Oleh pada 23 Oct 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Persaingan Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM 2021) berterusan di minggu yang kedua dalam pertandingan yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC), malam tadi.

11 peserta terus memberikan persembahan mantap dalam usaha memenangi hati juri dan undian penonton.

Mereka yang terlibat ialah kumpulan Boro, Tiro, Puteh, Cawan, Tobat, Bahye, 3otak, R&R, Otai, Taici dan Ori.

Penjurian dilaksanakan oleh Datuk Rosyam Nor yang memegang mandat sebagai ketua juri, disertai Noh Salleh, Diana Danielle dan Uqasha Senrose yang mana barisan juri tetap ini turut dilengkapi dengan kehadiran seorang juri misteri diberi nama 'Sang Bara'.

Hasil gabungan 70% markah daripada juri profesional bersama 30% undian online meletakkan Tiro di kedudukan pertama. Malah kumpulan ini juga memenangi Anugerah Lawak Pedas Tak Ingat Adabi yang bernilai RM1000.

Persembahan bersama artis jemputan, Mak Engku Faridah itu menjadikan Tiro sebagai kumpulan pertama yang meraih '5 Ha' termasuk 'Ha' sulung daripada Sang Bara.

Kedudukan dan markah penuh para peserta adalah seperti berikut:-

maharaja lawak mega 174

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Kedudukan Dan Keputusan Markah Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 Minggu Kedua

1. Tiro (Sharif, Syaiful Melati, Danial Zaini) - 72.06%

2. Boro (Achey, Atu, Fad) - 69.34%

3. Otai (Azlee Senario, Ieda Moin, Acong) - 58.43%

4. Bahye (Zahid, Nizam Jentik Jentik, Shashic) - 55.49%

5. Puteh (Mamak, Vicha, Ali) - 53.55%

6. 3otak (Phoon Chi Ho, Farid Azmier, Parakash Daniel) - 53.01%

7. Cawan (Aliff Yasraf, Wan Gegau, Che Mat Raja Lawak) - 47.85%

8. R&R (Man, Rahim) - 42.45%

9. Tobat (Shuk Sahar, Bell Ngasri, Ropie) - 41.22%

10. Taici (Chiwan, Tapai, Ilham) - 40.48%

11. Ori (Achok, Hamdan Senario, Abu Mamu) - 34.52%

Baca: Keputusan Markah Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 Minggu 4

Baca: Keputusan Markah Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 Minggu 3

Ori yang diterajui Hamdan, Abu dan Achok terpaksa mengucapkan selamat tinggal selepas markah terendah meletakkan mereka sebagai peserta pertama yang disingkirkan.

MLM 2021 bersiaran secara 'live' mulai 15 Oktober 2021 di Astro Warna (saluran 107) ke udara pada setiap hari Jumaat, pukul 9 malam.

Tontonan online boleh diikuti di aplikasi Astro GO dan platform On Demand.

Untuk maklumat berkaitan format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Baca: Ini Identiti Sebenar Sang Bara? - Juri Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Baca: Biodata Shashic Iewan, Pelawak Gagap, Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Baca: Rupanya Ini Punca Sebenar Yassin Tarik Diri Dari Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Baca: Cara Undi Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Baca: Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

   

Kredit video: [LIVE] Maharaja Lawak Mega 2021 Live + Minggu 2

   

Sumber: #MLM2021: Tiro Tak Sangka Dapat Tundukkan 'Sang Bara'! - "Serius Setiap Kali Naga Tu Buka Mulut Kami Cuak!"

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)