Oleh pada 26 Oct 2023 kategori

Kredit foto: Drama Sangat

        

Drama bersiri 'Surat Dari Tuhan' bakal mengisi skrin TV anda selama 30 episod, dalam slot Samarinda pada setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 30 Oktober 2023.

          

surat dari tuhan episode

Kredit foto: Drama Sangat

      

Pelakon Shukri Yahaya dan Janna Nick akan menjadi wajah utama dalam drama terbitan Mache All Star United Sdn Bhd ini, di samping Ummi Nazeera, Sheila Hassan, Trisha Ooi, Wanns Ahmad dan Qistina Raisah.

Drama ini terhasil daripada idea asal dan bukannya adaptasi novel atau penghasilan semula mana-mana drama sebelumnya.

      

Sinopsis

Tindakan memilih Misha (Janna Nick) membawa penderitaan kepada Ryan (Shukri Yahaya) dan membuat Rafilah (Sheila Mambo) berasa tersepit dalam kesedihan. Walaupun Misha pernah memutuskan pertunangan mereka beberapa hari sebelum hari perkahwinan, Ryan masih membuka hati menerimanya sebagai isteri.

Uzair (Wanns Ahmad) adalah orang pertama yang cuba menghalang hubungan antara Ryan dan Misha daripada berputik semula, seolah-olah dia merasai apa yang akan terjadi. Rafilah juga tidak bersetuju dengan perkahwinan terburu-buru mereka, tetapi Ryan yakin bahawa Misha telah berubah.

Hidup Ryan selepas berkahwin dengan Misha — 'menantu dari neraka' bersifat talam dua muka ini — diterpa oleh seribu satu ujian. Misha tidak mempunyai rasa hormat dan sanggup menyakiti ibu mentuanya, sehingga melupakan tanggungjawab dan kewajipan sebagai isteri dan menantu.

Sebagai tanda janji kepada Rafilah, Ryan bersungguh-sungguh untuk membawa ibunya itu menunaikan umrah. Dengan usaha gigihnya, dia berjaya memiliki perniagaan kilang percetakan selepas mendapat kelulusan pinjaman perniagaan. Misha turut diberikan peluang untuk bekerja di sana.

Tanpa disedari oleh Ryan, mimpi buruk mengenai perlakuan Misha terhadap Rafilah menjadi kenyataan. Rafilah terjatuh dari tangga kerana ditolak oleh Misha.

Semasa mereka menunaikan umrah bersama, selama mereka berada di Madinah, Misha bukan sahaja tidak membantu Rafilah untuk menjadikan perjalanannya lebih mudah, bahkan cuba menamatkan riwayatnya.

Keadaan semakin rumit bagi Ryan setelah kembali dari Mekah, apabila rakan kongsi perniagaannya melarikan wang syarikat. Suzana (Ummi Nazeera), seorang pelanggan setia Ryan, cuba membantu Ryan yang terjerumus dalam hutang.

Dalam menghadapi semua cabaran yang menimpa keluarganya, kehadiran Suzana membantu Ryan untuk mendapatkan ketenangan kembali.

          

Baca: Biodata Pelakon Shahidan Izwan

Baca: Biodata Pelakon Trisha Ooi

         

surat dari tuhan sinopsis

Kredit foto: Drama Sangat

        

Pelakon / Cast

‘Surat Dari Tuhan’ mempertaruhkan empat pelakon handalan selaku tonggak utama iaitu Shukri Yahaya, Janna Nick, Ummi Nazeera dan Sheila Hassan (Sheila Mambo).

Turut menyertai dalam menjayakan siri ini, dengan lakonan mereka sebagai pendukung ialah Trisha Ooi, Wanns Ahmad, Qistina Raisah, Balkisyh Semundur Khan, Arash Mohd, Sefik Khair, Shahidan Izwan, Meor Mohd, Nada Nur Syuhaida, Mohamad Danial Aiman Badrul, Nur Qayra El dan Nik Ramly Rejab.

         

Watak Pelakon

Shukri Yahaya sebagai Ryan

Janna Nick sebagai Misha

Ummi Nazeera sebagai Suzana

Wanns Ahmad sebagai Uzair

Sheila Hassan (Sheila Mambo) sebagai Rafilah

Trisha Ooi sebagai Rifqa

Qistina Raisah sebagai Rania

Arash Mohd sebagai Daud

Balkisyh Semundur Khan sebagai Cik Leha

Meor Mohd sebagai Cik Don

Syefikk sebagai Mus

Shahidan Izwan sebagai Damien

Nada Nur Syuhaida sebagai Isteri Mus

Mohamad Danial Aiman Badrul sebagai Daris

Qayra El sebagai Daria

Nik Ramly Rejab sebagai Fauzi

          

surat dari tuhan drama

Kredit foto: Instagram Syefikk

         

Pengarah Dan Syarikat Produksi

'Surat Dari Tuhan' dikelola dengan bimbingan pengarah Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya) serta skrip ditulis oleh Soula Nordin, Rozie Rashid bersama PGRs Team, dan ia diterbitkan oleh Mache All Star United Sdn Bhd.

       

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Puas Sudah

       

Tajuk: Puas Sudah

Penyanyi: Aina Abdul

Komposer: Aina Abdul

Penulis lirik: Aina Abdul

        

Tajuk: Terus Bersinar

Penyanyi: Hafiz Suip

Komposer: Mas Dewangga & Jova Devito

Penulis lirik: Datuk Arisz Ab Rahman JP, Mas Dewangga & Jova Devito

         

surat dari tuhan wikipedia

Surat Dari Tuhan, drama baru dalam slot Samarinda yang bakal menggantikan siri Haloba. Kredit foto: Instagram Syefikk

       

Waktu Siaran

'Surat Dari Tuhan' yang menyediakan 30 episod siaran, akan ditayangkan empat kali seminggu dalam slot Samarinda, setiap hari Isnin hingga Khamis, bermula 30 Oktober 2023 pukul 10 malam.

Anda juga boleh menonton drama ini di Tonton, iaitu sebuah platform penstriman video tempatan di bawah naungan Media Prima.

       

Tajuk cerita? Surat Dari Tuhan

Berapa episod? 30 episod

Setiap hari apa? Isnin hingga Khamis

Bila tayang? Jam 10 malam

Tonton di mana? TV3 dan platform online, Tonton

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)