Oleh pada 06 Jan 2024 kategori

Kredit foto: Instagram Studio Kembara , Facebook Zizan Razak , Instagram Tiz Zaqyah , Instagram Ariel Izz

         

Terserah kepada anda untuk memilih filem aksi, komedi, seram atau cinta, sama ada terbitan tahun ini atau lepas, kehadiran lambakan filem memberikan variasi pilihan tontonan yang menarik buat penonton.

         

filem malaysia 62115

Kredit foto: Instagram Studio Kembara

        

Demikian juga, penonton turut dapat menikmati beberapa sambungan kisah dengan kemunculan filem-filem sekuel.

         

filem hantu 21521

Kredit foto: Instagram Tiz Zaqyah

          

Filem-filem yang disenaraikan memberikan hiburan bersama yang tersayang sambil menyelitkan mesej positif dan menghidupkan suasana dengan pengalaman yang menyenangkan untuk tontonan segenap ahli keluarga.

Jom Iluminasi senaraikan 10 filem melayu baharu yang boleh anda saksikan.

         

Pendekar Awang : Darah Indera Gajah (Spin Off 'Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan')

filem baru 14124

         

Pelakon: Fattah Amin, Fazura, Heliza Helmi, Amir Ahnaf, Nadhir Nasar

Tarikh Tayangan: 11 Januari 2024

        

Sinopsis

Pendekar Awang: Darah Indera Gajah merupakan kisah sampingan yang bersumber daripada watak Awang dalam filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

Mengisahkan perjalanan Awang dan rakan-rakan yang berusaha melindungi Tok Gajah semasa mereka ke Terengganu demi mendapatkan sokongan dan bantuan dari pahlawan serta Sultan Terengganu.

Pihak British yang menyedari perkara itu cuba menangkap Tok Gajah dan Awang, membuatkan mereka terlibat dalam pertempuran sengit demi memastikan kejayaan misi tersebut.

         

Baca: Info, Sinopsis, Kutipan Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah, Sekuel Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2024)

         

Syerif

filem terbaru 2024 16143

Kredit foto: Instagram Ariel Izz

         

Pelakon: Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Azira Shafinaz, Datuk Aaron Aziz, Elizabeth Tan

Tarikh Tayangan: 18 April 2024

         

Sinopsis

Filem ini menceritakan usaha anggota polis yang menghadapi pelbagai ujian dan cabaran dalam memerangi kartel dadah 'Meth Killer'. Pada masa yang sama, mereka tertanya-tanya tentang siapakah yang menjadi dalang, kerana kes mereka sentiasa berjaya bebas daripada hukuman, setiap kali melalui proses pengadilan.

         

Harimau Malaya: The Untold Journey

filem 2024 32163

Kredit foto: Instagram 4ward Pictures

         

Pelakon: Meerqeen, Tony Eusoff, Sophia Albarakbah, Namron, Aiman Hakim Ridza, Amelia Henderson

Tarikh Tayangan: 2024

         

Sinopsis

Harimau Malaya: The Untold Journey menggambarkan kisah dramatik selepas perletakan jawatan Tan Cheng Hoe sebagai jurulatih kebangsaan. Filem ini meneroka empat perspektif - dari pengurusan hingga penyokong setia Ultras, jurulatih Kim Pan Gon dan para pemain. Ia menyajikan pandangan mendalam ke dunia tersirat di sebalik padang bola sepak, mengungkap cerita tersembunyi dalam bola sepak Malaysia.

         

Gold

filem malaysia 2024 35416

Kredit foto: Instagram Jack Tan

         

Pelakon: Jack Tan, Farid Kamil, Yasmin Hani, Wan Raja

Tarikh Tayangan: 4 Julai 2024

         

Sinopsis

Merujuk kepada kisah benar atlet badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou, Gold menyentuh perjalanan hidup Cheah Liek Hou dari seorang pemain badminton biasa hingga menjadi pemain paralimpik, selepas mengalami kebas saraf brakial.

Dikenali sebagai pemain badminton yang luar biasa, Cheah Liek Hou menyandang rekod tak terkalahkan hasil dari kemahiran yang sangat tinggi.

Pun begitu, sebelum memenangi pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020, beliau melewati pelbagai rintangan, termasuk kehilangan bapa yang menjadi tiang sokongan utamanya sepanjang hayat.

          

Town Mall 2 (Filem Original Tonton)

filem 2023 62114

         

Pelakon: Tiz Zaqyah, Alif Satar, Chacha Maembong 

Tarikh Tayangan: 17 Januari 2024

Platform Online: Tonton

         

Sinopsis

Filem 'Town Mall 2' dihasilkan sebagai adaptasi dari novel seram terkenal, 'Town Mall'. Filem sekuel ini menceritakan kehidupan Ariani, seorang pengurus projek yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakan sambungan pembinaan projek yang telah ditinggalkan, menimbulkan kemarahan makhluk ghaib yang berterusan menghantui kehidupannya.

          

Sayu Yang Syukur

filem terbaru 2023 65513

         

Pelakon: Datuk Aaron Aziz, Nora Danish, Arja Lee

Tarikh Tayangan: 28 Disember 2023

          

Sinopsis

Sayu Yang Syukur merupakan filem yang menggambarkan konflik cinta yang penuh dengan elemen dramatik, mengikuti satu kemalangan tragik yang telah mengubah kehidupan Liana.

Qudaim yang muncul dalam kehidupan Liana, menimbulkan persaingan antara dua lelaki yang berhasrat untuk memenangi hatinya.

Liana enggan melanggar kesetiaan kepada cinta Jefri, namun dalam masa yang sama, Qudaim amat memerlukan bantuannya untuk pulih.

           

Adnan Sempit : Generasi Gig (Filem Original Tonton)

filem melayu 2023 85113

          

Pelakon: Aiman Tino, Afifah Nasir, Pekin Ibrahim, Mamak Puteh, Ady Mohammad

Tarikh Tayangan: 27 Disember 2023

Platform Online: Tonton

         

Sinopsis

Filem ini tidak seperti filem 'Adnan Sempit' yang lain, sebaliknya, ia memaparkan perspektif yang lebih sesuai dengan gaya hidup remaja zaman moden kini.

Dalam tontonan ini, penonton akan menyusuri perjalanan hidup Adnan, seorang 'delivery rider' yang menjalankan dua pekerjaan untuk menampung kehidupannya, semuanya dilakukan demi minatnya dalam dunia permotoran.

Adnan berjaya menyelamatkan Nadia, wanita yang telah lama menjadi idaman. Kini Adnan mula terperangkap dalam cinta tanpa menyedari bahawa Nadia hanya memanfaatkannya untuk tujuan tersembunyi.

          

Pontianak 100KG (Filem Original Tonton)

senarai filem malaysia 2023 terbaik 84741

          

Pelakon: Aya Amiruddin, Wanns Ahmad, Mathni Razak, Afifah Nasir, Ady Mohammad, Mark Adam

Tarikh Tayangan: 5 April 2023

Platform Online: Tonton

         

Sinopsis

Kisah dalam filem ini berkisar tentang Melati, seorang gadis yang ditemui mati oleh penduduk kampung, dalam keadaan berlapar - kerana ibunya telah memakan habis makanan kegemarannya iaitu Telur Ikan Parang.

Sejak itu, warga kampung kerapkali diusik oleh Ponti Melati yang melahap habis makanan yang mereka miliki sehingga dia menjelma menjadi pontianak dengan berat sebanyak 100 kilogram (kg)!

Segala usaha yang dilakukan oleh penduduk kampung untuk menangani serangan pontianak itu tidak mendatangkan hasil yang positif kerana dia masih berkeliaran dengan bebas.

          

* Atas sambutan hangat, karya ini bakal diadaptasikan ke dalam format filem untuk tayangan pawagam dengan judul Pontianak 200kg.

         

The Experts

Pelakon: Syafiq Kyle, Datuk Aaron Aziz, Maya Karin, Remy Ishak, Mimi Lana, Tony Eusoff

Tarikh Tayangan: 23 Mei 2024

        

* Sinopsis akan dikemaskini

          

Baik Punya Ah Long

filem melayu 2024 76318

Kredit foto: Facebook Zizan Razak

          

Pelakon: Zizan Razak, Johan Raja Lawak, Carmen Soo, Sangeeta Krishnasamy

Tarikh Tayangan: 2024

         

* Sinopsis akan dikemaskini

         

Baca: 10 Filem Melayu Terbaru Di Platform Netflix (2024), Mesti Tonton!

Baca: 10 Filem, Drama Seram Melayu 'Berhantu' Terbaru (2023 / 2024), Mesti Tonton!

         




Hakcipta iluminasi.com (2017)