Oleh pada 13 Nov 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Zon Lawak

 

Lapan peserta berentap menerusi pertandingan realiti komedi, Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM 2021) yang sudah memasuki minggu kelima.

Pertandingan malam tadi bertemakan muzikal itu membawakan persembahan daripada kumpulan Tiro, Otai, Puteh, Taici, Bahye, Cawan, Boro dan Tobat.

Para peserta dinilai oleh juri tetap MLM 2021, Datuk Rosyam Nor selaku ketua juri, Noh Salleh, Diana Danielle dan Uqasha Senrose bersama juri misteri diberi nama 'Sang Bara'.

Berikut merupakan mata hasil 70% markah daripada juri profesional dan 30% undian online.

maharaja lawak mega 2021 248

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

 

Kedudukan Dan Keputusan Markah Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 Minggu Kelima

1. Bahye (Zahid, Nizam Jentik Jentik, Shashic) - 69.41%

2. Puteh (Mamak, Vicha, Ali) - 60.81%

3. Tiro (Sharif Botak, Syaiful Melati, Danial Zaini) - 57.21%

4. Boro (Achey, Atu, Fad) - 55.54%

5. Cawan (Aliff Yasraf, Wan Gegau, Che Mat Raja Lawak) - 49.40%

6. Tobat (Bell Ngasri, Ropie, Ajak Shiro) - 46.47%

7. Otai (Azlee, Ieda Moin, Acong) - 44.15%

8. Taici (Chiwan, Tapai, Ilham) - 38.41%

Baca: Keputusan Markah Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 Minggu 6

Baca: Keputusan Markah Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 Minggu 4

Kumpulan Taici yang disertai Chiwan, Tapai dan Ilham tidak mempunyai rezeki untuk melangkah ke peringkat seterusnya.

Lebih malang lagi, persembahan mereka menjadi yang pertama tidak menerima sebarang 'Ha' dalam sejarah penganjuran MLM.

Manakala Bahye merupakan penerima Anugerah Lawak Pedas Tak Ingat Adabi dengan ganjaran RM1000 kerana memperoleh markah tertinggi daripada pihak juri.

MLM 2021 di Astro Warna (saluran 107) bersiaran secara langsung pada setiap hari Jumaat, pukul 9 malam sejak 15 Oktober 2021.

Tonton secara online di aplikasi Astro GO dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Baca: Ini Identiti Sebenar Sang Bara? - Juri Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Baca: Biodata Shashic Iewan, Pelawak Gagap, Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Baca: Rupanya Ini Punca Sebenar Yassin Tarik Diri Dari Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Baca: Cara Undi Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Baca: Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Kredit video: [LIVE] Maharaja Lawak Mega 2021 Live + Minggu 5

Sumber:

1. #MLM2021: "Kami Memang Tak Expect Tak Ada 'Ha' Langsung, Tak Apalah Bukan Rezeki.." - Taici

2. Zon Lawak




Hakcipta iluminasi.com (2017)