Oleh pada 17 Oct 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Zon Lawak

Selain kerusi juri yang diduduki Datuk Rosyam Nor selaku ketua juri, Noh Salleh, Diana Danielle dan Uqasha Senrose, posisi juri tetap turut memperkenalkan seorang juri misteri yang diberi nama 'Sang Bara'.

Bagaimanapun identiti juri naga yang juga ikon Maharaja Lawak Mega (MLM 2021) itu tidak didedahkan kecuali pada peringkat akhir nanti.

Kemunculannya sejak diperkenalkan Datuk AC Mizal di segmen pembukaan rancangan MLM Jumaat lalu telah hangat menjadi topik perbualan kerana ramai penonton yang tertanya-tanya.

Beberapa nama besar dalam industri hiburan dipetik warganet di media sosial sebagai individu yang berselindung di sebalik topeng juri istimewa itu.

Menerusi tinjauan yang dilakukan di laman sosial, berikut beberapa selebriti yang diramal netizen sebagai pemilik gelaran 'Sang Bara'.

Ia berdasarkan ketegasan dan komen pedas yang dilontarkan 'Sang Bara' kepada para peserta, juga sikapnya yang kedekut memberikan 'Ha'.

1. Datuk Ramli MS

sang bara maharaja lawak mega   

Kredit foto: Instagram Datuk Ramli MS

2. Datuk Afdlin Shauki

sang bara

Kredit foto: Instagram Afdlin Shauki

3. Douglas Lim

maharaja lawak 2021 921

Kredit foto: Instagram Douglas Lim

Baca: Keputusan Markah Juara, Pemenang Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 Akhir

Jadi, mungkinkah ada antara nama-nama di atas adalah identiti sebenar Sang Bara? Sama-sama kita nantikan pendedahannya di pentas finale nanti!

Sementara itu, kami kongsikan markah penuh diperoleh para peserta hasil gabungan daripada 70% penilaian juri tetap dan 30% undian online.

maharaja lawak mega 2021 795

Kredit foto: Instagram Zon Lawak

Kedudukan Dan Keputusan Markah Penuh Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 Minggu 1

1. Boro - 74.84%

2. Otai - 66.8%

3. Cawan - 60.15%

4. Tobat - 58.24%

5. Tiro - 53.68%

6. Puteh - 45.48%

7. R&R - 43.31%

8. Taici - 41.5%

9. Bahye - 40.97%

10. 3otak - 38.27%

11. Ori - 36.56%

Baca: Keputusan Markah Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 Minggu 4

Baca: Keputusan Markah Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 Minggu 3

Baca: Keputusan Markah Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 Minggu 2

mlm 2021 5

juri maharaja lawak mega

Kredit foto: Instagram Zon Lawak

Kumpulan Boro mengungguli persaingan minggu pertama, manakala kumpulan Cawan pula dianggap rata-rata sebagai peserta underdog.

MLM 2021 di Astro Warna (saluran 107) bermula 15 Oktober 2021 pada setiap hari Jumaat, pukul 9 malam, dibawakan secara langsung dari Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Tonton secara online di aplikasi Astro GO dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Untuk maklumat berkaitan format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Baca: Biodata Shashic Iewan, Pelawak Gagap, Peserta Maharaja Lawak Mega 2021

Baca: Rupanya Ini Punca Sebenar Yassin Tarik Diri Dari Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Baca: Cara Undi Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Baca: Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

   

Kredit video: [LIVE] Maharaja Lawak Mega 2021 Live + Minggu 1

Sumber berita: #MLM2021: Markah Penuh Minggu Pertama, Nama Tok Ram, Afdlin Shauki, Douglas Lim Kena Petik Gara-Gara Sang Bara!




Hakcipta iluminasi.com (2017)