Oleh pada 03 Oct 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

       

Haloba bakal mengambil alih slot Samarinda yang sebelumnya ditempati oleh drama bersiri Pemburu Rahsia.

Siri ini menampilkan Aiman Hakim Ridza, Afifah Nasir, Sherry Ibrahim dan Shiqin Kamal, dan ditayangkan di kaca televisyen mulai 3 Oktober 2023 menerusi saluran TV3.

         

haloba drama

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

        

Sinopsis

Erina yang kembali dari luar negara, berhasrat menggugat kebahagiaan dalam rumah tangga Raif yang mempunyai dua isteri setia dan seorang anak tunggal. Konflik ini bermula ketika Erina menjatuhkan air muka Alia, isteri pertama Raif, di hadapan lembaga pengarah syarikat. Sejak itu, Erina terpaksa menanggung bebanan kerja yang berlebihan dan diperlakukan dengan sindiran yang melampau oleh Alia.

Ketika Erina dipanggil semula bekerja, prestasinya telah menarik perhatian Raif.

Apabila hubungan antara Raif dan Erina semakin mesra, media cuba mendapatkan reaksi dari Alia dan Misha tentang penerimaan terhadap Erina sebagai isteri ketiga Raif.

Misha akhirnya memberi izin kepada Raif untuk berkahwin dengan Erina.

Sementara itu, Raif marah apabila mengetahui hubungan Alia dan Taufik, dan Alia masih merancang strateginya susulan dendam terhadap Misha.

       

Baca: Biodata Pelakon Shiqin Kamal

        

haloba episod

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

        

Pelakon / Cast

Aiman Hakim Ridza, Afifah Nasir, Sherry Ibrahim dan Shiqin Kamal adalah pelakon-pelakon utama dalam siri 'Haloba,' dan turut diperkukuhkan lagi dengan bakat hebat pelakon-pelakon tanah air seperti Shah Iskandar, Izz Ilham, Kazar Saisi, Syaffiq Sahli, Zila Bakarin, Ieda Moin, Hilal Azman dan Norlida Kamsin.

        

Watak Pelakon

Aiman Hakim Ridza sebagai Raif

Afifah Nasir sebagai Erina

Sherry Ibrahim sebagai Aliya

Shiqin Kamal sebagai Misya

Shah Iskandar sebagai Taufik

Izz Ilham Nazuadi sebagai Adam

Syaffiq Sahli sebagai Hadi

Kazaruddin Saisi sebagai Razak

Zila Bakarin sebagai Laila

Ieda Moin sebagai Kak Zura

Hilal Azman sebagai Dato Kamal

Norlida Kamsin sebagai Peguam

         

sinopsis haloba

Kredit foto: Instagram Sherry Ibrahim

        

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Merupakan sebuah drama yang diarahkan oleh Emi Suffian dan nukilan oleh penulis skrip, Kent Tan dan Chooi Keen, serta idea asal oleh Kent Tan, yang kemudiannya dibawakan ke dalam skrin TV oleh produksi Enuja Production Sdn Bhd.

         

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Helah

        

Tajuk: Helah

Penyanyi: Puteri Khareeza

Komposer: Iqie Hugh, Shazriq Azeman

Penulis lirik: Iqie Hugh, Shazriq Azeman

           

pelakon haloba

Siri Haloba membawa 'plot twist' yang bakal membangkitkan rasa ingin tahu penonton mengenai kesudahan kisah ini. Kredit foto: Instagram Izz Ilham

         

Waktu Siaran

'Haloba' dalam rantaian 15 episod, bersua menemani penonton di slot Samarinda saluran TV3 bermula 3 Oktober 2023, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam.

Bagi mereka yang tidak berkesempatan meluangkan masa di hadapan TV, anda masih boleh mengikuti perjalanan siri ini melalui perkhidmatan penstriman video di platform Media Prima, iaitu Tonton, yang sekarang telah tersedia di Android TV.

         

Tajuk cerita? Haloba (naskhah bukan adaptasi novel)

Berapa episod? 15 episod

Setiap hari apa? Isnin hingga Khamis

Bila tayang? Jam 10 malam

Tonton di mana? TV3 dan platform online, Tonton

          

Untuk info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

      




Hakcipta iluminasi.com (2017)