Oleh pada 03 Feb 2023 kategori

Tahun 2023 dijangka akan terus menyaksikan pertumbuhan yang aktif dalam industri filem tempatan, berdasarkan respon penonton tahun lepas yang menempatkan karya tempatan setanding dengan filem antarabangsa dari segi kutipan pawagam.

Selepas filem-filem hebat dikeluarkan pada 2022, tahun ini adalah giliran senarai dan barisan filem baharu yang akan ditemui oleh penonton di layar perak. Berikut adalah beberapa filem yang paling dinantikan oleh ramai.

   

Coast Guard Malaysia: Ops Helang

coast guard 295

Sinopsis

Pertunangan Leftenan Maritim Hafiz di sebuah pusat peranginan pantai telah berubah menjadi tragedi apabila mereka diserang oleh sekumpulan penjenayah yang tidak dikenali, yang menculik tunang dan keluarganya. Leftenan Maritim Melati telah diberikan tugas untuk menyelesaikan kes ini dengan segera. Operasi besar-besaran telah dijalankan untuk menyelamatkan mereka yang diculik.

  

Genre: Aksi

Pelakon: Saharul Ridzwan, Julia Farhana Marin, Datuk Fizz Fairuz, Gambit Saifullah

Pengarah: Allahyarham Pitt Hanif

Tarikh Tayangan: 2 Februari 2023

Baca: Info Penuh Dan Sinopsis Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang

Harum Malam

filem melayu 268

Sinopsis

Mengisahkan tentang Iqbal, seorang remaja dan pelatih perubatan tradisional yang memiliki hijab terbuka yang membolehkannya melihat perkara ghaib dan mistik.

Kurniaan yang diberikan kepadanya membuatkan dia sentiasa diganggu oleh makhluk halus dari alam mistik sehingga sukar untuk membezakan antara dunia realiti dan ghaib.

Disebabkan kematian ibunya, Iqbal cuba melupakan kebolehan yang ada pada dirinya sehinggalah satu peristiwa menyebabkan rakan dan keluarga Iqbal terperangkap oleh makhluk ghaib yang sangat berbahaya, hingga memaksanya berdepan dengan kebolehan yang dimiliki.

Genre: Seram

Pelakon: Bront Palarae, Remy Ishak, Idan Aedan, Nadiya Nissa, Nabila Huda

Pengarah: Dain Said

Tarikh Tayangan: 9 Febuari 2023

Baca: Info Penuh Dan Sinopsis Filem Harum Malam (2023)

Malbatt: Misi Bakara

filem 2023

Sinopsis

Sebuah kisah benar berdasarkan peristiwa 'Black Hawk Down', ia membawakan naratif malam kejadian apabila operasi ketenteraan Malaysia dianggotai anggota 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis dari Batalion Malaysia (Malbatt) 1, membantu menyelamatkan tentera Amerika Syarikat, iaitu 70 anggota US Rangers yang terperangkap dalam perang saudara di Pasar Bakara, Mogadishu, Somalia pada tahun 1993.

Genre: Aksi

Pelakon: Bront Palarae, Shaheizy Sam, Hairul Azreen, Zahiril Adzim

Pengarah: Adrian Teh

Tarikh Tayangan: 24 Ogos 2023

         

Baca: Info Penuh Dan Sinopsis Filem Malbatt : Misi Bakara (2023)

         

Polis EVO 3

filem 345

Sinopsis

Perincian lanjut mengenai plot naskhah ini masih belum didedahkan, namun khabarnya filem akan datang ini berbeza daripada dua versi sebelum ini kerana selain aksi, Polis Evo 3 akan mempunyai selingan komedi menjadikan jalan ceritanya tidak terlalu berat.

    

Genre: Aksi

Pelakon: Shaheizy Sam, Zizan Razak, Nora Danish

Pengarah: Syafiq Yusof

Tarikh Tayangan: 18 Mei 2023

      

Baca: Info Penuh Dan Sinopsis Filem Polis Evo 3

      

Telaga Suriram

cerita melayu

Sinopsis

Mengisahkan seorang kanak-kanak bernama Suriram yang hilang atas sebab misteri menjadi bualan hangat penduduk kampung yang mengaitkannya dengan korban saka dan unsur mistik.

Dalam menyelesaikan misteri dan persoalan, Zakir, seorang bakal pemimpin muda dan Karmila, seorang pegawai penyiasat bekerjasama untuk memperjuangkan keadilan bagi kematiannya.

Genre: Seram

Pelakon: Maya Karin, Farid Kamil, Nabila Huda, Scha Alyahya

Pengarah: Osman Ali

Tarikh Tayangan: 2023

Didi & Friends The Movie

filem melayu terbaru

Sinopsis

Didi telah melakukan kesilapan besar semasa mengendalikan Konsert Hora Horey sebagai ketua. Bagaimanapun, Encik Atan dan Encik Beruang pergi ke Pulau Legenda di Muzika untuk membetulkan keadaan. Ketika mereka berada di sana, mereka disusuli oleh seorang lanun langit misteri bernama Torra. Oleh itu, Didi, Nana dan Jojo memutuskan untuk pergi ke Muzika bagi memberi amaran kepada mereka.

    

Genre: Animasi, Muzikal, Pengembaraan

Pelakon Suara: Nur Insyeerah, Adilia Myra, Adam Muqri, Datuk Awie, Amelia Henderson, W.A.R.I.S, Ruminah Sidek

Pengarah: Akmal Aziz Asmawi, Roshfaizal Ariffin

Tarikh Tayangan: 23 Februari 2023

Adiwiraku 2: The Gemencheh Boys

movie melayu 996

Sinopsis

Sekuel ini berdasarkan pada kisah benar seorang guru sukan yang bekerja di sebuah sekolah di Gemencheh, Negeri Sembilan. Walaupun tidak berkaitan dengan naratif Adiwira yang terdahulu, namun ia tetap menumpukan pada peranan penting dan kehebatan guru sebagai pendidik dalam sebuah cerita baru yang lebih menyentuh perasaan.

Genre: Drama

Pelakon: Pekin Ibrahim, Farah Ahmad, Azman Hassan, Fara Fauzana

Pengarah: Eric Ong, Jason Chong

Tarikh Tayangan: 2023

Imam

filem malaysia 624

   

Sinopsis

Imam Haji Mihad ingin membawa pembaharuan di kampungnya, tetapi beliau tidak diterima oleh masyarakat seagama dan sebangsa, bahkan oleh saudaranya sendiri. Dia juga mendapat perhatian daripada Majlis Agama kerana membawa ajaran baru yang agak asing di kampung tersebut.

    

Genre: Drama

Pelakon: Dato M. Nasir, Faizal Hussein, Vanidah Imran

Pengarah: Mior Hashim Manap

Tarikh Tayangan: 2 Mac 2023

   

*Ini lagi dua filem yang paling dinantikan dan diharapkan oleh peminat untuk ditayangkan di pawagam pada tahun 2023.

     

The Original Gangster

filem terbaru 961

Genre: Aksi

Pelakon: Aaron Aziz, Adi Putra, Beto Kusyairy, Rosyam Nor, Pablo Amirul, Sharnaaz Ahmad, Shaheizy Sam, Soffi Jikan

Pengarah: Syamsul Yusof

Tarikh Tayangan: Belum didedahkan

   

Munafik 3

filem melayu 2023

Genre: Seram

Pelakon: Syamsul Yusof, Maya Karin, Fizz Fairuz

Pengarah: Syamsul Yusof

Tarikh Tayangan: Belum didedahkan

        

Baca: 8 Filem Melayu Malaysia Terbaru 2023 - Mesti Tonton!

Baca: 10 Filem Melayu Bertema Hari Raya Wajib Tonton, Juga Tersedia Online!

Baca: 8 Filem, Drama Seram Melayu 2022 / 2023 Mesti Tonton!

Baca: 8 Filem, Drama Seram Melayu 'Berhantu' Terbaru, Boleh Tonton Secara Online!

Baca: 10 Filem Melayu 2022 - Mesti Tonton!

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)