Oleh pada 07 Apr 2024 kategori

        

Tahun 2024 ini membawa berita gembira buat peminat filem Melayu di Netflix. Kini, platform online ini memeriahkan lagi senarai dengan pelbagai pilihan filem Melayu terkini dari tahun lepas dan beberapa tahun sebelumnya.

Dari seram hingga lawak, dari cinta romantik hingga aksi, semuanya ada untuk memenuhi selera penonton semua kategori.

Jadi, jom kita semak senarai 10 filem Melayu terbaru di Netflix yang memang wajib ditonton!

        

Rahsia (2023)

filem baru 16421

Kredit foto: Instagram Nabila Huda

        

Genre: Seram

Pelakon: Nabila Huda, Fikry Ibrahim, Eman Manan

        

Dalam penghasilan semula filem klasik tahun 1987 ini, seorang ibu bernama Ramlah mengalami tekanan emosi apabila anak lelakinya, Saiful, secara misteri hilang semasa mereka berkelah di tepi pantai. Ramlah mula dihantui kejadian aneh yang membuat suaminya sendiri meragui kesihatan mentalnya. Walaupun pihak polis meyakini Saiful hilang di pantai, Ramlah merasakan bahawa kehadiran makhluk ghaib turut terlibat dalam peristiwa yang berlaku.

       

Baca: Info Penuh, Sinopsis, Kutipan Filem Rahsia (2023), Reboot Filem Klasik 1987

        

The Devil's Deception / Talbis Iblis (2022)

filem melayu best 43222

Genre: Seram

Pelakon: Azira Shafinaz, Nasha Aziz, Zul Ariffin

        

Hajar dihantar ke sebuah lokasi terpencil untuk melahirkan bayinya secara rahsia. Mak Ju, seorang bidan, bertanggungjawab menjaga Hajar sepanjang proses bersalin. Namun, Hajar mula mencurigai niat tersembunyi Mak Ju yang sebenarnya berbahaya terhadap dirinya dan bayinya. Apabila kebenaran terbongkar, Hajar terpaksa berdepan dengan ancaman serius yang menggugat keselamatan diri dan anaknya.

        

Sayu Yang Syukur (2023)

filem melayu 2023 44514   

Genre: Drama, Cinta, Romantik

Pelakon: Datuk Aaron Aziz, Nora Danish, Arja Lee

        

Filem ini mengisahkan tentang Liana, seorang wanita yang mengalami trauma dan persoalan tentang masa depannya selepas terlibat dalam kemalangan kereta yang tragis. Selepas diselamatkan, dia bertemu dengan Qudaim, yang membuka babak baru dalam hidupnya. Bagaimanapun, kejadian itu mencetuskan kebimbangan Liana terhadap maruah dan nama baik keluarganya. Selain itu, dia turut dihimpit oleh cinta yang datang dari dua lelaki yang berbeza karakter, satu yang merupakan pencinta dan yang satu lagi pendosa, dengan harapan dia akan menemukan kedamaian dalam diri.

         

Autumn In Wales (2022)

filem malaysia 67842

Genre: Komedi Romantik

Pelakon: Eyka Farhana, Jaa Suzuran, Wanna Ali, Keith Foo

       

Aira terkejut apabila tunangnya, Darwish, tiba-tiba membatalkan perkahwinan mereka tanpa alasan yang kukuh. Dia membuat keputusan untuk melakukan perjalanan ke Wales, tempat Darwish bekerja, dengan harapan bertemu jawapan. Namun, kehadirannya tidak dialu-alukan oleh Darwish. Pertengkaran mereka di sebuah kafe menarik perhatian orang ramai, terutamanya Jaka, seorang pencuci pinggan. Dengan bantuan Jaka, Aira merancang untuk mendapatkan kembali Darwish dari Marissa, teman wanita barunya. Pelbagai kejadian lucu berlaku semasa misi tersebut dan Aira mengharapkan Jaka untuk mengembalikan cinta yang telah hilang.

        

Hero: Stay Calm / Hero: Jangan Bikin Panas (2019)

filem cerita melayu terbaru movie 47842

Genre: Aksi Komedi

Pelakon: Hisyam Hamid, Bell Ngasri, Elisya Sandha

        

Zafrul, seorang anggota bomba, berusaha untuk mengenal pasti dalang di sebalik kebakaran sebuah sekolah agama, kejadian yang hampir serupa dengan pengalaman tragisnya semasa beliau masih menjadi pelajar. Dengan tekad yang kuat, Zafrul nekad untuk membalas dendam bagi mangsa yang terkorban dalam tragedi itu.

         

Polis Evo 3 (2023)

filem melayu terbaik 42857

Genre: Aksi Komedi

Pelakon: Shaheizy Sam, Zizan Razak, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish , Syafiq Kyle

        

Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi mereka untuk menangkap Reza, bekas rakan sekerja Khai. Dua detektif polis ini terpaksa berhadapan dengan ancaman tidak hanya dari Reza, tetapi juga dari kisah silam yang terungkap dalam proses penyiasatan mereka.

       

Baca: Info Penuh, Sinopsis, Kutipan Filem Polis Evo 3 (2023)

        

Didi & Friends The Movie (2023)

filem 41254

Genre: Pengembaraan Muzikal Animasi

Pelakon: Nur Insyeerah, Adilia Myra, Adam Muqri, Dato Awie, Amelia Henderson

        

Didi, Nana dan Jojo, tiga sekawan rapat, memegang tanggungjawab untuk mengadakan Konsert Hora Horey tahunan. Segalanya berjalan lancar sehingga Didi membuat kesilapan besar yang mengakibatkan Pak Atan dan Pak Beruang terpaksa pergi ke Pulau Legenda di Muzika untuk membetulkan keadaan. Namun, keadaan menjadi lebih serius apabila mereka menyedari bahawa lanun langit misteri bernama Torra sedang menjejaki mereka. Dengan tekad yang bulat, Didi, Nana dan Jojo memutuskan untuk berangkat ke Muzika demi memberi amaran kepada Pak Atan dan Pak Beruang serta menyelamatkan mereka daripada bahaya yang mengancam.

       

Syif Malam (2023)

senarai filem melayu 46847

Genre: Seram, Komedi

Pelakon: Taqim Zaki, Anas Ridzuan, Shah Kimin

       

Syif Malam mengikuti kisah tiga sahabat yang bekerja sebagai pereka grafik di sebuah bangunan pejabat yang dikenali dengan 1001 kisah misteri dan mistik. Berdepan dengan kejadian aneh di pejabat pada waktu lewat malam memaksa mereka untuk menggali kebenaran di sebalik legenda urban tentang bangunan itu. Pendedahan mereka membongkar bahawa pejabat itu tidak hanya dihantui, malah juga menyimpan rahsia gelap dari masa lalu yang melibatkan kakitangan yang pernah bekerja di sana.

       

Sue-On (2023)

filem seram 45156

Genre: Komedi Seram

Pelakon: Datuk Awie, Ropie, Joey Daud, Reen Rahim

         

Sue-On, seekor hantu Korea yang sering menganggu manusia dengan keluar dari kaca televisyen, mendapati dirinya terperangkap di dunia nyata selepas suis TV dimatikan secara tiba-tiba. Kini, dia tidak dapat kembali ke tempat asalnya. Keberadaannya yang terperangkap telah menyebabkan kekacauan di kalangan penduduk Kampung Tengah, Taiping. Namun, sekumpulan penduduk kampung yang prihatin bersama-sama berusaha membantu Sue-On kembali ke rancangan TV Korea asalnya, memulihkan ketenangan di kampung mereka.

       

Baca: Info Penuh, Sinopsis, Kutipan Filem Sue On

       

Ghetto Boys Vs The Ghost Of Liang Mui / Geng Sakau Vs Hantu Ting Tong (2023)

filem melayu 2024 68547

Genre: Komedi Seram

Pelakon: Bell Ngasri, Shashic Iewan, Nabila Razali, Aziz M Osman

        

Kesejahteraan penduduk flat Sri Jati terganggu apabila mereka dilanda ketakutan dengan kehadiran Hantu Ting Tong yang sering berkeliaran di sekitar flat itu - berikutan aktiviti Geng Sakau yang diketuai oleh Amir bersama rakan-rakannya, Tam dan Balan, yang telah mencuri parcel mengandungi batu permata pusaka. Kini, Geng Sakau terpaksa berdepan dengan cabaran untuk menangani gangguan Hantu Ting Tong agar penduduk flat mereka tidak terus berasa takut.

      

Baca: Info Penuh Dan Sinopsis Filem Ghetto Boys Vs The Ghost Of Liang Mui (Geng Sakau Vs Hantu Ting Tong)

       

Baca: 10 Filem Seram Netflix Malaysia Paling 'Berhantu' (2024) - Wajib Tonton!

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)