Oleh pada 27 Mar 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Yazmin Aziz

Lima penyanyi 'BBNU' (Budak Baru Nak Up) memperjuangkan nasib dalam merebut trofi juara di konsert akhir Big Stage 2022.

Kemuncak musim keempat yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu dibarisi oleh para finalis terdiri daripada penyanyi Aisha Retno, Tegar Septian (Indonesia), Yazmin Aziz, Danial Chuer dan Elica Paujin.

Terdahulu, seramai tujuh lagi bintang menapak dalam pertandingan realiti nyanyian itu, namun perjuangan mereka tersungkur dalam beberapa episod sebelumnya. Mereka yang dimaksudkan ialah Syafiq Abdilah (Brunei), Megat Rahim, Iqbal Zulkefli, Tuah Adzmi, Sofiaa Marieylla (Mummy Jerung Merah), Ajoi Zainal dan Lia Aziz.

Kerusi juri profesional tetap yang juga pengkritik edisi ini diduduki oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan komposer terkenal, Ajai.

Keseluruhan markah peserta di peringkat akhir adalah hasil jumlah daripada 70 peratus penilaian juri profesional, bersama 30 peratus undian penonton.

Tema yang diangkat di konsert kemuncak berkenaan ialah Ultimatum Solo dan Ultimatum Duet.

Berikut adalah markah dan kedudukan para finalis di konsert akhir:-

big stage 2022 679

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Kedudukan Dan Markah Juara, Pemenang, Finalis Konsert Akhir Big Stage 2022 (Final Musim 4)

Juara - Elica Paujin (78.93%)

Naib juara / Tempat Kedua - Danial Chuer (72.62%)

Tempat ketiga - Aisha Retno (71.04%)

Tempat keempat - Yazmin Aziz (59.35%)

Tempat kelima - Tegar Septian (59.13%)

    

Anugerah Persembahan Cuckoo Paling Up -  Danial Chuer

big stage final

   

Juri Juara - Aliff Aziz

Juri Pedas - Elly Mazlein

Juri Jemputan - Aina Abdul

Presiden Netizen - Datuk Seri Vida

Baca: Ramalan Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Finalis Konsert Akhir Big Stage 2022 (Final Musim 4)

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Separuh Akhir Big Stage 2022 (Musim 4) Minggu 7

Baca: Cara Undi Peserta Big Stage 2022 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

Maklumat mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Big Stage 2022 (Musim 4)

Konsert Big Stage 2022 tayangan saluran Astro Ria (104) menemui penonton pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam, bersama gandingan pengacara Alif Satar dan Sherry Alhadad.

Tonton secara online di aplikasi Astro Go dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Imbas kembali, penyanyi Sarah Suhairi diangkat sebagai juara pada penganjuran musim pertama (2018).

Bintang Korea Selatan, Han Byul menyusul sebagai pemenang edisi kedua (2019), diikuti Azzam Sham mengungguli musim ketiga (2020).

Kredit video: Konsert Big Stage 2022 Live + Minggu 8 Final




Hakcipta iluminasi.com (2017)