Oleh pada 22 Nov 2023 kategori

        

Tayangan filem tempatan dalam pelbagai genre terus memeriahkan industri filem di tanah air kita.

         

filem 65893

Kredit foto: Instagram Skop Productions

          

Menyambut akhir tahun 2023, kami ingin berkongsi lapan lagi pilihan filem tempatan yang menarik untuk tontonan anda — merangkumi filem seram, aksi dan filem tempatan yang memartabatkan seni silat Melayu kita.

         

filem malaysia 10524

Kredit foto: Instagram War On Terror : KL Anarki

           

Teruskan bacaan untuk melihat senarai filem-filem terbaru yang mencuri tumpuan di pawagam dan boleh diakses di rumah melalui platform penstriman OTT ini.

         

War On Terror: KL Anarki

filem melayu 2023 63250

Dalam suasana filem kepolisan, filem ini memaparkan kisah dramatik pengganas yang dipimpin oleh Lang. Plotnya merangkumi serangan yang meletupkan sebuah stesen kereta api di kawasan Pantai Timur. Menyahut seruan tugas, pasukan khas polis E8 ditugaskan untuk menyiasat kes tersebut. Apabila Lang berada di tangan pihak polis, adiknya, Joe melarikan diri dan membuat ancaman serius untuk meletupkan Kuala Lumpur. Pihak polis kini dihadapkan dengan cabaran besar yang memerlukan tindakan segera.

           

Genre: Aksi

Pelakon: Aedy Ashraf, Farali Khan, Adlin Aman Ramlee, Qi Razali, Daiyan Trisha

Pengarah: Kroll Azry, Frank See

Tarikh Tayangan: 23 November 2023

         

Baca: Info Penuh, Sinopsis, Kutipan Filem War On Terror: KL Anarki

         

Budak Flat (Amazon Original)

filem malaysia 2023 85967

Kisah "Budak Flat" membawa penonton ke dalam kehidupan dua beradik, Aman dan Riz, yang bersaing sengit sebagai ketua geng di flat kos rendah Kuala Lumpur. Dalam suasana 'perang' untuk mendominasi flat, pertikaian antara Aman dan Riz mencapai klimaksnya apabila Aman dituduh membunuh seorang ahli kongsi gelap Riz, membawa dia menjadi buruan sejauh lubang cacing. Aman hanya diberikan dua pilihan: mencari pembunuh sebenar atau menyertai geng Riz.

         

Genre: Aksi

Pelakon: Zahiril Adzim, Pablo Amirul, Nabila Huda, Aaron Aziz

Pengarah: Eugene Lim, Woo Ming Jin, Faizal Ishak

Tarikh Tayangan: 16 November 2023

Platform Tayangan Online: Prime Video

        

Baca: Info Penuh Dan Sinopsis Filem Budak Flat (Amazon Original)

        

Impak Maksima Underground (Filem Original Tonton)

filem terbaru 87328

Kisah penuh semangat tentang Rudy yang mengejar cita-citanya untuk bersaing di perlumbaan drift epik, Impak Maksima Underground (IMU). Dalam permulaan cerita, Rudy selalu menjadi bahan ejekan Arie disebabkan keadaan buruk keretanya. Bermula sebagai pembantu am kepada Abang Moe di Aylezo Speedzone & Speedway, dia menaruh impian tinggi untuk menjadi seorang drifter profesional. Kesempatan itu datang apabila dia dijemput untuk menyertai Impak Maksima Underground, satu perlumbaan misteri yang penganjurnya tidak dikenali.

         

Genre: Aksi Permotoran

Pelakon: Syafi Tee, Ismail Izzani, Nia Atasha, Cat Farish, Zul Huzaimy, Ucop

Pengarah: Raja Mukhriz

Tarikh Tayangan: 15 November 2023

Platform Tayangan Online: Tonton

         

Pukul Mersing (Filem Original Tonton)

filem best 99631

Sebuah kisah perjalanan tiga sahabat dalam mencari erti hakiki persahabatan dan mendalami ilmu persilatan yang sebenar. Fawwaz tekad untuk membuktikan bahawa tanggapan seni silat oleh rakan-rakan kolejnya, Jazzlan dan Alang, tidak benar. Kerana itu, Fawwaz mengajak mereka untuk mengunjungi Mersing demi mencari guru 'Buah Pukul Mersing' yang dapat menurunkan ilmu persilatan khas ini. Dalam kesempatan, Jazzlan dan Alang menghasilkan konten video YouTube mereka mengenai bagaimana seni silat dipengaruhi unsur negatif gangsterisme. Pengembaraan itu tidak semudah yang dijangkakan ketika persahabatan mereka diuji dalam mencari makna sebenar ilmu silat.

       

Genre: Aksi Komedi

Pelakon: Fadhli Masoot, Azzam Sham, Wanns Ahmad, Namron, Niezam Zaidi, Adlin Aman Ramlie, Izzy Reef, Cik B

Pengarah: Izuan Mokhtar

Tarikh Tayangan: 25 Oktober 2023

Platform Tayangan Online: Tonton

        

Pendamping (Filem Original Tonton)

filem seram 97893

Cerita ini menonjolkan watak Nora yang yang terbeban depresi disebabkan tanggungjawab sebagai ketua keluarga selepas kematian kakak dan abang iparnya secara misteri. Disebabkan sering diganggu oleh satu lembaga dalam mimpi-mimpinya, perkahwinan Nora dengan tunang, Mahuzzi terpaksa dipercepatkan atas desakan keluarga yang prihatin terhadap masalah kesihatannya.

Hakikatnya, Ustaz Ghazali lebih mengetahui kebenaran yang menjadi punca gangguan kepada Nora, iaitu disebabkan oleh jin yang mencintai Nora dan anak saudaranya, Aishah. Suatu malam, kediaman mereka menjadi medan perjuangan Ustaz Ghazali dalam menentang serangan dan gangguan Jin Asyiq yang tidak bertuan.

        

Genre: Seram

Pelakon: Sharifah Sakinah, Akmal Ahmad, Aqasha

Pengarah: Abdul Rahim Zali

Tarikh Tayangan: 4 Oktober 2023

Platform Tayangan Online: Tonton

         

Doh (Filem Original Tonton)

movie 2023 45864

Kisah ini menyoroti watak Faiz yang terpaksa menjalankan tugas di luar kehendaknya selepas pemergian bapanya. Faiz terpaksa mengendalikan tugas-tugas pengurusan perniagaan Farhan Bakery, yang terkenal dengan penjualan roti dan kuih-muih di pekan lama Ipoh. Kedai itu, yang telah beroperasi hampir satu abad, kini menghadapi tekanan untuk mengekalkan tradisi dan keunikan bakeri dengan kemunculan kedai moden yang sangat popular di kawasan yang sama. Meskipun Faiz tidak mempunyai minat mendalam dalam bidang perniagaan bakeri, semangat tinggi tetap ada untuk memastikan kelangsungan perniagaan tersebut bersama adik-beradiknya, Farah dan Fathul.

       

Genre: Drama

Pelakon: Syafiq Kyle, Sherlyn Seo, Fabian Loo, Fatimah Abu Bakar, Fariz Isqandar (Yoyol)

Pengarah: Arif Zulkarnain, Haris M. Nor

Tarikh Tayangan: 16 September 2023

Platform Tayangan Online: Tonton

         

Wayang Puaka (Amazon Original)

filem terbaru 2023 41278

Dalam filem ini, diceritakan kisah penyiasatan atau aktiviti paranormal yang direkodkan oleh sekumpulan Youtuber amatur untuk dipertontonkan kepada umum. Berpusat pada kisah sekumpulan remaja yang berusaha untuk merungkai misteri pawagam terbengkalai yang dikatakan berhantu dan sekaligus mencari rakan kumpulan mereka yang hilang. Semasa melanjutkan misi membongkar kebenaran itu, rakaman yang mereka hasilkan semasa penyiasatan menjadi satu-satunya petunjuk yang tinggal, kerana keseluruhan krew kumpulan itu telah hilang!

       

Genre: Seram

Pelakon: Afiq Rahem, Said Ismail, Abimadyan, Nesa Idrus, Amalina Arham, Hafiq Hatta

Pengarah: Zulkarnain Azhar

Tarikh Tayangan: 2 November 2023

Platform Tayangan Online: Prime Video

        

Syif Malam

movie melayu terbaik 35227

Adaptasi daripada drama pendek di YouTube, Syif Malam mengisahkan tiga pereka grafik iaitu Ikmal, Botak dan Mok yang, ketika syif malam, secara tidak sengaja mengungkap mitos seram di bangunan tempat kerja mereka.

Mitos berlegar di bangunan itu mengenai tragedi seorang pekerja wanita yang meninggal dunia akibat bunuh diri semakin menjadi kenyataan. Apabila tidak dapat menanggung gangguan semasa bekerja, mereka menghubungi rakan yang mahir dalam hal mistik iaitu Brotai. Keadaan gangguan seram menjadi semakin ganas dan agresif apabila Brotai melaksanakan beberapa upacara ritual.

        

Genre: Seram

Pelakon: Taqim Zaki, Anas Ridzuan, Shahkimin, Zera Hariz, Kamarul Eqifshah, Riezman Khuzaimi

Pengarah: Fairus Anuar

Tarikh Tayangan: 7 Disember 2023

        

Baca: 10 Filem Melayu Terbaru (2023 / 2024), Mesti Tonton!

Baca: 10 Filem, Drama Seram Melayu 'Berhantu' Terbaru (2023 / 2024), Mesti Tonton!

        

Untuk lebih senarai filem tempatan tahun 2023, baca artikel: 8 Filem Melayu Malaysia Terbaru 2023 - Mesti Tonton!

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)