Oleh pada 23 Aug 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Shaw Sdn Bhd

Air Force The Movie : Selagi Bernyawa ialah sebuah filem bergenre aksi, tentera dan patriotik Malaysia 2022, diarahkan oleh Zulkarnain Azhar dan Frank See.

Filem ini dijadualkan akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 25 Ogos 2022. Ia pada asalnya dirancang untuk ditayangkan pada Ogos 2021, tetapi tertangguh atas sebab tertentu.

Penggambaran telah dilakukan oleh produksi pada Mac 2020, namun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan wabak COVID-19 di Malaysia memaksa ia dihentikan seketika sebelum disambung semula dari Oktober hingga Disember 2020. Keseluruhan mengambil masa 76 hari dengan lokasi seperti Kuantan, Pahang; Kuala Terengganu, Terengganu; Shah Alam, Selangor; Alor Star, Kedah dan Kota Belud, Sabah.

air force movie

Kredit foto: Instagram GSC Cinemas

Sinopsis

Filem epik dan penuh aksi berkonsepkan ketenteraan yang menonjolkan kehebatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ini mengisahkan Kapten Adib (Nas T) dan mentornya, Mejar Adnan (Adi Putra) mengetuai anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU) semasa misi bantuan untuk melindungi anggota kemanusiaan yang berkhidmat di Namburi, sebuah negara yang dilanda perang bergolak.

Apabila mereka kembali ke tanah air dalam perjalanan pulang, pesawat mereka secara tidak dijangka ditembak oleh pengganas. Sembilan daripada penumpang berjaya membuat lompatan sebelum pesawat itu terhempas. 

Terkandas di Namburi, Tentera Udara Diraja Malaysia mengerahkan bantuan untuk menjalankan misi menyelamat. Insiden itu turut menarik perhatian Zafran (Aiman ​​​​Hakim Ridza), abang ipar Adib, seorang juruterbang SUKHOI yang dihukum, untuk memperjuangkan peluang menyelamatkan mereka sehingga titisan darah terakhir.

Baca: Info Dan Sinopsis Filem Anak Rimau The Movie (2022)

Baca: 10 Filem Melayu Malaysia Terbaru & Terbaik (2022) Mesti Tonton!

Baca: Inilah Jumlah Kutipan Filem Sejarah, Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan, Bakal Memasuki Platform Netflix!

    

air force the movie selagi bernyawa

Kredit foto: Instagram GSC Cinemas

Pelakon / Cast

Jalan cerita disajikan dengan lakonan mantap oleh barisan pelakon berpengalaman seperti Aiman Hakim Ridza, Datuk Adi Putra, Nas-T, Luqman Hafidz, Johan As'ari, Pablo Amirul, Jack Tan dan Sara Ali. Turut menyaksikan penglibatan pelakon hebat Scha Alyahya, Niezam Zaidi, Azira Shafinaz, Sangeeta Krishnasamy, Anas Ridzuan, Iman Corinne, Esma Daniel, Aqasha, Carmen Soo, Fezrul Khan, Muhammaad Saidi dan Seelan Manoheran.

Watak Pelakon

Aiman Hakim Ridza sebagai Zafran

Dato Adi Putra sebagai Mejar Adnan "Lejen"

Nas-T sebagai Kapten Adib "Rock"

Pablo Amirul sebagai Sarjan Udara Barat "Tuai"

Johan As'ari sebagai Koperal Udara Fakrul "Paco"

Azira Shafinaz sebagai Hana

Scha Alyahya sebagai Kapten Nur Liyana

Sara Ali sebagai Natrah

Carmen Soo sebagai Marya

Jack Tan sebagai Sarjan Udara Gabriel "Hujan"

Luqman Hafidz sebagai Laskar Udara Kanan Azman "Gaban"

Sangeeta Krishnasamy sebagai Leftenan Layla

Iman Corrine sebagai Susan

Anas Ridzuan sebagai Matno

Fezrul Khan sebagai Mejar Zaid TUDM

Esma Daniel sebagai Brigadier Jeneral Rahim

Muhammaad Saidi sebagai Spoon

Seelan Manoheran sebagai Vibesh

air force malaysia

Kredit foto: Instagram Iman Corinne Adrienne

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Ia merupakan sentuhan pengarah filem J Revolusi (2017) iaitu Zulkarnain Azhar dan Frank See yang pernah bertindak sebagai penulis skrip filem PASKAL (2018). Filem yang mendapat kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu di bawah penerbitan lima syarikat gergasi iaitu Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas (GSC), Astro, FXHammer Films dan SixFun Media.

air force selagi bernyawa

Kredit foto: Instagram Zulkarnain Azhar

Tarikh Tayangan

Filem berbahasa Melayu berdurasi 105 minit ini sedia menggegarkan pawagam di seluruh Malaysia mulai 25 Ogos 2022.

Kredit video: Air Force The Movie: Selagi Bernyawa - Official Trailer

Sumber:

1. #Showbiz: Malaysia's first Air Force film to blast off during Merdeka

2. Golden Screen Cinemas




Hakcipta iluminasi.com (2017)