menumbangkan konspirasi jahat kumpulan kongsi gelap terbesar, SSO (Secret Society Organization) yang diketuai oleh Chow Han (Johan Raja Lawak), Fadil terlibat dalam kerjasama dengan Ejen Alice (Elizabeth Tan) menerusi misi terbaru yang lebih berprofil tinggi.

Bagaimanapun, kehadiran Yana (Tania Hudson), bekas kekasih Fadil, mengganggu misi NSS dan merumitkan keadaan.

Apabila Chow Han menyedari NSS mengintipnya, dia mengarahkan pembunuh upahan, King Cobra (AC Mizal) untuk menghapuskan Fadil dan Alice.

Baca: Info Dan Sinopsis Filem Juang The Movie (2022)

Baca: Info Dan Sinopsis Filem Anak Rimau The Movie (2022)

Baca: Inilah Jumlah Kutipan Filem Sejarah, Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan, Bakal Memasuki Platform Netflix!

Baca: 10 Filem Melayu Malaysia Terbaru & Terbaik 2022 - Mesti Tonton!

Baca: Info Dan Sinopsis Filem Air Force The Movie : Selagi Bernyawa (2022)

abang long fadil 2

Kredit foto: Instagram Wak Doyok

Pelakon / Cast

Menerusi Abang Long Fadil 3 yang sarat dengan aksi dan komedi ini menyaksikan gandingan bakat hebat pelakon seperti Zizan Razak, Jozan Raja Lawak, Elizabeth Tan dan Maya Karin termasuk penampilan Dato AC Mizal, Shuib Sepahtu, Hairul Azreen, Tania Hudson, Ozlynn Wati, Khir Rahman, Jay Iswazir, Daniella Sha, Kazar Saisi, Wak Doyok, Joey Daud dan Siraj Alsagoff.

Watak Pelakon

Zizan Razak sebagai Fadil

Johan Raja Lawak sebagai Chow Han

Elizabeth Tan sebagai Alice

Maya Karin sebagai Ejen Maya

AC Mizal sebagai King Cobra

Hairul Azreen sebagai Pegawai Polis 1

Shuib Sepahtu sebagai Inspektor Shuib

Ozlynn Waty sebagai Ocy Lin

Kazar Saisi sebagai Chief

Tania Hudson sebagai Yana

Daniella Sya sebagai Sherina

Khir Rahman sebagai Presiden Republik Nusantara

Wak Doyok sebagai Doyok

Siraj Alsagoff sebagai Inspektor Sahab

abang long fadil

Kredit foto: Instagram Elizabeth Tan

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Abang Long Fadil 3 dimantapkan dengan sentuhan pengarah Syafiq Yusof yang sebelum ini merupakan sutradara untuk filem pecah panggung Abang Long Fadil, Misteri Dilaila, KL Special Force dan Penunggang Agama. Beliau turut menyumbang idea asal filem ini.

Manakala pembikinan Abang Long Fadil 3 direalisasikan hasil kerjasama dua produksi gergasi tanah air iaitu Skop Productions dan Astro Shaw.

Kerja lakon layar telah dijalankan oleh Syafiq bersama MF Kencana dan Effindi K.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: PAYUNG - ZIZAN RAZAK & ELIZABETH TAN | OFFICIAL LYRIC VIDEO

Tajuk: Payung

Penyanyi: Zizan Razak & Elizabeth Tan

pelakon abang long fadil 3

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Tarikh Tayangan

Filem ini ditayangkan di pawagam bermula pada 8 September 2022 di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Bahasa: Melayu

Durasi: 116 minit

Kredit video: Abang Long Fadil 3 Movie - Official Full Trailer | Release Date 8 September 2022




Hakcipta iluminasi.com (2017)