Oleh pada 08 Mar 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  

Perjuangan lapan penyanyi BBNU (Budak Baru Nak Up) diteruskan dalam konsert minggu baharu pertandingan realiti, Big Stage 2022.

  

Menerusi persaingan keenam yang bakal menggunakan tema Rotasi 36T, para peserta menerima cabaran untuk beraksi menerusi lagu-lagu yang berlawanan dengan genre muzik kebiasaan mereka.

  

Bintang yang masih berada dalam senarai peserta termasuklah penyanyi Aisha Retno, Tegar Septian (Indonesia), Yazmin Aziz, Danial Chuer, Syafiq Abdilah (Brunei), Elica Paujin, Megat Rahim dan Ajoi Zainal.

  

Di bawah adalah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan mereka pada konsert Ahad ini:-

  

big stage 226

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  

Senarai Lagu Peserta Konsert Big Stage 2022 (Musim 4) Minggu Keenam

1. Aisha Retno - Bengawan Solo (Hetty Koes Endang)

2. Elica Paujin - Rindu (Hetty Koes Endang)

3. Megat Rahim - Kelentang Kelentong (Hael Husaini)

4. Ajoi Zainal - Sorry, Sorry (Super Junior)

5. Syafiq Abdilah - Jeritan Batinku (Azlan The Typewriter)

6. Tegar Septian - Gadis Jolobu (Waris ft Dato Hattan)

7. Danial Chuer - Hatinya Tak Tahan (Noraniza Idris)

8. Yazmin Aziz - Bohemian Rhapsody (Queen)

  

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Big Stage 2022 Minggu 7 Separuh Akhir (Musim 4) 

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Big Stage 2022 (Musim 4) Minggu 5

Baca: Cara Undi Peserta Big Stage 2022 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

  

Maklumat mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Big Stage 2022 (Musim 4)

  

Barisan juri profesional tetap yang menghakimi edisi ini terdiri daripada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan komposer terkenal, Ajai.

  

Musim keempat Big Stage berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam untuk siaran secara langsung di saluran Astro Ria (CH 104).

  

Tayangan bersama di aplikasi Astro Go dan platform On Demand sebagai tontonan kandungan online.

  

Big Stage 2022 yang dihoskan pengacara Alif Satar dan Sherry Alhadad, mula bersiaran sejak 6 Februari lalu.

  

Kredit video: Konsert Big Stage Live+ Minggu 5

  




Hakcipta iluminasi.com (2017)