Oleh pada 18 Dec 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Zon Lawak

Peringkat akhir Maharaja Lawak Mega musim 2021 (MLM 2021) yang berlangsung malam tadi menyaksikan kumpulan Tiro diangkat sebagai juara.

Tiro yang dianggotai pelawak Sharif Botak, Syaiful Melati dan Danial Zaini menerima habuan berupa wang tunai berjumlah setengah juta (RM500,000)!

Manakala kedudukan naib juara pula menjadi milik kumpulan Puteh yang disertai oleh Mamak, Vicha dan Ali dengan ganjaran wang tunai sebanyak RM250,000.

Tempat ketiga diberikan kepada kumpulan Boro yang menampilkan Achey, Atu dan Fad dengan hadiah wang tunai RM150,000.

MLM musim ini menggunakan khidmat pelakon Datuk Rosyam Nor sebagai ketua juri, dengan dibantu oleh Noh Salleh, Diana Danielle dan Uqasha Senrose, bersama juri misteri yang diberi nama 'Sang Bara'. 

    

Teka-teki identiti siapakah sebenarnya Sang Bara akhirnya terjawab apabila pelakon Sharnaaz Ahmad mendedahkan dirinya adalah individu yang selama ini berselindung di sebalik kostum naga itu.

Minggu akhir yang menggunakan tema 'Muzikal' dan 'Bebas' itu antara lain turut disaingi oleh dua lagi finalis iaitu kumpulan Bahye (Zahid AF, Nizam Jentik Jentik, Shashic) yang diletakkan di tempat keempat bersama ganjaran wang tunai RM50,000 dan kumpulan Tobat (Bell Ngasri, Ropie, Ajak Shiro) yang terpaksa berpuas hati di tangga kelima dengan pemberian wang tunai RM15,000.

    

Berikut dikongsikan markah keseluruhan setiap peserta yang turut mengambil kira undian online penonton mewakili 30 peratus pemarkahan.

maharaja lawak mega 2021 782

Kredit foto: Astro Gempak

Kedudukan Dan Keputusan Markah Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 Final - Minggu 10

1. Tiro (Sharif Botak, Syaiful Melati, Danial Zaini) - 66.97%

2. Puteh (Mamak, Vicha, Ali) - 63.91%

3. Boro (Achey, Atu, Fad) - 59.78%

4. Bahye (Zahid, Nizam Jentik Jentik, Shashic) - 56.88%

5. Tobat (Bell Ngasri, Ropie, Ajak Shiro) - 53.26%

    

Baca: Keputusan Markah Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 Minggu 9 (Separuh Akhir)

Baca: Senarai Peserta Program Mencari Sepahtu Yang Hilang 2021 (Astro Warna)

Anugerah Lawak Pedas Tak Ingat Adabi menjadi milik kumpulan Tiro berikutan markah tertinggi yang diraih daripada pihak juri, sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM1000 dan produk Adabi bernilai RM500.

MLM 2021 yang ke udara sejak 15 Oktober 2021 menemui penonton saluran Astro Warna (CH 107) secara langsung pada setiap hari Jumaat, pukul 9 malam.

Strim secara online di aplikasi Astro Go dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Butiran mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Baca: Ini Identiti Sebenar Sang Bara? - Juri Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Baca: Biodata Shashic Iewan, Pelawak Gagap, Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Baca: Rupanya Ini Punca Sebenar Yassin Tarik Diri Dari Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Baca: Cara Undi Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Baca: Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Kredit video: [LIVE] Maharaja Lawak Mega 2021 Live + Akhir - Minggu 10

Sumber:

1. Kumpulan Tiro Juara Maharaja Lawak Mega 2021, Bawa Pulang RM500,000! 

2. Zon Lawak




Hakcipta iluminasi.com (2017)