Oleh pada 19 Sep 2023 kategori

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

        

Siri adaptasi daripada drama Korea Selatan 'Autumn In My Heart' terbaru daripada syarikat penerbitan Global Station, mendominasi slot Akasia pada kali ini dengan judul versi Malaysia "Luruhnya Bunga Cinta", yang menampilkan lakonan Redza Rosli dan Tracie Sinidol sebagai pelakon utama.

Arahan Riza Baharudin ini akan mengambil alih tempat siri drama "Rajuk Karina" dalam slot tayangan setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 7 petang di saluran TV3.

           

sinopsis luruhnya bunga cinta

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

         

Sinopsis Luruhnya Bunga Cinta

Berdasarkan drama Korea popular 'Autumn In My Heart' yang disiarkan pada tahun 2000, siri yang sarat dengan emosi dan perasaan ini menceritakan kisah dua orang gadis yang tertukar sejak bayi, yang mengubah sepenuhnya kehidupan mereka apabila rahsia masa lalu terbongkar selepas 13 tahun.

Semasa kecil, Nuh (Redza Rosli) secara tidak sengaja menjatuhkan kad nama adiknya di hospital, yang kemudian tertukar dengan bayi lain. Beberapa tahun kemudian, rahsia yang tersembunyi di sebalik keluarga ini masih belum diketahui lantas Nuh terus membesar bersama "adiknya", Nuha (Tracie Sinidol).

Nuha sangat terkenal di sekolah yang menyebabkan iri hati Aara (Auni Yusri), rakan sekelasnya. Aara adalah seorang pelajar yang bijak, namun jarang diberi perhatian oleh guru dan rakan-rakan. Suatu hari, Nuha menjalani ujian darah yang mendedahkan status sebenarnya. Peristiwa itu mengubah sepenuhnya kehidupan Nuha dan Nuh.

Mereka terpisah setelah mengetahui bahawa mereka bukanlah saudara kandung, namun cinta di antara mereka mula berkembang sejak saat itu.

        

Baca: Biodata Bella Luna (Bella Hanna), Pelakon Drama Berepisod Luruhnya Bunga Cinta Musim 2 (TV3)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Autumn In My Heart (Korea)

Baca: Biodata Tracie Sinidol, Pelakon Drama Berepisod Luruhnya Bunga Cinta (TV3)

Baca: Biodata Auni Yusri, Pelakon Drama Berepisod Luruhnya Bunga Cinta (TV3)

Baca: Biodata Aniq Durar, Pelakon Drama Berepisod Luruhnya Bunga Cinta (TV3)

           

Sinopsis Autumn in My Heart

Versi K-drama ini merupakan salah satu siri Korea yang paling ikonik dan popular sepanjang masa, dengan penampilan oleh Song Hye Kyo dan Song Seung Heon sebagai pelakon utama.

Kisah bermula dengan Yoon Joon-suh, seorang kanak-kanak kecil, secara tidak sengaja menyebabkan pertukaran adiknya dengan bayi lain apabila dia menjatuhkan kad nama pada dua katil bayi di bilik hospital. Ketika remaja, Yoon Eun-suh (Moon Geun-young) dan Yoon Joon-suh (Choi Woo-hyuk) terus menganggap diri mereka sebagai adik-beradik.

Eun-suh adalah gadis paling popular dalam kelas, mencetuskan cemburu Choi Shin-ae (Lee Ae-jung). Shin-ae pintar tetapi tidak mendapat perhatian yang dia dambakan daripada guru dan rakan sekelasnya.

Eun-suh akhirnya mengetahui bahawa dia bukanlah anak kandung Yoon semasa satu pemindahan darah dilakukan. Shin-ae pindah bersama keluarga Yoon, manakala Eun-suh tinggal dengan Puan Choi, yang mengendalikan restoran kecil dan hidup miskin. Nasib mereka bertukar sekarang. Shin-ae lebih popular dalam kelas, manakala Eun-suh pula diabaikan.

Kemudian keluarga Yoon berpindah ke Amerika Syarikat dan sejak itu, Eun-suh putus hubungan dengan mereka.

Sepuluh tahun kemudian, Joon-suh (Song Seung-heon) kembali ke Korea Selatan sebagai artis yang berjaya dan bertemu dengan Eun-suh (Song Hye-kyo) yang bekerja di hotel. Seorang rakan lamanya, Tae-seok (Won Bin) jatuh cinta pada Eun-suh.

Suatu hari, Eun-suh melihat Joon-suh dengan tunangnya Yumi (Han Na-na) dan Tae-seok di pantai. "Adik-beradik" itu lantas bertemu dan menjalin cinta secara rahsia. Mereka berusaha untuk tinggal bersama, tetapi ibu bapa mereka menentangnya. Malah, Yumi menyakiti dirinya sendiri agar Joon-suh terus bersama dengannya dan meninggalkan Eun-suh.

Apabila Eun-suh menghidap leukemia, dia hanya memberitahu Tae-seok. Ketika tahap penyakitnya sudah kritikal, Joon-suh baru mendapat tahu dan cuba untuk membawa Eun-suh pulang agar mereka boleh menghabiskan hari-hari terakhir bersama. Pada ketika ini, Yumi akhirnya melepaskan Joon-suh kepada Eun-suh.

Joon-suh melamar Eun-suh dan mereka berkahwin. Namun Eun-suh meninggal dunia ketika mereka mengelilingi pantai tempat mereka menghabiskan hari jadinya ketika remaja. Sebelum meninggal, Eun-suh meminta supaya Joon-suh 'move on' dan meneruskan hidup.

          

Baca: 10 Drama Melayu Terbaru 2023 Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!

          

luruhnya bunga cinta episod 159

Kredit foto: Instagram iQIYI Malaysia

           

Pelakon / Cast

Luruhnya Bunga Cinta, melihat Redza Rosli, yang menjadi wajah yang sinonim dengan dunia drama bersiri, mendominasi sebagai pelakon utama, Nuh. Drama ini juga memberikan peluang kepada Tracie Sinidol, seorang pendatang baru, untuk mengambil peranan utama sebagai Nuha. Menyempurnakan perjalanan siri ialah Nabila Razali, Aniq Durar, Auni Yusri, Bella Luna (Bella Hanna), Iman Suhana, Shah Rezza, Eizlan Yusof, Watie Sadali, Zila Bakarin, Raja Azmi, Laila Nasir dan Hafiz Halim.

         

Watak Pelakon

Redza Rosli sebagai Nuh

Tracie Sinidol sebagai Nuha

Nabila Razali sebagai Sara

Aniq Durar sebagai Awal

Auni Yusri sebagai Aara

Bella Luna sebagai Aleen

Iman Suhana sebagai Kalsom

Zila Bakarin sebagai Adita

Dato Sri Eizlan Yusof sebagai Jamaludin

Shah Rezza sebagai Tan Sri Izzam

Watie Sadali sebagai Datin Maziah

Raja Azmi sebagai Puan Seri Zaleha

Hafiz Halim sebagai Anwar

Laila Nasir sebagai Noriah

Mamu Kakoot sebagai Mamu

Zana sebagai Puan Zainab

Zulkifli Sudin sebagai Encik Rizal

           

luruhnya bunga cinta drama 826

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

         

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Diadaptasi daripada drama Korea Selatan yang judulnya 'Autumn In My Heart' dan dikeluarkan oleh Global Station Sdn Bhd, drama ini diterajui oleh pengarah Muhamad Riza Baharudin dan penulisan skripnya digarap oleh Hafiz Halim, Intan Zarina Mohd Yasin dan Fara Bani.

         

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Belakang Tabir

Penyanyi: Syamel

Komposer: Syamel

Penulis lirik: Syamel

           

pelakon luruhnya bunga cinta 305

Luruhnya Bunga Cinta, sebuah naskhah bukan adaptasi novel. Kredit foto: Instagram Drama Sangat

         

Waktu Siaran

Siri drama Luruhnya Bunga Cinta, yang terdiri daripada 20 buah episod, akan memulakan tayangan dengan episod pertama pada 19 September 2023 dalam slot Akasia. Penonton boleh menikmati setiap episod pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 petang di saluran TV3.

Di samping itu, ia juga disediakan dalam senarai tontonan platform video dalam talian, iQIYI, secara eksklusif untuk pelanggan VIP, hanya dalam tempoh 1 jam selepas tayangan perdana di TV3. Bagi pengguna percuma pula, mereka dapat menikmatinya selepas 48 jam tayangan di kaca TV.

          

Tajuk cerita? Luruhnya Bunga Cinta

Berapa episod? 20 episod

Setiap hari apa? Isnin hingga Jumaat

Bila tayang? Jam 7 malam

Tonton di mana? TV3 dan platform online, iQIYI

             

Kredit video: Nama awak apa? | Luruhnya Bunga Cinta Episode 1 - 1 | iQIYI Malaysia

         




Hakcipta iluminasi.com (2017)