Oleh pada 30 Oct 2021 kategori

  

Kredit foto: Instagram Zon Lawak

Minggu ketiga Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM 2021) menyaksikan persaingan sengit antara 10 peserta yang berentap.

Pertandingan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) malam tadi itu membariskan kumpulan Tiro, Puteh, Boro, R&R, Otai, Cawan, 3otak, Bahye, Tobat dan Taici.

Bertemakan 'Entiti Props', para peserta ditugaskan untuk menggunakan props yang diberi bagi menjayakan sketsa yang berlatarkan majlis.

Persaingan diadili oleh Datuk Rosyam Nor selaku ketua juri, Noh Salleh, Diana Danielle dan Uqasha Senrose berserta seorang juri misteri bernama 'Sang Bara'.

Keputusan dibuat hasil jumlah 70% markah daripada juri profesional bersama 30% undian online meletakkan kedudukan dan markah penuh para peserta seperti berikut:-

maharaja lawak mega 227

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Kedudukan Dan Keputusan Markah Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 Minggu Ketiga

1. Boro (Achey, Atu, Fad) - 71.82%

2. Tiro (Sharif Botak, Syaiful Melati, Danial Zaini) - 68.98%

3. Tobat (Bell Ngasri, Ropie, Ajak Shiro) - 62.99%

4. Bahye (Zahid, Nizam Jentik Jentik, Shashic) - 54.73%

5. Taici (Chiwan, Tapai, Ilham) - 54.23%

6. Otai (Azlee, Ieda Moin, Acong) - 50.27%

7. 3Otak (Phoon Chi Ho, Farid Azmier, Parakash Daniel) - 50.16%

8. Puteh (Mamak, Vicha, Ali) - 48.54%

9. Cawan (Aliff Yasraf, Wan Gegau, Che Mat Raja Lawak) - 40.72%

10. R&R (Man, Rahim) - 35.57%

Baca: Keputusan Markah Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 Minggu 4

Baca: Keputusan Markah Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 Minggu 2

Ia sekaligus meletakkan kumpulan R&R yang dianggotai Man dan Rahim di kedudukan terbawah untuk meninggalkan pentas pertandingan.

Anugerah Lawak Pedas Tak Ingat Adabi bernilai RM1000 menjadi milik kumpulan Tiro yang sekali lagi meraih '5 Ha' pada minggu ini. Pengiktirafan berkenaan dikhaskan kepada peserta yang menerima markah tertinggi daripada barisan juri profesional.

MLM 2021 yang berlangsung pada setiap hari Jumaat, pukul 9 malam, memulakan siaran sejak 15 Oktober 2021 dan ditayangkan secara 'live' di saluran Astro Warna (CH 107).

Tonton secara online menerusi aplikasi Astro GO dan platform On Demand.

Untuk maklumat berkaitan format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Baca: Ini Identiti Sebenar Sang Bara? - Juri Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Baca: Biodata Shashic Iewan, Pelawak Gagap, Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Baca: Rupanya Ini Punca Sebenar Yassin Tarik Diri Dari Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Baca: Cara Undi Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Baca: Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Kredit video: [LIVE] Maharaja Lawak Mega 2021 Live + Minggu 3

Sumber: MLMApeCiter: 'Sang Bara' Koyak Kena Troll?...Ajak Masuk Ganti Shuk Sahar Kumpulan Tobat Tapau 5Ha!




Hakcipta iluminasi.com (2017)