Oleh pada 17 Oct 2023 kategori

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

        

Plot kisah menarik adaptasi novel karya Sophilea, 'Bukan Sekadar Lafaz' bakal diangkat ke sebuah drama berepisod slot Akasia yang akan menemui penonton mulai 17 Oktober 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di saluran TV3.

         

bukan sekadar lafaz episod

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

         

Siri drama baru ini akan mengisi slot yang sebelumnya ditempati oleh Luruhnya Bunga Cinta.

        

Sinopsis

Apabila Hud (Alif Satar) berjumpa semula dengan Syikin (Wanna Ali), sepupunya yang pernah menjadi pujaannya semasa zaman persekolahan, kenangan lama yang terpahat kembali bergelora. Kini, mereka bekerja bersama di sebuah kafe, di mana Syikin menjadi pelatih di bawah pengawasan Hud sebagai supervisor.

Namun Hud terpaksa menerima hakikat bahawa kini Syikin adalah buah hati kepada seorang doktor yang bernama Dr. Firman (Malek Mccrone). Hubungan antara Syikin dan Dr. Firman menimbulkan rasa cemburu kepada adik tiri Syikin, Aein (Yuna Rahim). Oleh itu, apabila Aein memperdaya Syikin dengan tipu helahnya yang menyebabkan kehamilan, Tuan Zaman (Ahmad Idham) memaksa Syikin berkahwin dengan Dr. Firman untuk mengelakkan fitnah.

Apabila Dr. Firman menolak tawaran Tuan Zaman, Hud dengan rela hati menawarkan dirinya untuk menyelamatkan maruah keluarga. Perkahwinan yang diatur oleh keluarga membuatkan Syikin berasa kekok kerana Hud adalah sepupunya. Mengikut perjanjian, Hud pada akhirnya perlu melepaskan Syikin.

Selama menjadi suami kepada Syikin, Hud masih memenuhi tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga, termasuk menyediakan nafkah walaupun dia bukan seorang yang berada. Bagaimanapun baginya, Syikin tidak harus 'disentuh' kerana dia tahu perkahwinan mereka adalah atas dasar kekeluargaan.

Ketika mereka hidup bersama, Syikin semakin mengagumi Hud. Walaupun hati mereka saling jatuh cinta, namun mereka masih takut untuk mengungkapkan perasaan.

Di laman sosial, Syikin mengakui perasaannya terhadap Hud dan bagaimana dia tidak mahu Hud melepaskannya. Walaupun mereka telah berkongsi rumah selama beberapa bulan tanpa sekatil, Hud akhirnya sedar bahawa tangannya tidak pernah bertepuk sebelah tangan.

Namun, mampukah mereka berhadapan dengan keluarga, terutamanya apabila mengingatkan janji yang mewajibkan Hud untuk melepaskan Syikin. Tambahan pula, ada fitnah yang dilemparkan untuk menggugat perkahwinan mereka.

         

Baca: 10 Fakta Pelakon Wanna Ali Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: 10 Drama Melayu Terbaru 2023 Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!

         

bukan sekadar lafaz sinopsis

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

       

Pelakon / Cast

Bukan Sekadar Lafaz mengangkat Alif Satar dan Wanna Ali sebagai pasangan pelakon utama.

Siri ini turut diisi dengan kehadiran para pelakon sebagai watak tambahan yang melengkapkan lagi plot ceritanya, iaitu Yuna Rahim, Malek Mccrone, Ahmad Idham, Wanns Ahmad, Mia Nasir, Kuza, Razzuan Rosli, Watie Sadali, Azhar Amir, Yusra Akma, Maya Jaafar, Fadilah Mansor, Shyrim Husni, Naim Radzali, Nurul Shafiqah Shamsul Kahar, Rozminy Ghazy dan Ahmad Nazri bin Mokhtar.

        

Watak Pelakon

Alif Satar sebagai Hudzaifah (Hud)

Wanna Ali sebagai Asyikin Zaman (Syikin / Ekin)

Yuna Rahim sebagai Aein

Malek Mccrone sebagai Doktor Firman

Ahmad Idham sebagai Tuan Zaman

Wanns Ahmad sebagai Khalid

Mia Nasir sebagai Lufya

Kuza sebagai Puan Mahani

Razzuan Rosli sebagai Wafi

Datin Fadilah Mansor sebagai Nenek Maryam

Watie Sadali sebagai Huda

Azhar Amir sebagai Razlan

Maya Jaafar sebagai Lia

Shyrim Husni sebagai Rostam

Naim Radzali sebagai Arif

Nurul Shafiqah Shamsul Kahar sebagai Fina

Rozminy Ghazy sebagai Puan Ida

Ahmad Nazri bin Mokhtar sebagai Tan Sri Abbas

          

bukan sekadar lafaz drama

Kredit foto: Instagram DNI Karya Sdn Bhd

        

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Dilahirkan daripada buku novel yang sama tajuknya karya Sophilea dan dikeluarkan oleh syarikat penerbitan Pencil Pictures And Records Sdn Bhd, siri drama ini diarahkan oleh pengarah Idora Abdul Rahman dan skripnya turut ditulis oleh Sophilea.

       

Lagu Tema (OST)

Kredit video: BUKAN SEKADAR LAFAZ - WANNA ALI & AIMAN ISMAIL [OFFICIAL LYRIC VIDEO OST BUKAN SEKADAR LAFAZ]

        

Tajuk: Bukan Sekadar Lafaz

Penyanyi: Wanna Ali dan Aiman Ismail

Komposer: Ayu Puteh

Penulis lirik: Ayu Puteh

         

novel bukan sekadar lafaz

Kredit foto: Instagram Sophilea

       

Waktu Siaran

'Bukan Sekadar Lafaz' akan mempunyai durasi 60 minit untuk setiap episodnya, dengan keseluruhan 20 episod. Drama ini akan bersiaran pada hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 petang, bermula 17 Oktober 2023, secara eksklusif di saluran TV3.

Drama yang bakal menjadi kegemaran ramai ini juga akan dapat ditonton di platform penstriman video terkemuka iQIYI. Pelanggan VIP akan mendapat akses kepada tontonan hanya dalam tempoh 1 jam selepas tayangan perdana di TV3, sementara pengguna percuma boleh menikmatinya selepas 48 jam dari tayangan TV.

         

Tajuk cerita? Bukan Sekadar Lafaz

Berapa episod? 20 episod

Setiap hari apa? Isnin hingga Jumaat

Bila tayang? Jam 7 petang

Tonton di mana? TV3 dan platform online, iQIYI

       

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

       

Kredit video: Tak cakap dengan awak! | Bukan Sekadar Lafaz Episod 1 - 2 | iQIYI Malaysia

            




Hakcipta iluminasi.com (2017)