Oleh pada 14 Mar 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Big Stage 2022 minggu keenam menyaksikan pengakhiran penyertaan penyanyi Syafiq Abdilah dan Megat Rahim.

Syafiq Abdilah pada konsert dengan tema 36T di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu mempertaruhkan lagu berjudul Jeritan Batinku nyanyian asal oleh Azlan The Typewriter dan hanya layak menerima markah sebanyak 68.20%, sekaligus meletakkannya di tiga kedudukan terbawah.

Manakala Megat Rahim yang membawakan Kelentang Kelentong dipopularkan Hael Husaini, menerima markah sebanyak 62.20%.

Sementara itu, penyanyi Aisha Retno menjuarai peringkat suku akhir program realiti ini dengan dendangan lagu berjudul Bengawan Solo rakaman asal oleh Hetty Koes Endang, dengan markah 97%.

Pertandingan di kalangan penyanyi BBNU (Budak Baru Nak Up) itu juga dihangatkan dengan persaingan daripada Tegar Septian (Indonesia), Yazmin Aziz, Danial Chuer, Elica Paujin dan Ajoi Zainal sebagai peserta.

Keputusan markah berada di tangan juri profesional tetap yang dilantik iaitu penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan komposer terkenal, Ajai.

Turut sama, Datuk Seri Vida sebagai 'Presiden Netizen', Aliff Aziz yang menduduki kerusi 'juri juara' dan penampilan Michael Ang sebagai 'juri pedas' minggu ini.

Berikut adalah markah yang diberikan oleh pihak juri:-

big stage 2022 318

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Big Stage 2022 (Musim 4) Minggu Keenam Suku Akhir

1. Aisha Retno (Bengawan Solo) - 97%

2. Danial Chuer (Hatinya Tak Tahan) - 91.60%

3. Tegar Septian (Gadis Jolobu) - 85.40%

4. Yazmin Aziz (Bohemian Rhapsody) - 81.20%

5. Ajoi Zainal (Sorry, Sorry) - 79.80%

6. Elica Paujin (Rindu) - 68.40%

7. Syafiq Abdilah (Jeritan Batinku) - 68.20%

8. Megat Rahim (Kelentang Kelentong) - 62.20%

Anugerah Persembahan Cuckoo Paling Up - Danial Chuer

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Big Stage 2022 Separuh Akhir (Musim 4)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Big Stage 2022 Minggu 7 Separuh Akhir (Musim 4) 

Baca: Cara Undi Peserta Big Stage 2022 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

Butiran mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Big Stage 2022 (Musim 4)

Alif Satar dan Sherry Alhadad mengemudikan pentas sebagai pengacara dalam program secara langsung yang ke udara di saluran Astro Ria (CH 104) itu.

Konsert yang diadakan secara mingguan ini berada dalam jadual tayangan setiap hari Ahad, pukul 9 malam bermula 6 Februari 2022.

Juga terkandung online di aplikasi Astro Go dan platform On Demand untuk tontonan yang lebih fleksibel.

Terdahulu, Big Stage 2022 menghentikan penyertaan penyanyi Iqbal Zulkefli, Lia Aziz, Tuah Adzmi dan Sofiaa Marieylla (Mummy Jerung Merah) selepas diumumkan sebagai peserta tersingkir pada episod-episod sebelumnya.

Kredit video: Konsert Big Stage Live+ Minggu 6 Suku Akhir




Hakcipta iluminasi.com (2017)