Oleh pada 21 Mar 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Perjalanan penyanyi Ajoi Zainal dalam program realiti Big Stage 2022 terhenti selepas diumumkan sebagai peserta yang meninggalkan pertandingan dalam peringkat separuh akhir, malam tadi.

Ajoi tersingkir menerusi tugasan lagu, Setelah Kau Tiada nyanyian asal oleh Cakra Khan dan Di Alam Fana Cinta (Fotograf) dengan jumlah markah 76.10%.

Sementara itu, minggu ketujuh pertandingan nyanyian yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu mengangkat penyanyi Danial Chuer di kedudukan pertama dengan pungutan markah 93.00%.

Danial membawakan lagu It's A Man's Man's Man's World dendangan asal oleh Seal dan Roman Picisan (Dewa 19) dalam konsert yang bertemakan 'Flex' itu.

Selain Danial, empat lagi peserta yang berjaya melayakkan diri ke pusingan 'final' ialah Tegar Septian (Indonesia), Yazmin Aziz, Aisha Retno dan Elica Paujin.

Barisan bintang BBNU (Budak Baru Nak Up) ini diadili oleh juri profesional tetap yang dilantik terdiri daripada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan komposer terkenal, Ajai.

Manakala, Datuk Seri Vida mengambil peranan sebagai 'Presiden Netizen', bersama Aliff Aziz sebagai 'juri juara' dan Adlin Aman Ramlie selaku 'juri pedas'.

Berikut adalah markah yang diberikan oleh pihak juri:-

   

big stage 2022 675

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Big Stage 2022 (Musim 4) Minggu Ketujuh Separuh Akhir

1. Danial Chuer (It's A Man's Man's Man's World, Roman Picisan) - 93.00%

2. Aisha Retno (Sumpah, Denting) - 87.80%

3. Yazmin Aziz (Proud Mary, Hukum Karma) - 79.30%

4. Elica Paujin (Anggapanmu, Pelesit Kota) - 77.40%

5. Ajoi Zainal (Setelah Kau Tiada, Di Alam Fana Cinta) - 76.10%

6. Tegar Septian (Hal Hebat, Buih Jadi Permaidani) - 65.10%

Anugerah Persembahan Cuckoo Paling Up - Aisha Retno

Baca: Keputusan Markah Juara, Pemenang, Finalis Konsert Final Big Stage 2022 (Akhir)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Finalis Konsert Akhir Big Stage 2022 (Final Musim 4) 

Baca: Cara Undi Peserta Big Stage 2022 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

Maklumat mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Big Stage 2022 (Musim 4)

Konsert mingguan Big Stage dihangatkan lagi dengan kehadiran Alif Satar dan Sherry Alhadad sebagai pasangan pengacara.

Rancangan yang dipancarkan secara langsung di saluran Astro Ria (CH 104) itu menemui penonton pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam bermula 6 Februari 2022, selain boleh didapati secara online di aplikasi Astro Go dan platform On Demand sebagai alternatif tontonan.

Kredit video: Konsert Big Stage Live+ Minggu 7 Separuh Akhir




Hakcipta iluminasi.com (2017)