Oleh pada 19 May 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Act 2 Pictures

The Assistant ialah filem aksi thriller Malaysia yang diarahkan, ditulis dan diterbitkan oleh Adrian Teh, dan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 19 Mei 2022.

Filem yang diklasifikasikan untuk tontonan 18 tahun ke atas itu telah mendapat pengiktirafan di dua festival filem antarabangsa. Ia telah disenarai pendek dalam Festival Filem Udine Far East di Itali dan Festival Filem Hebat Antarabangsa Neuchâtel (NIFFF) di Switzerland.

Ia menelan belanja RM6 juta dan dibarisi pelakon seperti Hairul Azreen, Iedil Dzuhrie Alaudin, Farali Khan dan Henley Hii.

     

the assistant 2022

Kredit foto: Instagram Act 2 Pictures

Sinopsis

Zafik (Iedil Dzuhrie), lelaki yang dibebaskan dari penjara selepas menjalani hukuman atas jenayah yang tidak dilakukannya.

Feroz (Hairul Azreen) kelihatan kepadanya sebagai pembantu yang mengambil tanggungjawab untuk membalas dendam bersama-sama.

Perkenalan mereka membawa kepada pelbagai konflik dan pertumpahan darah.

Feroz yang sentiasa muncul tepat pada masanya membuatkan Zafik tertanya-tanya motif sebenar kehadirannya. Berjayakah dia membongkarnya?

    

Baca: 10 Filem Melayu Malaysia Terbaru & Terbaik (2022) Mesti Tonton!

    

the assistant malaysia

Kredit foto: Instagram Act 2 Pictures

Pelakon / Cast

Barisan gandingan pelakon hebat berpengalaman tanah air iaitu Hairul Azreen, Iedil Dzuhrie Alaudin, Farali Khan, Henley Hii, Chew Kin Wah dan Chacko Vadaketh.

    

the assistant movie

Kredit foto: Instagram Act 2 Pictures

Watak Pelakon

Hairul Azreen sebagai Feroz

Iedil Dzuhrie Alaudin sebagai Zafik

Farali Khan sebagai Sofia

Henley Hii sebagai Dato Sam Lee

Chew Kin Wah sebagai Kuan

Chacko Vadaketh sebagai Terence Stanton

Pengarah Dan Syarikat Produksi

The Assistant merupakan sebuah karya arahan Adrian Teh yang pernah mengarahkan filem Paskal (2018), Wira (2019) dan Pasal Kau (2020).

Andrian juga berperanan sebagai penulis dan penerbit dalam kerjasama antara Sony Pictures Entertainment Malaysia dan Act 2 Pictures.

   

the assistant malaysia movie

Kredit foto: Instagram Act 2 Pictures

Tarikh Tayangan

Bagi mereka yang berminat, The Assistant akan ditayangkan mulai 19 Mei 2022 di seluruh pawagam di negara ini.

Ia menjadi filem blockbuster aksi tempatan pertama yang menghidupkan semula industri perfileman selepas pawagam dibuka semula.

    

Durasi: 2 jam 5 minit

Baca: 10 Filem, Drama Seram Melayu 'Berhantu' Terbaru Yang Anda Boleh Tonton Secara Online!

Kredit video: THE ASSISTANT OFFICIAL TRAILER




Hakcipta iluminasi.com (2017)